Prolog

Bulu roma meriding apabila angin malam menghembus lembut. Segera aku memeluk tubuh dengan harapan dapat menghilangkan rasa dingin. Aku mendongak ke langit ingin meihat sang bulan.

Apa yang aku lihat hampir tidak masuk akal. Apa? Bulan putih bertukar warna menjadi warna ungu?

Angin kuat datang tiba-tiba. Aku segera berlari ke arah tempah perkhemahan kami yang tidak jauh dari situ. Aku berlari sekuat hati aku. Hutan di kiri kanan aku tiba-tiba hilang lenyap begitu sahaja.

"Kamu semua! Lari!!!" aku menjerit sekuat hati.

Tidak sempat aku mencelik mata, rakan-rakan aku hilang dari pandangan mata aku. Tanah tiba-tiba terbelah dua menyebabkan kami jatuh je dalam rekahan itu.

"Aku tak nak mati lagi!"