Bab 12

Chempaka, Dahlia dan Nana berehat melepaskan lelah sebelum menyambung perjalanan.

"Nana...rasanya kita dah semakin hampir...", ujar Dahlia. Kabus tebal menyelubungi kawasan tasik berkenaan.
" Kau pasti dengan apa yang kita akan buat ni??", tanya Chempaka was-was.

"Aku amat pasti...diaorang mesti tunggu kita..", jawab Nana tersenyum.

Dengan lafaz Bismillah mereka meniti jambatan kayu dengan berhati-hati. Kabus semakin menebal sekaligus menyukarkan pandangan. Terasa jauh pula hendak menyeberang jambatan tersebut.

Akhirnya mereka sampai juga dan terlihat sebuah rumah agam tersergam didepan mata mereka. Nana memberikan isyarat diam dan mengarahkan Chempaka dan Dahlia bersembunyi di sebuah bangsal kerana ternampak kelibat seorang lelaki yang sedang memegang sabit ditangannya. Fizikal lelaki tersebut kelihatan ganas dan mustahil untuk mereka meminta pertolongan.

" Sampai bila kita nak tunggu?? Dah hampir pagi ni...tak lama lagi Subuh..", soal Chempaka setelah hampir 15 mi it mereka disitu.

"Sabar...kita kena tunggu masa sesuai...lagipun kita tak tau kat mana diaorang berada", jawab Nana.

Chempaka dan Nana mengeluh. Adakah keputusan mereka merupakan satu kesilapan?

**************

Sementara itu, 4 orang lelaki yang terperangkap didalam lubang tersebut menemui jalan keluar tetapi dihalang oleh jeriji kayu yang diselak dari luar. Mustahil bagi mereka untuk memecahkan jeriji tersebut tanpa penarik perhatian lelaki bengis tadi.

" Shuhhhhhh....!! Aku dengar suara..!!". Dahlia memasang telinga. Dahlia mencari-cari arah shara tersebut. Semakin lama semakin dekat bunyi suara yang biasa didengarinya itu.

"Tu...tu suara Johan!", ujar Dahlia keriangan. Nana dan Chempaka menghampiri arah yang dimaksudkan.

" Ye...tak salah lagi tu suara Johan...suara orang lain pun ada", beritahu Chempaka teruja.

Dahlia mengalihkan rumput-rumput kering dan menemui sebuah tingkap kecil berjeriji kayu. Dia ternampak bayang-bayang beberapa orang manusia. Dia menyuluh-nyuluh ke arah ti gkap tersebut.

"Lihat!! Ada cahaya!!", jerit Gary.

" Gary?? Gary ke tu??", tanya Dahlia.

"Ye aku kat sini...ada Johan, Darwish dan Aliff sekali...Dahlia?? Dengar sini...kami dikurung kat sini...tempat ni tak selamat...tingkap ni pulak terkunci dari luar...", jelas Gary.

" Sekejap..!! Berkunci dari luar??". Dahlia meraba-raba jeriji kayu tersebut. Akhirnya dia terjumpa satu selak yang menutup tingkap berkenaan. Rezeki berpihak kepada mereka kerana selak tersebut tidak dimangga. Hanya diselak dari luar. Dengan mudah Dahlia membuka ti gkap tersebut dan 4 orang jejaka tadi keluar dengan selamat.

Keempat-empat lelaki tadi menarik nafas dalam-dalam menghirup udara bersih.

"Kenapa korang busuk sangat ni?", soal Nana sambil menutup hidung. Botol air mineral dihulurkan kepada mereka berempat.

" Korang takkan percaya apa yang ada dalam sana", jawab Darwish setelah meneguk sebotol air mineral sehingga habis. Darwish merenung wajah Dahlia yang comot kesan tanah dan selut disana sini namun tetap ayu dimatanya.

"Ehemmm...Syukurlah semuanya selamat...sekarang ni jangan buang masa lagi kita keluar dari sini cepat sebelum matahari keluar", ajak Johan bersemangat.

" Aliff...kaki kau dah ok?", soal Johan.

