Bab 14

Jam menunjukkan jam 2:15 petang. Dari tempat persembunyian, mereka melihat kelibat lelaki kejam tadi keluar dari rumah sambil memikul bangkai seekor rusa yang telah dihurung lalat diatas bahunya. Hendak dibawa ke mana mereka kurang pasti tetapi itu merupakan waktu yang sesuai untuk Johan, Darwish dan Nana memecah masuk rumah berkenaan.

Mereka bertiga menapak perlahan-lahan ke arah rumah tersebut dan menuju ke pintu utama. Tombol yang tidak berkunci itu dipulas dan kelibat mereka bertiga terus hilang dimata Chempaka, Dahlia dan Gary. Mereka menanti penuh debaran di kandang berkenaan.

Johan, Darwish dan Nana terus menuju ke dapur mencari makanan dan minuman. Kepala paip dibuka malangnya air kotor yang berkeladak dan berbau busuk sahaja yang keluar. Nana menutupnya kembali dan menggeleng-gelenggkan kepala kepada Johan dan Darwish. Kabinet dan laci dapur juga dibuka kesemuanya namun tidak kelihatan sedikit makanan pun disitu. Mereka sudah berputus asa.

Tiba-tiba Darwish terlihat sebuah peti sejuk lama dicelah-celah almari. Dengan teragak-agak pintu peti sejuk itu dibuka. Didalamnya terdapat banyak botol-botol kaca yang jernih berisi organ manusia yang telah dipotong. Lidah, hati, jantung, telinga malahan hidung juga diletakkan bersama cecair didalam botol jernih berkenaan.

"Darwish...macamana?" Tanya Nana separuh berbisik. Dia mengintai-ngintai dibelakang Darwish ingin melihat isi peti itu. Dengan pantas, pintu peti tersebut ditutup.

"Tak...takde apa-apa dalam sini..", bohong Darwish. Dia risau Nana akan pengsan jika melihat isi yang terdapat didalam peti tersebut.

" Biar aku tengok..".

"Takde apa-apa...aku dah tengok tadi..". Drama tolak menolak berlaku antara mereka. Nana tetap berdegil akhirnya dia menolak Darwish lalu membuka peti berkenaan dengan rakus.

" Argggggggghhhhhh...!! Apa ni?? Apa ni???", jerit Nana nyaring.

Johan dan Darwish menepuk dahi. Darwish menutup mulut Nana dengan tangannya.

"Shuhhhhhh...diam Nana..tolong diam..!...aku dah bagi amaran tadi tapi kau degil...sekarang ni puas hati???!!", kata Darwish menahan marah. Nana menangis teresak-esak. Nampaknya rancangan mereka gagal. Tiba-tiba pintu dapur dibuka dengan kasar dari luar. Tercegat lelaki ganas semalam mencerlung tajam kearah mereka. Kali ini tiada sebarang senjata ditangannya.

Johan mengeluarkan pisau dari poket seluar kirinya. Dia menerpa kearah lelaki itu dan menghunus pisau tersebut tepat ke jantung lelaki ganas tadi.

**********

Di tempat persembunyian...

" Aku rasa dah lama sangat ni diaorang pergi...tak sedap hati pulak..", luah Dahlia kepada Chempaka dan Gary.

"Hmmm...fikir positif ye Dahlia...Insya Allah diaorang okay...kita sama-sama doakan mereka selamat keluar dari situ..", pujuk Chempaka padahal hatinya juga gundah.

Setengah jam dari perbualan mereka berdua tadi batang hidung Johan, Darwish dan Nana belum juga nampak. Ini menambahkan kerunsingan yang sedia ada. Kali ini mereka berazam untuk menunggu sahaja disitu.

***********

Johan menerpa kearah lelaki itu dan menghunus pisau tersebut tepat ke jantung lelaki ganas tadi. Malangnya lelaki tersebut terlebih dahulu mengelak dari ditikam. Pisau tersebut jatuh ke lantai. Dengan kesempatan yang ada, dia menangkap pergelangan tangan Johan lalu memulasnya ke belakang.

Johan melolong kesakitan. Lelaki ganas tadi mengutip pisau dilantai lalu menikam lutut kanan Johan bertubi-tubi. Darah memancut keluar dan kaki kanannya sehingga membasahi seluar. Dari lutut ke bawah, kaki kanan Johan terkulai. Dia sudah tidak mampu bergerak dan hanya terbaring memegang kaki.

Darwish dan Nana yang kaku disitu mulai cemas. Lelaki ganas tadi menghampiri mereka pula. Sepantas kilat rambut panjang Nana direntap dan diheret. Darwish cuba melawan lelaki tersebut tetapi tapak tangannya pula tercedera dikelar oleh mata pisau Johan. Pegangan tangannya dan Nana terlepas. Nana terpekik-pekik meminta simpati. Lelaki itu tetap juga mengheret Nana ke satu bilik bawah tanah. Badannya calar balar terkena lantai. Darwish sudah tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantu Nana.

Luka ditangan Darwish agak dalam. Darwish mendapatkan Johan yang menyeringai kesakitan dilantai. Kecederaan Johan amat parah. Wajah Johan juga pucat lesi dan dan kulitnya dingin. Darwish nekad membawa Johan pulang ke tempat persembunyian mereka wlaupun sukar.

