-20-

Hari ini merupakan hari terakhir latihan tarian akan dijalankan memandangkan esok, Pertandingan Seni Pentas akan mula berlangsung. Tapi, Aidora dan penari-penari yang lain agak terkejut bila mendengar pengumuman yang dibuat oleh Agnes, ketua penari mereka, setelah mereka semua diminta berkumpul di bilik latihan tarian, sebaik sahaja selesai makan tengahari.

"Guys...." Agnes memulakan bicaranya. "Tadi pagi, abang Fendi datang jumpa saya, suruh sampaikan pesan, yang hari ni, latihan tarian dibatalkan..." Dia mengumumkan seperti yang diamanahkan oleh abang Fendi.

"Laa..kenapa pulak?" Christina, penari paling senior menyoal kehairanan. "Esokkan hari pertandingan. Kenapa latihan dibatalkan?"

Penari-penari lain mengangguk setuju dengan pendapat Christina, termasuklah Aidora. Aidora sendiri perlukan latihan terakhir ini, sebab bimbang kalau ada kesilapan dalam gerak langkah tarian yang akan dipersembahkan sewaktu di pentas nanti.

"Abang Fendi kata, today, dia nak kita lupakan pasal pertandingan tu dulu, dan minta kita semua relaxkan minda supaya kita tak panik esok." Agnes menyambung lagi pesanan yang dititipkan oleh abang Fendi.

"Relaxkan minda? Tapi macam mana, kak Agnes?" Nik mencelah sambil kepalanya disandarkan ke bahu Noraini.

"Itu sebabnya, abang Fendi jemput kita semua pergi ke dewan besar untuk menyaksikan pertandingan kugiran di sana, to distract ourselves from thinking about the competition. Kata abang Fendi, kugiran housemate dia masuk bertanding. So, dia ajak tolong bagi sokongan pada housematenya. Dan abang Fendi juga pesan. Ini adalah wajib. Tak ada seorang pun yang dibenarkan tak datang. Sebab dia mahu malam ni, kita enjoy, supaya dapat kurangkan darah gemuruh." Agnes menoktahkan amanat abang Fendi.

"Dengar tu..wajib..." Ana mengulangi ayat yang satu itu.

"Kalau macam tu, kita pergi sama-samalah." Cadang Aidora yang sudah mula teruja.

"Amboi..amboi..amboi...Ada orang tu nampak teruja betul..Tapi tak taulah sebab apa..Teruja sebab nak tengok pertandingan kugiran ke atau teruja sebab mungkin orang yang setiap hari dinanti akan ada kat sana juga..." Usik Azzir dengan senyuman penuh makna.

"Yelah, Azzir...Kakak awak tu sejak dua menjak ni, happy semacam je...Maklumlah, buah hati pengarang jantung selalu ada depan mata." Perli Nik pula.

"Eh! Mana ada.." Aidora cepat-cepat menafikannya.

"Seronoknya bila dalam hati dah ada taman. Lebih-lebih lagi bila bunga-bunga cinta tu dah mula berputik.." Noraini bermadah menyebabkan muka Aidora semakin merah.

"Ish! Mana ada!"

"Yelah tu...Macamlah kitaorang ni tak nampak..ye tak kawan-kawan!"

"Ya!" Penari-penari yang lain turut menyokong kata-kata Noraini.

Aidora hanya tertunduk malu. Nampaknya, mereka semua dah tau perasaan yang cuba dirahsiakan dari mereka. Tapi kalau mereka dah tau, mungkinkah En. Azhar juga sudah tau tentang isi hatinya?

Lepas solat Maghrib, Aidora dan penari-penari yang lain, mula menapak ke dewan besar seperti yang diarahkan oleh abang Fendi. Mereka disambut seperti VIP oleh abang Fendi yang membawa mereka ke barisan paling hadapan sekali berdekatan dengan pentas utama supaya dapat melihat dengan lebih jelas.

Dari jauh Aidora perasan yang Wahid dan Shahrail serta beberapa rakan kelas yang lain turut berada di dalam dewan itu. Mereka melambai-lambaikan tangan ke arah Aidora. Dan Aidora turut membalasnya semula. Dalam pada masa yang sama, matanya meliar sibuk mencari seseorang.

Di manakah, En. Azhar? Aidora tertanya-tanya di dalam hati. Nak ditanyakan pada abang Fendi, dia malu. Tapi mujur, soalan yang ingin ditanyakan pada abang Fendi, Masni dah tolong tanyakan.

"Abang Fendi, En. Azhar tak datang ke?" Soal Masni tiba-tiba.

