Bab 10

Johan, Darwish dan Aliff terpaksa menurut saja arahan pakcik tua tersebut. Jika membantah, silap haribulan kepala mereka bertiga boleh berkecai. Mereka duduk bertinggung di ruang tamu dalam rumah agam tersebut dengan kedua-dua belah tangan dipanggung ke belakang kepala seperti banduan. Peluh mula membasahi baju. Bertambah kaget apabila muncung senapang ditonyoh-tonyoh dihadapan muka.

"Apa kamu buat di sini? Macamana kamu boleh jumpa tempat ni???", soal pakcik tua tersebut.

" Laaa...boleh pun bercakap...ingatkan bisu..!!", gumam Aliff dalam hati.

Pakcik tua tersebut semakin merapatkan muncung senapangnya ke kepala Aliff apabila tiada sebarang jawapan dari mereka.

"Ka...ka...kami se...se...sat pakcik!!". Cepat-cepat Aliff menjawab bimbang nyawanya menjadi taruhan.

" Bohong!!! Tiada siapa yang tau tempat ni...cepat cakap...kenapa kamu berada disini??", soal orang tua tersebut tidak puas hati.

"Be...be tul...pakcik..ka..kami sesat..!!", ulang Aliff yang hanya memandang lantai tidak berani untuk menatap wajah pakcik tua yang garang itu.

"Tu...tu kawan sa...saya...diaorang datang ke sini untuk selamatkan saya".

" Hmmm...selain kamu bertiga, ada orang lain lagi bersama kamu???", soal pakcik tua lagi meminta kepastian.

Mereka berpandangan sesama sendiri. Melalui isyarat mata, mereka sepakat
untuk berbohong.

"Tak..takde". Aliff berdoa agar orang tua tersebut mempercayai kata-katanya. Perlahan-lahan senapang diturunkan. Wajah Johan, Darwish dan Aliff diperhatikan seorang demi seorang. Pak cik tua itu tersengih menampakkan giginya yang kehitaman dan berkarat. Namun bukan itu yang menarik perhatian mereka, tetapi sengihan orang tua seperti mempunyai maksud tersirat menggusarkan hati mereka.

Dia berjalan menghampiri Aliff dan mendekatkan bibirnya ke telinga Aliff.

"Ajak kawan-kawan kamu untuk pergi dari sini lekas...sini bahaya!! Satu kesilapan besar kamu ke sini..!!!". Pakcik tua itu memberi amaran. Badan orang tua tersebut berbau hapak dan busuk seperti lama tidak mandi. Kuku dan kulit juga kering dan menggelupas. Rambutnya sudah hampir botak dan memutih. Ditangannya pula terdapat kesan-kesan darah kering yang masih belum dicuci. Paling mengejutkan Aliff ialah bau mulut pakcik tua tersebut yang mengalahkan bau longkang tersumbat namun terpaksa ditahan. Melihatkan tingkah laku Aliff yang seolah-olah sedang berkhayal dan masih tidak berganjak, Pakcik tua tersebut mulai berang.

"Aku cakap kau lekas pergi dari sini!! Kalau matahari naik susah kamu nanti!!". Jerkahan pakcik tua tersebut memeranjatkan mereka bertiga lalu bertempiaran menuju ke pintu utama.

Tiba-tiba....

'DUMMMMMM....!!!!!'

Pintu utama rumah agam tiba-tiba ditutup dengan kasar oleh seseorang. Disebalik daun pintu, berdiri seorang lagi lelaki yang lebih muda yang tinggi dan berbadan besar menyeringai memegang gambit.

" Aku dah bagi amaran tapi kamu semua degil!!!!!", marah pakcik tua tadi.

'GULPPPP...!!!'

Air liur pahit ditelan. Mereka bertiga sudah terperangkap didalam rumah agam tersebut dan memikirkan cara lain untuk keluar dari situ. Pintu dapur!!! Johan memberi isyarat supaya melarikan diri ke arah dapur. Baru saja ingin melarikan diri, langkah mereka terhenti apabila lelaki muda itu bertindak agresif dan menumbuk muka Johan dan memikulnya lalu dicampakkan ke lantai. Aliff dan Darwish terkesima!

