Bab 1

ONE

The Sniper berjalan menuruni anak tangga secara perlahan-lahan. Takut juga jika pergerakan mereka dikesan pihak musuh. Rayyan mengetuai pergerakan The Sniper di hadapan. Mereka harus berhati-hati kerana musuh pada kali ini amat dikehendaki seluruh dunia kerana kes penyeludupan dadah.

Rayyan memerhatikan pergerakan musuh di sebalik tembok batu yang hampir runtuh. Di belakang ada Ameer, Luke, Qayyim dan Zarul. Kesemua mereka merupakan sniper yang terhandal di Asia Tenggara.

Rayyan menunjukkan isyarat jari kepada The Sniper. Perlahan-lahan mereka bergerak mengambil posisi masing-masing di tempat yang ditetapkan ketika merancang misi itu. Mereka mengepung tempat pemprosesan dadah itu. Tiada seorang musuh pun yang perasan akan kehadiran mereka.

Kali ini Qayyim mengambil alih peranan Rayyan untuk mengetuai The Sniper. Jemari Qayyim membuat pengiraan untuk serangan hendap. The Sniper memastikan senapang Remington M870 di tangan mereka berada dalam keadaan sedia. Sasaran mula dikenalpasti oleh setiap sniper. Mereka perlu menangkap kesemua penjenayah itu hidup-hidup.

"Jangan bergerak ! Letak semua senjata sekarang" jerkah Luke.

Kesemua musuh mula gelabah. Beberapa orang musuh mula melepaskan tembakan ke arah The Sniper. Adegan tembak-menembak berlaku. Rayyan dan Luke meluru ke arah beberapa orang musuh lalu menghentak kepala mereka dengan senapang patah tersebut. Ada yang cuba lari tapi malangnya pihak polis interpol sudah bersedia di luar kawasan kilang pemprosesan dadah.

Salah seorang dari penjenayah melepaskan tembakan ke arah zarul. Tapi sebagai sniper terlatih, Zarul berjaya mengelak lalu melepaskan tembakan ke arah tangan penjenayah. Kesemua penjenayah berjaya ditangkap. Sindiket penyeludupan dadah terbesar di Asia Tenggara berjaya ditumpaskan.

"Good job guys. Mission complete!" ujar Ameer sambil menanggalkan baju kalis peluru.

Rayyan tersenyum gembira. Kali ini bolehlah mereka bercuti panjang setelah beberapa bulan menyiasat kes dadah tersebut.

***

Lima buah kereta Ferrari meluncur megah di atas Lebuhraya Utara-Selatan. Kali ini The Sniper ingin bercuti di Kedah. Sudah terlalu lama mereka tidak berehat dari kerja-kerja mereka. Kedah dipilih sebagai destinasi bercuti kerana mereka ingin hindarkan diri dari kesesakan bandar.

Setibanya di Kedah, kesemua mereka memandu menuju ke sebuah kampung di Kuala Nerang. Ameer memandu di hadapan sekali kerana dia sangat mahir selok-belok negeri jelapang padi itu. Setelah beberapa jam memandu, mereka akhirnya tiba di destinasi.

"Betul ke sini tempatnya Meer?" soal Luke meminta kepastian. Di hadapannya terdapat sebuah rumah kayu moden yang tersergam indah. Sekeliling rumah itu pula terdapat sawah padi.

"Betul lah. Kau tengok ni. Tertulis teratak Melur kan. Sama dengan yang tertulis di pintu rumah tu" Ameer menunjukkan mesej di dalam Iphone 6 miliknya.

Tanpa banyak bicara, Ameer mengeluarkan kunci lalu membuka pintu Teratak Melur. Sebenarnya mereka menyewa rumah itu dari seorang Inspektor di Bukit Aman.

"Wahh, cantiknya!" Jerit Zarul. Kesemua perabot di dalam rumah itu ditutupi dengan kain putih. Mungkin teratak ini sudah lama tidak berpenghuni.

Setelah memilih bilik masing-masing kesemua The Sniper berhimpun di ruang tamu.

"Jom keluar makan. Rasanya di simpang kampung ini tadi ada kedai makan. Kita naik kereta aku sajalah" ujar Rayyan. Kesemua mereka mengangguk setuju. Lagipun perut mereka memang sedang berlagu-lagu minta diisi makanan.

"Korang rasa-rasalah tak apa ke kita tinggal pistol, alat-alat kita semua?" Soal Luke.

"Tak apa. Lagipun aku pasti mesti tak ada orang kenal kita kat sini." Ujar Qayyim penuh yakin.

Setibanya di kedai makan, Luke adalah orang pertama yang turun dari kereta. Maklumlah, mat salleh sorang ni selalu saja lapar. Mereka mengambil tempat di hujung kedai kerana agak terlindung daripada orang ramai.. Takut juga kalau-kalau ada yang kenal mereka di situ.

"Nak order apa encik semua" soal seorang lelaki tua.

"Erm, pakcik sediakan kami semua nasi goreng kampung jelah. Kemudian bagi milo ais ja." ujar Qayyim.

Setelah selesai mengambil pesanan, pakcik tua itu pun pergi. The Sniper membuat hal masing-masing sementara menunggu makanan. Zarul tersengih-sengih lalu mengeluarkan vape miliknya. Maklumlah, The Sniper ditegah sekeras-kerasnya oleh Rayyan untuk merokok. Rayyan memandang Zarul. Isyarat tangannya menyuruh Zarul menyimpan semula vape itu. Monyok juga muka Zarul selepas itu.

"Guys, aku rasa ada orang perhatikan kita" ujar Ameer perlahan.

Rayyan mengangkat kening. Nampaknya di mana saja mereka berada ada saja musuh yang mengekori.

“Rayyan, 45 darjah dari kedudukan kau.” ujar Ameer separuh berbisik.

Rayyan berpura-pura mengeliat sambil memandang sekeliling. Hatinya juga berasa tidak enak dari tadi. Dia mengeluarkan sekeping wang kertas RM50 lalu meletakkan di atas meja.

"Itu kumpulan Warriors. Aku rasa lebih baik kita beredar" ujar Rayyan.