Walaupun Aidora tidak suka pada Masni, tapi dia berterima kasih padanya kerana mengutarakan soalan yang dia juga ingin tahu.

"Mana boleh tak datang. Tapi mungkin dia ke belakang pentas untuk jumpa housemate kitaorang." Abang Fendi sempat menjawab sebelum pengacara pertandingan kugiran pada malam itu mula naik ke pentas untuk membuka tirai.

Aidora langsung tidak menumpukan perhatian pada ucapan pengacara, kerana dia sibuk mencari En. Azhar. Tapi sebaik sahaja, dia terdengar pengumuman yang baru dibuat oleh pengacara tentang kugiran pertama yang bakal membuat persembahan, matanya terus terpaku ke pentas.

"The Takamura?" Azzir terus mengalihkan pandangannya kepada Aidora. "Takkan satu kebetulan? Jangan-jangan, kak....En. Azhar punya kugiran tak?"

"Tak mungkinlah..." Aidora menidakkannya, sebelum pandangannya dilemparkan kepada abang Fendi. "Abang Fendi, En. Azhar ada terlibat ke dalam pertandingan ni?"

Abang Fendi hanya mengangkat bahu. Aidora langsung kembali merenung pentas, bila abang Fendi tidak menjawab, sebab dia tahu, sebentar lagi, dia pasti akan menemukan jawapannya juga.

"Aidora! Itu En. Azhar kan?" Nik menuding ke arah penyanyi utama kugiran The Takamura yang muncul bersama ahlinya.

Mata Aidora terus terbeliak. En. Azhar nak menyanyi? Aidora rasa seperti di alam mimpi. Lebih-lebih lagi bila En. Azhar membuat pengumuman, lagu yang bakal dinyanyikan di tujukan khas kepadanya. Sorakan bertambah kuat bila En. Azhar melambai pada Aidora dari atas pentas. Tetapi sebaik sahaja alat muzik dimainkan, satu dewan menjadi sepi, dan Aidora terus menumpukan perhatian pada lirik lagu yang dinyanyikan dari awal hingga akhir.

"I Want You Anyway" -Jon McLaughlin

I gave up a long time ago
Trying to find love
TV told me it was like the movies
But it never was

I couldn't beat it or join it
So I just avoided it
Come what may
Then you came

And I wanna hold you in my arms
I wanna let you break my heart
I wanna feel the way it feels to make you stay

And I know you'll bring me to my knees
I know you're way out of my league
I know I can't afford the price I'm gonna pay
But I want you anyway

It's so self-betrayal of me
I'm about to say all the things
Swore I'd never say
But my heart's in my mind
Drawing lines I can't erase

And all of a sudden
All that wasn't
So beautifully is
When we kiss

And I wanna hold you in my arms
I wanna let you break my heart
I wanna feel the way it feels to make you stay

And I know you'll bring me to my knees
I know you're way out of my league
I know I can't afford the price I'm gonna pay
But I want you anyway

The way the light hangs off you
I never stood a chance
See you changed every plan I had with one glance

And I wanna hold you in my arms
I wanna let you break my heart
I wanna feel the way it feels to make you stay

And I know you'll bring me to my knees
I know you're way out of my league
I know I can't afford the price I'm gonna pay
But I want you anyway

Aidora hampir menitiskan air mata bila En. Azhar menyanyikan lagu itu dengan penuh perasaan sambil matanya terus merenung Aidora. Tamat sahaja lagu itu, Aidora terus keluar dari dewan. Dia malu sebab air matanya tidak berhenti mengalir. Kaki Aidora terus melangkah ke arah bangku kosong yang terlindung dari pandangan orang ramai dan menangis teresak-esak di situ. Dia langsung tidak sedar, ada orang lain yang sedang mengikut setiap jejak langkahnya.

"Aidora...."

Aidora terus mengangkat mukanya yang dibasahi air mata bila mendengar suara lembut En. Azhar.

"Kenapa menangis ni?" Soal En. Azhar. Tangannya mengusap lembut kepala Aidora sebelum dia mencangkung di depan gadis separa Jepun itu untuk mengesat air mata Aidora yang masih terus mengalir.

"Kenapa saya, En. Azhar? Saya bukan gadis yang perfect untuk En. Azhar. Saya selalu cari pasal dengan En. Azhar, dan saya juga telah mengaibkan En. Azhar, tapi kenapa En. Azhar masih pilih saya?" Aidora tidak dapat menahan dirinya untuk bertanya. Dia masih lagi ragu-ragu walaupun hakikatnya hati dia sudah menerima lelaki itu.

"Aidora, saya tahu awak tak perfect. But still, you're my kind of perfect."