************

Di tapak perkhemahan...

Prakkk..!! Prakkkk...!!

Chempaka, Dahlia, Nana dan Gary meninjau-ninjau ke arah datangnya bunyi tadi. Bunyi seperti ranting-ranting patah dipijak sesuatu dari hutan kedengaran lebih jelas pada waktu malam yang sunyi. Seketika kemudian, bunyi sepasang sayap dilibas-libas pula kedengaran. Pokok-pokok berdekatan bergoyang-goyang kekiri dan kekanan.

Dushhh.. !! Dushhh.!! Dushhh...!! Bukkkk...!!

Satu makhluk yang bersayap dan berparuh seperti burung gergasi mendarat betul-betul dihadapan mereka. Kaki mereka seperti melekat di tanah tidak berganjak walau seinci. Seperti mimpi makhluk seperti itu muncul tiba-tiba. Makhluk bersayap tersebut mengangakan mulutnya dan menjerit nyaring!! Mereka terjelupuk ke tanah dan menutup telinga dengan tangan.

"Lari semua!! Lari!!", Nana menjerit memberi arahan. Beg galas masing-masing dicapai dan terkocoh-kocoh berlari tidak tentu arah.

" Tunggu akuuuuu...!!", jerit Gary yang ketinggalan dibelakang sedangkan tiga orang gadis tadi telah jauh menyelamatkan diri ke dalam hutan.

Namun agak malang bagi Gary apabila dia ditangkap oleh makhluk bersayap tadi. Badan Gary telah dicengkam oleh kaki berkuku tajam seperti helang menangkp mangsa. Lalu makhluk tersebut terbang diudara membawa Gary ke rumah agam yang misteri.

"Aaaaaaaahhhhh...!!! Tolong akuuuuuu...!!! Tolong akuuuuu", jerit Gary dari udara dan akhirnya hanya sayup-sayup kedengaran apabila semakin jauh. Chempaka, Dahlia dan Nana tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Semuanya diluar kemampuan mereka. Mereka hanya mampu menangis teresak-esak kerana ketakutan. Didalam hutan tebal. Di dalam kegelapan malam. Dan didalam kedinginan hingga ke tulang hitam, hanya tinggal mereka bertiga disitu.

" Dahlia, Nana...kita tak boleh berterusan begini. Kita kena lakukan sesuatu. Duduk diam begini takkan menyelesaikan masalah!!", Chempaka bangkit dari ketakutan.

"Jadi, apa perlu kita buat..hari masih gelap..nak dapatkan bantuan pun belum tentu diaorang percaya..lagipun....aku rasa kita seperti sudah jauh ke dalam hutan..", luah Dahlia yang duduk dipangkal batang pokok memeluk kedua-dua belah lututnya. Esak tangisnya masih kedengaran tetapi makin perlahan. Bunyi burung hantu dan cengkerik silih berganti menjadi halwa telinga mereka dimalam itu.

" Kita cari diaorang...kita ikut rancangan kita awal tadi...setuju?", cadang Nana yang hanya senyap dari tadi.

"Entah la Nana..aku kurang yakin", jawab Chempaka.

"Kita kan bertiga...kita boleh selamatkan diaorang...ku yakin diaorang terperangkap disana". Nana tidak putus asa meyakinkan mereka berdua yang masih berbolak balik.

" Hmmm...baiklah...kita ikut rancangan awal walaupun tanpa Gary". Lirih suara Dahlia sedih.

"Aku yakin kita akan jumpa mereka semua...korang berdua pun kena yakin..persahabatan kita utuh dan kuat...kita mesti bersatu". Nana memeluk kedua-dua rakannya itu memberi perangsang. Lampu suluh dan kompas dikeluarkan. Rancangan asal mereka iaitu misi menyelamatkan ahli-ahli The 7 Club yang hilang mesti diteruskan!!! Mereka tekad!!!