"Ok la sikit...terseliuh je ni", jawab Aliff.

Mereka bertujuh bersatu kembali melengkapkan The 7 Club seperti dahulu. Setelah berpuas hati dengan keadaan sekeliling, mereka bertujuh berjalan beriringan menuju ke jambatan. Kabus mula hilang perlahan-lahan menandakan hari hampir pagi.

" Kamu semua nak ke mana???". Tiba-tiba muncul satu suara dari arah belakang mereka.

Mereka serentak berpaling dan rupa-rupanya pakcik tua yang mengacukan senapang tadi yang bertanya.

"Err.....errr....kami nak balik pakcik...tolong lepaskan kami..", ujar Johan.

Pakcik tua itu membuang pandang ke arah kaki langit dan kemudian memandang semula ke arah mereka.

" Hari hampir pagi..kalau kamu lambat...kamu takkan dapat keluar dari sini...". Pakcik tua tersebut berkata-kata.

"Maksud pakcik??", soal Nana pula.

" Kalau matahari naik, kamu takkan dapat keluar dari sini...selepas matahari terbenam baru boleh...tapi ingat...kamu boleh sembunyi...tapi kamu takkan dapat lari...", sambung pakcik tua tadi dengan riak wajah serius. Kesemua mereka terlopong dan memandang antara saru sama lain.

"Apa tunggu lagi...lekas!! Pergi dari sini..!!", pekik pakcik tua tersebut.

" Ba...baiklah", jawab Aliff. Tiba-tiba..

'Thukk...!!'

Sebatang sabit terpacak betul-betul di atas kepala pakcik tua tadi. Darah meleleh ke wajah. Mata terbeliak dan seluruh badan kaku tidak bergerak. Tidak lama selepas itu jasad pakcik tua tadi tumbamg kedepan. Dalam balam-balam gelap, berdiri sekujur tubuh lelaki tinggi dan tegap menapak ke arah jasad pakcik tua dan mencabut sabit yang terlekat dikepalanya.

Darah yang melekat disabit dijilat-jilat. Kepala pakcik tua tadi dipisahkan dari badannya dengan sekali hayun. Mata pakcik tua malang tadi dikorek-korek dan dimasukkan kedalam mulut. Dia menikmatinya tanpa rasa bersalah. Kepala tadi dicampakkan ke tanah dan datang pula makhluk gergasi bersayap menyambar kepala dan dibawa pergi. Seketika kemudian lelaki tadi ketawa nyaring.

'Hahahahahahahahaha'...

Mereka bertujuh terkesima. Lutut Gary berlaga sesama sendiri. Keluar cecair panas membasahi seluar yang dipakainya. Gary terkencing kerana ketakutan!!

"Setannnnn!!!!", jerit Nana kearah lelaki tersebut. Lelaki tersebut hanya tersengih mempamerkan giginya yang buruk. Seburuk kelakuannya!

"Lari semua...lariii...!!", jerit Johan sekuat hati. Mereka bertujuh berlari menyelamatkan diri ke arah jambatan. Darwish menyambar tangan Dahlia dan berlari beiringan sambil menoleh ke belakang. Cahaya matahari pagi mula memunculkan diri dari arah timur. Itu petanda buruk bagi mereka. Akhirnya mereka berjaya sampai ke jambatan dan tinggal menyeberanginya sahaja.

Tetapi sudah terlambat kerana matahari sudah terbit sepenuhnya. Johan dan Aliff hampir terjatuh ke dalam tasik kerana jambatan tersebut kelihatan tidak bersambung lagi. Ianya kembali seperti waktu mula-mula ditemui oleh Aliff dan Darwish. Jambatan tersebut kembali usang dan reput. Lelaki yang membunuh pakcik tua tadi mula menghampiri mereka. Mereka kebuntuan kerana tiada jalan keluar melainkan berenang ke dalam tasik. Risikonya amat besar kerana tasik tersebut kelihatan dalam dan kotor. Mereka mungkin mati kelemasan didalam sana!