Kata-kata En. Azhar, membuatkan Aidora tersipu-sipu malu. Cepat-cepat dia memandang ke arah lain kerana tidak mahu En. Azhar perasan wajahnya yang mula merona merah. Jari-jari runcingnya terus mengesat air mata yang sudah mula kering.

"Aidora...saya betul-betul ikhlas sukakan awak. Saya harap awak bagilah peluang untuk saya buktikan pada awak keikhlasan saya."

Aidora menelan air liurnya sebelum dia kembali menatap wajah kacak En. Azhar.

"Aidora, please..Izinkan saya jadi teman lelaki awak?"

"Tapi...saya baru putus cinta, En. Azhar. Saya masih ada perasan takut untuk bercinta lagi."

"Kenapa? Sebab awak takut terluka?"

Aidora mengangguk.

"Saya cintakan awak, bukan hanya untuk sekerat jalan, Aidora. Kalau boleh saya mahu ianya hingga ke hujung nyawa."

"Tapi, saya gadis yang kasar, bukan feminin macam perempuan Melayu terakhir. Takkan En. Azhar masih nakkan orang macam saya."

En. Azhar melepaskan satu keluhan panjang sebelum dia berdiri semula di hadapan Aidora. "Kalau tak sudi, terus terang saja, Aidora. Tak perlu cipta bermacam-macam alasan untuk menolak. Tak apalah, Aidora. Saya faham. Saya tak akan memaksa."

"En. Azhar! Saya tak kata pun saya tak sudi." Aidora terus menekup mulutnya bila tersedar yang dia sudah terlepas cakap.

En. Azhar terus tersenyum lebar. "Maknanya, Aidora sudi jadi teman wanita saya?"

"Mana ada saya kata macam tu." Aidora menggelengkan kepalanya, cuba menafikan, walaupun dalam hati menjerit, dia mahu menjadi teman wanita En. Azhar.

"Jadi, saya ni bertepuk sebelah tanganlah nampaknya. Takpelah, Aidora. Kalau macam tu saya tak akan ganggu awak lagi. Tapi awak jangan duduk sini sorang-sorang, bahaya." Kata En. Azhar, sebelum melangkah pergi.

"Nanti dulu, En. Azhar." Aidora meraih tangan En. Azhar, supaya dia tidak pergi meninggalkannya.

Peluang itu tidak dilepaskan oleh En. Azhar. Dia terus menggenggam erat tangan Aidora. "Ada apa, Aidora?"

"En. Azhar betul-betul cintakan saya?" Soal Aidora buat kali terakhir, sebelum dia membuat keputusan yang pasti.

En. Azhar mengangguk perlahan, kemudian menarik Aidora supaya berdiri dekat dengannya. "Saya cintakan awak, lebih dari diri saya sendiri, Aidora Takamura."

"Kalau macam tu..."Aidora menjengket supaya dia dapat berbisik di telinga En. Azhar. "Jumpalah ibu dengan ayah saya."

"Awak serius?"

Aidora mengangguk perlahan. "Kalau En. Azhar betul-betul ikhlas, itu saja yang perlu En. Azhar lakukan. Jumpa ibu ayah saya, minta izin dari mereka nak berkawan dengan saya."

"Berkawan saja?" En. Azhar menarik pinggang Aidora supaya dia berdiri lebih rapat. "Kalau saya hantar rombongan meminang terus macam mana?"

"Terpulang..." Aidora menunduk malu.

"Betul?"

Aidora mengangguk.

"Kalau macam tu, saya akan jumpa ibu dengan ayah awak dan meminta izin mereka supaya saya boleh hantar rombongan meminang. Jangan pula awak reject ye.."

"Saya janji saya tak reject..." Aidora balas malu-malu, menjeling En. Azhar, yang tersenyum bahagia. Kali ini, Aidora yakin yang En. Azhar adalah pilihannya yang tepat.

Benarlah kata pepatah orang dahulu, 'Jangan terlalu membenci, nanti akan jatuh sayang kepadanya.' Dan ternyata itulah yang berlaku kepada Aidora. Daripada dibelenggu perasaan benci terhadap En. Azhar, a.k.a. Profesor Serba Tau, akhirnya, dia juga tidak dapat mengelak dari jatuh cinta pada seterunya itu. Tapi, Aidora pasrah, kerana dia tahu, En. Azhar tidak akan pernah mensia-siakan cintanya. Bahagia yang dia harapkan selama ini, bakal menjadi miliknya juga.

Dan pastinya, hari-hari esoknya akan bertambah indah dengan kehadiran dia yang tersayang...

I love you, En. Azhar...my handsome Profesor Serba Tau..

-TAMAT-