Chapter 1

Bab 1

Atan dan Abu sedang minum-minum di sebuah kedai.
Mereka dihampiri oleh dua orang budak berketayap, berkemeja dan muka berpeluh-peluh. Mereka menghulurkan sehelai kertas yang di laminate kepada Abu. Abu tah kenapa, buat tak tau.
Berubah air muka budak-budak tu dengan perangai Abu.

Atan menyambut kertas itu. Atan menjemput budak dua orang tu duduk sekali. Kalau nak makan apa-apa, order ajer, Atan belanjer. Budak dua orang tu menolak dengan mesra.

Atan menyeluk poketnya dan mengeluarkan genggamannya. Budak yang sorang lagi menyambut genggaman Atan dengan muka bersyukur. Mereka paham yang Atan tak mahu tahu berapa ringgit yang ada dalam genggaman tu. Abu buat tak tauuu jer. Bila budak dua orang tu dah agak jauh...

Atan : Apsal lu buat muka camtu?
Abu : Muka camner?
Atan : Muka cam sial.
Abu : Eh? Sukati Angah, lah.
Atan : Kan Abang Karkun kata bermuka manis dengan peminta sedekah.
Abu : Diorang bukan peminta sedekah! Diorang mintak sumbangan nak bina madrasah.
Atan : Ye lah. Tapi diorang kan tengah buat benda baik?
Abu : Mana Along tau benda tu betul? Entah-entah sindiket apa entah?
Atan : Gua tak tau duit sedekah setiap Jumaat tu sampai ke idak atau habis di dalam perut AJK masjid. Tapi adakah itu alasan untuk gua tidak bersedekah?
Abu : ....(tarik muka tak puas hati)
Atan : Maaf bro. Lu salah. Wa tegur.
Abu : Terima kasih.


Aku terjaga dari mimpiku dan terus duduk. Atan dan Abu.Tiba-tiba aku diselubungi rasa rindu. Dah lama aku tak jumpa dengan adik beradik dua ekor ni. Sejak Abu takde, hubungan kami semakin renggang. Sampailah Atan call petang semalam ajak teman dia pergi KLIA pagi nanti.

Tapi masalahnya, sapa ‘Abang Karkun?’

“Kita nak gimana ni?” Atan tak menjawab. Sebagai seorang yang tidak menginsuranskan mulutnya serta sentiasa dalam mode ‘nak menang’, soalan yang dibiarkan tanpa jawapan, adalah sangat mencurigakan. Ni mesti ada apa-apa.

“Ni arah KLIA, plak ni? Nak ambik sapa, ni?” Aku menunggu reaksi dari Atan. Dia cuma melirik seketika padaku selain tetap focus pada pemanduannya. Aku perati, ajer. Kegelisahan Atan nampaknya semakin sukar diselindungi. Dan dia cuba melarikan tumpuan dengan menghidupkan radio. Aku ketawa dalam hati.

“Dia kalau muka jem camni mesti satu benda, ni. Abu balik arini, kan?” Aku tak mengharapkan jawapan sebab semuanya jelas. Aku tau Abu balik dari Australia harini. Aku juga tau, yang Atan sentiasa rasa tergugat bila Abu ada berhampiran. Entahlah. Aku pun tak tau apa rasanya ada adik-beradik.

“Masa Angah grad haritu, dia kenalkan awek dia pada mama ngan papa. Mama happy gila. Angah kata dia plan nak kawin lepas dia balik Malaysia” kata-kata Atan terhenti. Ni mesti dia rasa tergugat sebab Abu dah nak kawin sedangkan dia, nak cakap dengan pompuan pun penakut. Kami berdua senyap seketika, menumpukan perhatian mencari tempat untuk meletakkan kereta.

“So? Kau rasa tergugat, la kau Abang dia, adik tapi dia kawin dulu? Gitu? Langkah bendul?” aku mengusik Atan sebaik kami melepasi automatic sliding door kat pintu utama.

“Mesti arr. Gua bukan apa. Gua taknakla susahkan awek Abu kena gandakan hantaran sebab langkah bendul, kawin dengan adik gua” jawab Atan komfiden.

“Wahai Melayu, istilah langkah bendul tu untuk orang pompuan ajer. Kalau si Abu nak kawin dulu, takde maknanya dia kena bayar dabel sebab langkah bendul lu. Lu mana ada bendul, pun?” kataku dan terus berlari laju sebab Atan kejar kat belakang. Sampailah kami tiba depan gate menunggu. Kelihatan si Abu gemuk berdiri menunggu.

“Hoi, lahabau! Idup lagi kau!” sapa Abu sambil mendepa tangan dalam gaya nak memeluk aku. Aku gembira dan bergerak nak menyambut pelukannya tapi mengelak pada saat terakhir menyebabkan Abu tersungkur. Tapi aku sempat sambut dan mengakibatkan kami berdua tergolek atas lantai. Ketawa.

“Saya tak kenal mereka. Saya tak kenal mereka” kata Atan kepada orang ramai yang pelik tengok dua jantan dah tua bangka bergumpal atas lantai dewan ketibaan, salah sebuah lapangan terbang terkenal dunia. Ada beberapa mat saleh dan orang Jepun ketawa melihat gelagat kami yang masih terduduk. Atan dah jalan jauh ke depan dengan beg Abu. Abu yang dah berdiri, menghulurkan tangannya nak membantu aku bangun. Aku menyambut tangannya. Sebaik berdiri, aku menepuk belakang punggung seluarku membersihkan habuk.

“It’s good to be back, bro” Abu pandang aku dengan pandangan bermakna.

“It’s good to be alive” jawabku sambil membalas dengan pandangan bermakna juga.

…bersambung

Bab akan datang: