/One\

3 tahun kemudian,

Sudah 3 tahun aku mencari-cari anakku, Lonz yang hilang diculik oleh penjahat yang tak berhati perut memisahkan aku dan anak aku. Laey dijaga dengan penuh perhatian aku dan Lezo. Lezo mengalami kemurungan selama setahun dan selepas itu dia pulih dengan sendiri dan mulakan misinya mencari anak kami, Lonz. Laey dan Lonz pada tahun ini sudah berusia tiga tahun dan hari lahir mereka akan tiba tidak lama lagi.

Laey seorang yang cerdik walaupun usianya baru menginjak ke-tiga tahun, dia sudah petah bercakap dan menghafal sesuatu pekara. Laey faham mengenai kejadian tentang adiknya, Lonz hilang dan masih dalam pencarian. Dari kecil, Lezo mengajar Laey seni mempertahankan diri. Sungguh cekap Laey apabila bapanya mengajar tentang pertahanan diri.

"Mama, mama!" jerit Laey. Aku segera mendapatkannya dan mengendongnya. Aku mencium dahinya.

“Laey know how to defeat people when in danger! papa teach me." katanya petah. Aku tersenyum. Indah tak terkata sekiranya Lonz tika ini ada bersama kami. Aku disahkan hamil buat kali kedua. Aku sangat terharu dengan sikap keprihatinan Lezo yang tak pernah dia lupakan. Sentiasa menjaga keperluan aku dan Laey begitu juga dengan adik-beradiknya. Sudi menerima aku sebagai keluarga mereka.

Aku baru tahu Loco adalah puak Vampire sama seperti Rash. Loco dan Rash adalah saudara. Sehingga sekarang jejak Loco tidak dapat dikesan. Sudah lama aku tidak berjumpa dengannya sejak pergaduhan itu.

Aku harap sangat dapat jumpa Loco. Aku rindu dia kerana dia sudah seperti abang aku sendiri. Aku tak boleh dia terima dari itu. Hanya sebagai abang-adik.

"Mama, are you miss Lonz?" soalan yang diajukan oleh LAey sangat tersentuh hatiku.

“Yes Laey, Mama miss her so much." aku memeluk Laey. Anak ini sangat memahami perasaan aku tika ini. Semuanya aku rindukan. Sekarang dah tak sama macam dulu. Aku dan Lezo sekarang dalam bauan mangsa-mangsa orang jahat diluar. Kami sentiasa kena berjaga-jaga, silap satu langkah habis. Game over.

Lezo cakap puak jahat sedang merancang peperangan terhadap puaknya. Bila-bila masa sahaja peperangan boleh tercetus. Kemungkinan besar puak serigala jahat bergabung dengan puak vampire yang semestinya jahat. Lezo setiap masa berpesan kepada aku menyuruh aku sentiasa menjaga keselamatan Laey dan anak yang aku kandungkan sekarang, sudah lima bulan. Kata abang ipar aku, aku sedang hamil anak laki-laki yang boleh menjadi keturunan utama bagi puak Serigala Riville. Lezo begitu gembira, tapi dia tetap meneruskan pencarian Lonz.