Part 1.

" Lisa! Oh Lisa! " jerit Dania.

Dadanya turun naik menahan marah. Di tangannya terdapat sebuah lukisan.

" Hey Dania, kau memekak apa pagi-pagi buta ni ha? " soal Datin Ani.

" Makcik, mana anak makcik tu? " soalnya.

" Eh apa masalah kau ni ha? Kau nak apa dengan anak aku? " marah Datin Ani.

" Makcik tengok ni, habis lukisan saya anak makcik rosakkan dengan tangan beruk dia tu " Dania menunjukkan lukisannya yang sudah rosak.

" Ewah-ewah senang hati kau menuduh anak aku. Kau ingat lukisan kau ni lawa sangat ke? " Datin Ani menunjal kepala Dania.

" Mummy kenapa bising-bising ni? Lisa nak tidur pun tak senang " soal Lisa yang baru keluar daripada biliknya.

" Eh Lisa! Kau tak payah buat tanya-tanya ea. Ni lukisan aku, apa hal kau rosakkan? Apa masalah kau ea? " soal Dania.

Dia tidak pedulikan dengan pandangan tajam ibu tirinya itu.

Lisa ketawa terbahak-bahak.

" Opsss sorry. Aku saja jer nak tunjukkan bakat seni aku jugak. So aku try lah tambah sikit apa yang kurang dekat lukisan kau ni. Cantik apa. Not bad kan? " .

Dania menggengam penumbuknya. Ikutkan hati mahu sahaja ditumbuk muka kakak tirinya itu.

" Mummy, Lisa lapar lah. Jom kita breakfast " .

" Jom sayang. Jangan pedulikan perempuan bodoh ni. Pagi-pagi dah memekak " .

Mereka berdua berlalu pergi ke ruang makan. Lisa sempat menjelirkan lidahnya pada Dania.

Dania mendengus geram. Bertambah sakit hatinya. Selama 10 tahun papa nya itu berkahwin dengan Datin Ani, tidak pernah sekalipun Datin Ani melayannya seperti seorang anak. Ada saja benda yang hendak dia buat pada Dania.

Termasuk kakak tirinya itu, Lisa. Setiap hari dia mencari gaduh dengan Dania. Padahal Dania langsung tidak pernah menganggu hidupnya.

' Mama, Nia rindu sangat pada mama. Kalau lah mama masih ada ' .

Dania melihat lukisan yang berada ditangannya itu. Dia mengeluh perlahan. Terpaksalah dia melukis semula.

Sudahlah dia sanggup bersengkang mata untuk menyiapkan lukisan itu, Lisa pula senang-senang sahaja merosakkannya tanpa rasa bersalah.

Hendak mengadu pada papa nya, jangan haraplah dilayan. Papa nya itu pasti akan berpihak kepada kakak dan ibu tirinya.

Entah kenapa lah malang sangat nasibnya. Yang dia cuma mampu, pendamkan semua itu.