Mahu atau tidak mereka terpaksa berpatah balik ke rumah agam tadi. Tetapi terpaksa melepasi lelaki ganas tadi. Mereka sepakat untuk merempuh sahaja lelaki tersebut kerana tiada pilihan lain. Mereka bertujuh, lelaki tersebut hanya seorang semestinya berjaya menolak lelaki tersebut ke dalam tasik.

'Huwarghhhhhh..!!!!!!' Johan, Darwish dan Aliff kecuali Gary merempuh lelaki tersebut sekuat hati. Yang lain-lain berlari ke arah rumah agam semula. Sabit terjatuh ke tanah dan mereka bertiga bergelut untuk menolak lelaki terbabit. Ternyata tenaga tiga orang lelaki muda tersebut tidak setanding dengan lelaki ganas itu. Lelaki tersebut berjaya melepaskan diri dari cengkaman mereka dan mencapai sabitnya semula.

Mereka bertiga mulai panik dan kecut perut. Lelaki tersebut ketawa sekuat hati dan sabitnya dihayun kekiri dan kekanan bertujuan mencederakan mereka bertiga. Pantas mereka cuba melarikan diri dari ditebas oleh mata sabit yang telah mengorbankan banyak nyawa itu.

Malang bagi Aliff kerana tanah yang dipijaknya agak licin lalu dia jatuh tersungkur

'Zapppp..!!!'

"Arrgghhhhhhh....!!!!!". Jeritan Aliff bergema disegenap pelusuk. Mata sabit tersebut berjaya menyambar pergelangan kaki Aliff lalu pergelangan kakinya terkulai dan darah memancut-mancut keluar. Lelaki ganas tersebut semakin galak ketawa tanda kemenangan.

" Ya Allah..!!! Aliff...!! Kita mesti selamatkan Aliff...!!", Johan menjerit ke arah Darwish dan Gary. Gary hanya menggeleng-gelengkan kepala dan meluru ke arah kumpulan gadis-gadis tadi.

Johan dan Darwish menarik tangan Aliff dan cuba memapahnya untuk berdiri. Aliff berlari terhincut-hincut kerana kesakitan. Mukanya pucat kerana kehilangan banyak darah. Badannya pula semakin lemah.

'Zussssss...!!!'

Sekali lagi mata sabit dilibas mengenai lengan Aliff pula sehingga putus. Hampir saja mengenai wajah Johan. Johan masih memegang tangan Aliff yang terputus. Manakala Aliff pula sudah terjelupuk ke tanah. Chempaka, Dahlia dan Nana menjerit kengerian.

Tiba-tiba lelaki tersebut muncul menghampiri mereka.

'Thukkkkkk...!!!!'

Akhirnya Aliff menemui ajalnya setelah mata sabit berkenaan menembusi tengkorak kepalanya pula. Lelaki ganas tersebut mengheret jasad Aliff dan mencampakkannya hingga terpelanting mengenai sebuah batu besar. Seperti biasa, dia mengorek-ngorek biji mata mangsanya dan mengunyah dengan penuh bangga. Terseksa sekali jasad Aliff diperlakukan begitu. Kepala Aliff tercerai jua dari badan dan dicampakkan ke tepi. Mungkin akan menjadi habuan makhluk bersayap itu nanti.

Dadanya dibelah dan jantung diambil. Seperti orang gila atau memang gila lelaki ganas tadi membaham jantung Aliff dengan lahap sekali. Perut Aliff pula dirobek-robek. Darah merah dan pekat mengalir membasahi tanah. Usus ditarik-tarik keluar dan isi perut dibiarkan terbuka. Anggota badan yang lain turut dikerat-kerat kepada beberapa bahagian.

Rakan-rakan Aliff merasakan perbuatan tersebut amat jijik dan zalim.

Kini hanya tinggal mereka berenam. Mereka cepat-cepat melarikan diri sementara lelaki ganas tadi asyik dengan kerjanya. Mereka sudah keletihan dan kelaparan. Lelaki ganas itu sukar ditangani. Sampai bila pertumpahan darah harus berlaku??