001 [Berita Aneh]

Bang! Bang!

"Bagus anak ayah. Semakin hebat menggunakan senjata ini."

Haidan dan Emir tersenyum bangga. Aku yang duduk tercongok kat tangga depan rumah ini diabaikan. Yelah, aku bukan anak emas macam abang-abang aku tu. Mak dengan ayah selalu mengutuk aku. Tah aku ni anak siapa tah dorang kutip. Asyik mengutuk dan mengungkit je tahu. Sakit hati.

Oh ya, sebelum tu. Aku nak kenalkan diri aku. Nama aku Hana Derosa. Ayah aku ni kacukan British-Scotland manakala mak memang anak jati negara ni. Ye kot dia mak ayah aku. Yelah, tak pernah layan aku macam abang-abang aku tu. Hmph. Aku ni baru je berusia 18 tahun. Perwatakan aku nak cakap kasar? Idok ler. Cengeng jugak. Pendiam tu mungkin ya. Aku jarang bercakap kat rumah. Buka mulut bila perlu dan ketika makan.

"Hana! Apa kau buat apa dekat tangga tu? Anak dara pemalas!"

Bebel mak.

"Apa mak?"

Tanya aku dengan membuat riak wajah kosong. Aku dah biasa dengan bebelan dan terjahan dia.

"Sidai baju lepastu lipat! Itupun nak aku suruh ke?!"

Mak memukul belakang aku kuat. Aku berdecit perlahan. Sakit. Berdenyut belakang aku.

Bila tengok abang-abang aku belajar menembak dan memanah. Aku nak juga belajar. Tapi apakan daya, ayah tak akan ajar aku. Katanya aku tak layak mewarisi bakat dia. Aku hanya diamkan diri dan sekali-sekala mencuri pandang cara menembak dan memanah.

Aku tak pernah makan semeja dengan mereka. Makan pun bila mereka tinggalkan sisa sahaja. Ada mak ayah macam tak ada. Abang-abang tu lagilah. Hot je memanjang. Suka cari gaduh. Suka mengutuk. Entah apa salah aku pun tak tahu sampai kena layan macam ni.

Pergi sekolah aku dulu rasa aman sikit. 6 jam dekat sekolah boleh buat aku rasa tenang. Tapi sekarang, dah tak sekolah. Mereput jadi suri rumah. Kawan-kawan lain semua sudah melanjutkan pelajaran dan ada juga sudah bekerja.

Kawan baik aku, nama dia ni unik sikit daripada nama aku, Quenna Akasha. Kacukan America-Indian. Dialah tempat aku mengadu semua tapi sejak dia bekerja dekat kedai senjata seberang jalan, jarang dapat berjumpa dengan dia. Call pun sekali-sekala.

Sedih juga aku dengan kehidupan aku ni. Keluarga sendiri meminggirkan aku. Nak aje aku lari dari rumah tapi apakan daya. Aku tak boleh nak lari. Aku rasa bersalah. Aku masih sayangkan mak dan ayah walaupun dorang layan aku macamtu.

"Kau.. sini!"

Panggil Haidan.

"Apa?"

"Picit kaki dengan tangan aku."

Tanpa membantah, aku terus memicit tangan dan kaki Haidan.

"Lepas ni giliran aku."

Aku mengangguk.

Haidan Demir dan Emir Aldan hanya beza setahun sahaja. Haidan berusia 23 manakala Emir 22 tahun. Hubungan mereka sangat akrab. Susah senang bersama. Haidan sudah berjaya menamatkan pengajiannya dan bekerja sebagai juruterbang manakala Emir tidak sambung belajar tetapi dia menjadi seorang arkitek berjaya.

Aku? Ha ha ha. Ketawa hambarlah. Aku surirumah berjaya. Kot. Ayah aku banyak kali cakap yang dia menyesal hantar aku ke sekolah dan buang masa dan duit dia sahaja. Dia suruh aku ganti kesemua duit dia setelah aku kerja nanti. Cari kerja pun tak kasi. Semuanya tak boleh. Aku nak ganti pakai apa? Daun kering? Geram aku. Tahap kesabaran aku dah mencecah pada tahap maksimum sekali. Dah nak pecah dah meter kesabaran ni.

Malam itu aku hanya duduk mengurung diri di dalam bilik sedangkan mak menghidangkan makan malam. Lauk nasi beriyani ayam. Memang terliur bila tengok tapi... macam biasa. Aku akan dapat sisa sahaja. Kalau ada adalah. Tak ada? Pejam mata je. Tuhan sahaja yang tahu betapa menderitanya aku duduk dalam rumah ni.