Dia memapah Johan untuk berdiri. Baru beberapa tapak mereka beredar, jeritan panjang Nana dari bilik bawah tanah bergema. Johan dan Darwish menangis memikirkan nasib yang menimpa Nana. Sesungguhnya, jeritan tersebut merupakan jeritan terakhir Nana dan tiada sebarang bunyi lagi selepas itu.

Darah semakin membuak-buak keluar. Lencun habis seluarnya dek darah dan meninggalkan kesan ditanah dari rumah agam hinggalah ke tempat persembunyian mereka. Chempaka, Dahlia dan Gary segera mendapatkan mereka dan sudah dapat meneka ianya suda semestinya perbuatan lelaki ganas itu.

"Apa dah terjadi Darwish??", soal Gary walaupun sudah jelas dihadapan matanya.

" Kami diserang...Johan ditikam bertubi-tubi dilutut", jelas Darwish.

Melihatkan darah merah pekat yang tak henti mengalir keluar itu membuatkan Gary mual dan termuntah.

"Mana Nana?? Kenapa dia tak pulang bersama korang??", tanya Dahlia pula kehairanan.

Johan dan Darwish menundukkan wajah. Kepala digeleng-gelengkan. Faham lah mereka bahawa Nana kemungkinan besar telah terkorban.

" Tidakkkkk....!!! Nana.....!!", Chempaka dan Dahlia menangis tersedu-sedu. Kini hanya tinggal mereka berdua.

Luka parah yang dialami Johan tidak mampu dirawat oleh mereka. Hanya jaket yang dipakai Johan sahaja dibalut dan diikat dikakinya agar pendarahan dapat dikurangkan. Manakala Dahlia mengeluarkan sapu tangan dari poketnya lalu membalut pula luka ditapak tangan Darwish.

****************

Di bilik bawah tanah.....

"Lepaskan aku...!!! Lepaskan aku binatanggg!!!!". Jeritan Nana langsung tidak dihiraukan. Malah Nana diheret tanpa belas kasihan. Pedih kulit kepalanya apabila rambutnya ditarik-tarik begitu.

Nana dicampakkan ke satu sudut bilik. Bilik tersebut gelap gelita tanpa cahaya.

'Tikkk..!' Suis lampu dipetik menyebabkan bilik diruang bawah tanah itu terang-benderang dalam sekelip mata. Nana merapatkan dirinya ke dinding. Perutnya terasa kecut melihat perhiasan-perhiasan yang tergantung didinding bilik.

Beberapa kepala manusia kelihatan seperti telah diawet dan kemudian digantung di dinding bilik. Apa yang mengejutkan Nana kesemua kepala tersebut merupakan kepala perempuan!

Lelaki ganas tadi mengheret Nana lalu dibaringkan ke atas sebuah katil besi. Nana meronta-ronta untuk melepaskan diri.

'Pangggggg...!!!!' Sebuah penampar hinggap dipipi lelaki ganas itu. Lelaki tersebut mendengus marah dan mencekik Nana sehingga tercungap-cungap kelemasan. Cekikan tersebut dilepaskan dan dan Nana terbatuk-batuk akibat kesan cekikan
dilehernya.

Kepala, tangan dan kakinya diikat kemas. Nana meronta-ronta diperlakukan sedemikian. Baju yang melekat dibadannya ditanggalkan.

" Kau nak buat apa dengan aku binatang???? Lepaskan aku!!! Lepaskan akuuuu...!!!". Jerit pekik Nana hanya disambut hilaian ketawa oleh lelaki itu.

"Phuiiiihhhhh!!!!!!'

Nana meludah pula ke muka lelaki ganas tersebut. Lelaki itu mendekatkan wajahnya ke wajah Nana dan menyeringai menampakkan barisan giginya yang kekuningan, kotor dan busuk itu!!

Nana telah disuntik dengan satu cecair yang tidak diketahui kandungannya. Setelah itu, satu alat seperti pisau bedah dikeluarkan dari salah satu perkakas yang ada disitu. Nana berasa tidak sedap hati. Beberapa lubang ditebuk dibahagian badan Nana.

" Argggghhhhh...!! Sakit la bodohhhh...!!!'.

Tebukan tersebut membuatkan darah dari badan Nana mengalir keluar. Nana terawang-awangan akibat kehilangan banyak darah. Matanya kabur dan pandangannya semakin tidak jelas. Dia langsung pengsan tidak sedarkan diri. Seketika kemudian Nana menutup mata buat selama-lamanya.

Tanpa belas kasihan, lelaki ganas tadi membelah perut Nana dan mengeluarkan organ satu persatu lalu diletakkan diatas dulang. Perut Nana dijahit selepas dicuci. Kepala Nana dipisahkan dari badan dan dibelah untuk mengeluarkan otak. Kemudian ianya direndam didalam satu balang kaca berisi bahan-bahan pengawet untuk proses pengawetan seterusnya. Setelah proses pengawetan selesai, kepala Nana digantungkan disatu sudut bersebelahan dengan mangsa-mangsa yang lain. Lelaki ganas tersebut tersenyum puas!!