BAB 1

“Wey, dengan usia kau sekarang ni, kau tak terfikir ke nak cari kekasih Ara? Sayang je muka lawa tapi tak ber-boyfie beb!’’ Tanya Suzy si miss busy body!

“Perlu ke?” Tanya Ara sambil matanya masih tekun menatap skrin komputer ribanya.

“Tahun depan aku dah nak kahwin. Umur kita pun bukannya makin muda. Dah 26 tahun kot. Aku rasa memang dah patut kau tu ada kekasih.” Suzy cuba menasihati rakan karibnya itu.

“Kau tahukan yang aku tak percayakan lelaki. Kau tengok sajalah Adib tu, baru sebulan aku dengan dia, dapat tahu dia tu suami orang. Kau rasa seronok ke aku kena serang dengan isteri dekat restoran hari tu?” Sinis sahaja Ara berkata-kata.

“Itu mungkin Allah nak uji kau. Entah-entah itu cuma alasan kau je kan? Ke kau masih tak dapat lupakan dia?” Tembak Suzy.

“Merepeklah kau. Aku banyak kerja nak buat ni. Kalau setakat kau datang bilik aku ni cakap pasal ni aku rasa better kau buat kerja kau.” Baran Ara mula bangkit.

Suzy bangkit dan keluar daripada bilik Ara. Dia pun sudah lali dengan perangai Ara. Malas mahu ambil hati lagi. Ara akan jadi begitulah kalau disebut pasal lelaki.

“Tak habis-habis pasal lelaki.” Rengus Ara.

“Ara, boleh tak hari ni kau turun site?” Tanya Amran.

“Lah, kenapa pulak aku yang kena pergi? Ini bukan kerja kau ke?” Tanya Ara yang mula membuat muka.

“Alah Ara, tolonglah aku kali ini. Aku belanja kau KFC. Apa macam?” Umpan Amran.

“Kenapa kau tak nak turun?” Tanya Ara lagi.

“Isteri aku dah sarat tu, aku nak teman dia. Kata doktor bila-bila masa je dia boleh terberanak.” Amran mula meraih simpati melalui ceritanya. Ini kisah bernar bukan dengeng belaka.

“Lah ye ke? Awatnya hang tak habaq awai-awai? Okey, aku turun site bagi pihak kau.” Dah keluar dah Kedah si Ara.

“Terima kasih Ara. Terima kasih sangat.” Ucap Amran. Dia tahu Ara akan bertolak-ansur dalam perkara sebegini.

“Sama-sama. Kirim salam dekat bini hang.” Ara menghadiahkan senyuman manis kepada Amran sebelum berlalu.

“Aduh si Ara ni. Boleh pulak kau senyum dekat aku macam tu? Kalau aku tak kahwin lagi, dah lama aku tangkap cintun dengan kau.” Bisik hati Amran.

“Tak sangka kecil je dunia ni. Tak sangka pulak aku dapat jumpa kau. Sebaik aku turun site hari ini. Kalau tak, melepaslah aku.” Sinis sahaja Tengku Arman berkata-kata. Pada siapa lagi kalau bukan untuk Ara.

Ara hanya menjeling. Apalah nasibnya berjumpa dengan mamat ini. Ara mengorak langkah mahu pergi tetapi….

“Nur Adilah Umairah Binti Mohd Ismail!” Cukup keras benar panggilan daripada Arman.

Ara kaku. Terkejut bila ada orang panggil nama penuhnya. Lagi-lagi si pemanggil itu adalah orang yang paling dibencinya.

“Ha, kau dah lupa peristiwa tu ke?” Arman sengaja mahu membangkitkan kemarahan Ara.

Ara berpaling menghadap Arman. Ara senyum lalu pergi daripada situ.

“Cis, tak guna. Aku fikir dia akan marah.” Bentak Arman.