Aku membuka sedikit pintu bilikku. Kelihatan Haidan dan Emir sedang menonton berita jam 8. Bilik aku hanya berhadapan dengan ruang tamu aje tu pun bekas bilik stor. Kecil sangat. Muat muat tilam dengan almari kecik aje dan lampu.

Mata aku merenung ke arah pembaca berita yang sedang menyampaikan berita untuk hari ini.

'Ingin saya sampaikan berita untuk hari ini. Ada satu kejadian aneh yang berlaku di sekitar kedai Taman Putera Tiga. Seorang lelaki yang dalam keadaan luar jangkaan seperti di dalam gambar, matanya berwarna merah kemerahan dan gaya berjalannya agak pelik. Yang paling mengejutkan dia memakan isi daging manusia. Dia menggigit dua orang sekaligus dan makannya dengan lahap sekali. Lelaki tersebut berjaya ditembak dan para saintis cuba mengkaji lelaki tersebut. Mereka menyarankan supaya semua penduduk dikuaritinkan di rumah. Pastikan makanan tidak terdedah dan jangan keluar rumah selagi keadaan tidak stabil. Sekian terima kasih.'

"Mak ayah.. lain macam berita hati ni. Orang takut pulak dengar."

Kata Emir sambil memeluk lututnya.

Aku yang dengar ni pun seram sejuk. Manusia makan manusia? Dah tak ada makanan ke kat dunia ni. Nak cakap orang gila? Takkan teruk sampai macam tu sekali. Aku ada seorang kawan yang psiko. Kat sekolah dulu. Sekarang dia kat pusat pemulihan. Kira macam hospital bahagia la. Tapi dia baik sangat dengan aku. Lelaki. Nama dia Ace. Lama dah tak jumpa dia. Last jumpa dia tahun lepas time aku melawat dia kat pusat pemulihan tu dengan Sha. Tahun ni tak ada kesempatan nak melawat.

Tapi apa maksud berita tu semua? Tak faham lah. Makin pelik dunia sekarang ni. Tingkap bilikku aku kuakkan sedikit supaya angin sejuk menyapa bilikku. Tiba-tiba telefonku bergetar-getar minta diangkat.

"Haa Sha. Lama tak call aku?"

"Sorrylah babe. Banyak doe kerja aku. Bapak aku ni banyak betul songeh dia."

Aku tergelak. Selamba je budak ni kutuk bapak dia.

"Hana.. aku risau bile tengok berita tadi. Kejadian tu."

"Yelah. Aku pun seram sejuk nih."

"Kau jaga diri baik baik. Apa apa datanglah sini."

"Haa boleh boleh. Aku okey je ni. Kau pun sama. Nanti bila bila aku datang rumah kau. Nanti aku trylah minta izin dengan orang tua aku."

"Hmm.. rindu kau. Baik baik tau."

"Okeyy babai..."

"Baii..."

Malam tu aku tak boleh tidur apabila aku terdengar bunyi anjing menyalak dengan kuat. Aku rasa nak pergi je rumah Sha. Bosanlah duk terperap dalam rumah ni. Bosan tahap gaban cipan tenuk dah ni.

Tengok jam handphone aku dah pukul 2.30 pagi. Aku bangun dan keluar dari bilik. Tekak terasa kering. Perut pula berkeroncong. Senyap-senyap aku buka peti sejuk. Ada kek dan air kotak apple. Ah bedal jelah. Janji kenyang. Ada aku kisah sape punya? Siapa suruh tak bagi aku makan... Aku tolak sikit pintu bilik Emir. Rasa nak pengsan tengok dia ni tidur. Lain macam. Tidur meniarap pastu tangan didepakan dan kaki dikangkangkan teruknya. Siapalah jadi isteri dia nanti memang satu hari kahwin terus minta cerai sebab gaya tidur dia ni. Teruk benar perangai arkitek macam ni. Belum tengok si Haidan tu pula. Er tak kuasa aku. Ada abang macam bukan abang. Dah rupa tenok aje.

Aku buka pintu depan perlahan lalu duduk di buaian kecil di tepi tangga. Aku memandang langit. Bintang berkelipan. Cantik sangat. Aman bila melihatnya. Tiba-tiba aku teringat berita malam tadi. Kena kuaritin. Bagus betul aku ni. Berdesup masuk bilik setelah aku kunci ketat pintu depan. Perlahan-lahan aku memejamkan mataku yang mula memberat.