Bab 16 - FINAL

"Dahlia! Sambut tangan aku...Lekas!", arah Chempaka. Dahlia cuba menggapai tangan yang dihulur Chempaka. Namun tanah jerlus yang dipijaknya semakin kuat menyedut seluruh anggota badannya. Dahlia terkapai-kapai mencari udara. Badannya hampir tenggelam. Disebelah sana, bebayang hitam mengintai dari jauh. Bebayang hitam tersebut semakin mara ke arah dua gadis malang itu.

Dahlia sudah berputus asa. Mereka semakin lemah dan penat selepas melalui peristiwa itu.

"Jangan mengalah! Aku tau kau boleh Dahlia. Lekas sambut tangan aku ni!!!!", Chempaka dapat mengesan Dahlia seakan berputus asa.

Prakkkkk...!!!

Kedua-duanya berpaling setelah mendengar ranting patah dipijak sesuatu. Bebayang hitam semakin dekat dan jelas menampakkan dirinya yang sebenar.

"Lari Chempaka! Lari!", laung Dahlia ke arah rakan baiknya Chempaka. Chempaka serba salah. Dia tersepit antara menyelamatkan rakan baiknya ataupun melarikan diri dari makhluk yang misteri yang telah banyak mengorbankan nyawa rakan-rakannya yang lain.

" Lari Chempaka! Selamatkan diri! Jangan hiraukan aku!!", jerit Dahlia cemas.

"Tapi Dahlia.....", Chempaka serba-salah.

"Kau dah takde masa Chempaka...lekas!".

Pegangan tangan mereka semakin longgar. Chempaka mula mengatur langkah untuk menyelamatkan diri.

"Maafkan aku Dahlia....aku akan datang selamatkan kau..aku janji...!", bisik hati Chempaka.

Chempaka berlari laju tanpa menoleh lagi. Jeritan Dahlia yang panjang dan nyaring membuatkan hatinya disiat-siat pedih.

Sepasang kaki berlari-lari merentasi hutan yang gelap dan berkabus. Pandangannya terhad. Akar-akar berselirat diatas tanah. Silap percaturan dia mungkin rebah menyembah bumi akibat tersadung akar-akar tersebut. Suara burung hantu dan cengkerik silih berganti menambahkan lagi keseraman yang dirasai Chempaka. Dia berlari tanpa arah tuju. Dia tidak mahu lagi terserenpak dengan makhluk menakutkan itu! Matanya melilau ke sana-sana dan sesekali menoleh ke belakang.

"Huhhh..huhhhh...huuhhhhh".

Nafas Chempaka berbunyi kasar dan dadanya turun naik akibat kelelahan.
Kakinya kelenguhan dan sakit akibat luka-luka kecil terkena duri dan rumput yang tajam. Dia berhenti seketika dibawah satu pohon besar, berdaun lebat serta dahan yang bercabang-cabang untuk melepaskan lelah. Airmatanya mengalir laju.

"Maafkan aku Dahlia. Aku tak mampu selamatkan kau..", esakannya semakin kuat.

**********

Chempaka mengesat airmatanya yang jatuh ke pipi. Dia menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya perlahan. Dia berazam untuk pulang dengan selamat.

Chempaka mempercepatkan langkahnya. Dia berjalan sambil memeluk tubuh. Terasa longlai segala sendi-sendinya setelah bertarung dengan pelbagai kejadian malang dan mengerikan. Apatah lagi seorang demi seorang rakan-rakannya pula menemui ajal dengan penuh tragis ditempat puaka tersebut.

"Kau kena kuat Chempaka!! Jangan sekali-kali mengalah..!". Chempaka memberi semangat kepada dirinya sendiri.

Sudah agak lama Chempaka meninggalkan kawasan yang meninggalkan 1001 misteri tersebut. Bunyi katak sayup-sayup didengari. Bersahut-sahutan menghiasi malam dan semakin lama semakin kuat dicuping telinganya.

Bunyi air berkocak juga semakin jelas. Malam yang hanya diterangi cahaya bulan yang terbias ditasik.

" Tasik????". Chempaka bersorak keriangan didalam hati apabila terlihat sebuah jambatan terbentang dihadapan matanya. Tanpa membuang masa dia berlari pantas menyeberangi jambatan tersebut sehingga ke hujungnya. Keadaan jambatan yang licin telah menyebabkan Chempaka jatuh tersembam ke tanah. Dia bersusah payah mencuba untuk berdiri semula. Pergelangan kakinya terseliuh menyukarkannya bergerak.

Dia duduk memeluk kedua-dua lututnya sambil menangis teresak-esak. Didalam hutan tebal sebegini dia keseorangan, kelaparan dan keletihan. Apalah malang nasib yang menimpanya itu.

"Aku takutttt....makkkk...abahhh...Chempaka takuttt...Chempaka nak balikkk..", tangis Chempaka didalam kegelapan itu. Layar mindanya terbayangkan wajah-wajah sahabat yang disayanginya.

Senyuman mereka.

Gelak ketawa mereka.

Suara mereka.

Semuanya seperti diimbas semula didalam kepalanya. Dia tersenyum sendirian. The 7 Club kini hanya tinggal dirinya seorang. Atau lebih tepat lagi hanya tinggal kenangan.

" Chempaka...".

Seseorang telah memanggil namanya. Chempaka tidak mengendahkan panggilan tersebut.

"Mungkin khayalan aku saja", getus hatinya.

" Chempaka...mari aku bantu kau bangun", ulang suara itu lagi.

Huluran tangan pemilik suara misteri tersebut dibiarkan saja tidak bersambut. Dia menyorotkan pandangan ke arah susuk tubuh yang berdiri disebelahnya.

"Darwish..!! Tapi bukankah kau.....??", kata-katanya mati disitu. Matanya tidak berkedip memandang Darwish bercampur baur dengan perasaan mustahil dn gembira. Mustahil Darwish terselamat dalam kejadian itu. Dan gembira kerana dia tidak lagi keseorangan.

"Ye...ni aku Darwish", ujarnya.

" Aku selamat Chempaka...hanya kau dan aku yang terselamat....mari...jangan buang masa....kita pergi dari sini..", ajak Darwish lagi.

Terlalu banyak soalan yamg hendak diajukan tetapi mulut Chempaka bagaikan terkunci. Beberapa minit kemudian barulah Chempaka teringat akan sesuatu.

"Darwish...Dahlia....dia...dia...", Chempaka tidak mahu meneruskan kata-katanya lagi. Hanya menambahkan sebak didadanya.

"Aku tau...bila aku nampak kau sorang saja disini aku dah tau yang Dahlia....Dahlia...ahhhh...!! Nasib Dahlia juga seperti mereka semua...", lirih suara Darwish sebelum menghabiskan ayatnya.

Darwish amat kecewa. Baru saja dia meluahkan rasa cinta yang terpendam sekian lama, kini buah hatinya pula pergi meninggalkannya.

Darwish memapah Chempaka sehingga ke tapak perkhemahan mereka dahulu. Kunci kereta diambil dan mereka tidak mahu lagi membuang masa. Mereka perlu pergi hari itu juga. Setelah membersihkan muka dan mengalas perut dengan saki baki makanan yang ada, mereka beredar menaiki kereta meninggalkan Air Terjun Kayu Manis selama-lamanya.

Chempaka membuang pandangannya keluar tingkap kenderaan. Matahari mulai terbit disebelah timur. Suasana sekeliling juga mulai cerah menandakan kitaran siang dan malam telahpun berganti. Pepohon rimbun yang menghijau terliuk-lentok seperti mengucapkan selamat jalan kepada mereka berdua. Selamat tinggal Air Terjun Kayu Manis. Selamat tinggal sahabat-sahabatku. Kenderaan yang dipandu Darwish meluncur ke jalan besar dan akhirnya melalui lebih raya.

TAMAT