Bab 9

Sementara itu, Johan dan Darwish semakin menghampiri kawasan tasik.

"Kita dah sampai", beritahu Darwish. Hatinya berdegup hebat memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku.

" Jadi disini la tempatnya? Baik..Darwish, mari kita selamatkan Aliff...ingat, sebaik saja Aliff berjaya ditemui kita semua terus keluar dari sini", arah Johan.

Sekumpulan kelip-kelip terbang menghampiri mereka berdua.

"Johan..!! Jangan pandang kelip-kelip tu!! Endahkan saja!!!", jerit Darwish.

Mereka menepis-nepis kumpulan kelip-kelip tersebut dari dipukau. Setelah berjaya, mereka mula bersedia menyeberangi jambatan ke dunia sebelah sana. Sedikit demi sedikit, kabus mulai tebal dan memenuhi ruang sekitar. Lampu picit disuluh kesana sini bagi mencari arah.

" Hati-hati dengan mahkluk bersayap tu..ia terbang dengan pantas..elakkan dari tertangkap", pesan Darwish lagi.

************

1 saat....

2 saat....

3 saat....

4 saat...

5 saat....

6 saat....

7 saat...

8 saat...

'Hmmmmppphhhhfftttt...!!'

Aliff tidak dapat menahan nafas lebih lama lagi. Mujurlah makhluk bersayap tadi telah pun terbang setelah gagal menemui mangsanya. Aliff terasa sungguh lega dan duduk berlunjur melepaskan lelah.

"Tak boleh jadi ni..aku kena keluar dari sini...tempat ni nampaknya tak selamat..", gumam Aliff.

Dia terkenangkan rakan-rakannya. Kalau la dia tidak berkeras tadi, mesti dia masih selamat. Dia mungkin sedang bergelak ketawa bersama mereka. Manakala Darwish pula tidak dapat dikesan.

*************

" Aliff..! Alifff...!!".

Johan dan Darwish memekik perlahan memanggil nama Aliff. Ikutkan mahu saja mereka berpecah bagi mempercepatkan pencarian, tetapi membatalkan hasrat kerana risikonya amat besar. Tempat ni terlalu asing bagi mereka.

" Aliff..! Alifff...!! Mana kau??! Kami datang ni!!!".

Johan dan Darwish kini berada betul-betul dihadapan rumah agam. Johan terpegun di era sebegini masih wujud lagi rumah sedemikian. Dia tertanya-tertanya siapakah pemilik rumah agam tersebut. Tapi itu bukanlah masa yang sesuai untuk memikirkan semua itu. Misi utama diteruskan kembali.

Tiba-tiba semua lampu didalam rumah terpasang. Johan dan Darwish cepat-cepat memadamkan lampu suluh dan menyembunyikan diri disebalik rumput-rumput kering. Dari apa yang diceritakan oleh Darwish, Johan yakin penghuni rumah tersebut ada kaitan dengan makhluk misteri tadi.

Suasana malam ketika itu sungguh sunyi. Cengkerik dan unggas pun tiada langsung kedengaran. Setitis air yang jatuh pun boleh didengari.

"Johan..kau dengar sesuatu tak?", tanya Darwish separa berbisik.

"Maksud kau?", tanya Johan.

"Ada bunyi seperti gigi berlaga..!", jelas Darwish. Mereka berdua mula terbayangkan gigi yang berlaga-laga dari kepala tengkorak seperti didalam filem-filem seram yang pernah ditonton sebelum ini. Darwish memberi isyarat kepada Johan untuk memeriksa arah datangnya bunyi itu. Mereka mengengsot perlahan-lahan ke sebelah.

Manakala lain pula situasi Aliff. Bisikan-bisikan tadi membuatnya resah. Risau jika ada lagi makhluk lain yang datang mencarinya. Tangannya meraba-raba sekeliling mencari sesuatu untuk mempertahankan diri. Sebatang kayu sederhana besar digenggam kuat dan dirapatkan ke dada. Dia bersedia untuk berlawan habis-habisan kali ini.

'Huargghhhhh...!!!'

Kayu hampir mengenai kepala Darwish tetapi berjaya ditepis. Batang kayu tersebut tergolek ke bawah.

" Aliff???".

"Darwish??".

" Johan??!".

"Ya Allah!! Korang datang sini?? Korang tau tak tempat ni bahaya?? Ada binatang misteri tadi duk kunyah kepala manusia depan aku korang tau tak??", cerita Aliff bersungguh-sungguh.

" Syukurlah kau selamat Aliff...jom kita balik..yang lain-lain sedang menunggu kita kat khemah", ajak Johan.

"Terima kasih...korang datang sini semata-mata nak selamatkan aku..aku terharu sangat..tak pernah lagi aku seronok sangat jumpa korang", tutur Aliff.

" Dah la tu...kita kena keluar dari sini cepat..takut benda lain pula jadi", arah Darwish sambil menarik tangan Johan dan Aliff.

Apabila melalui rumah agam tadi, terlihat kelibat seseorang mundar-mandir dari dalam rumah. Langkah mereka terhenti lalu menyorok ditepi tingkap. Aliff mengintai keadaan di dalam rumah tersebut. Seorang lelaki tua sedang melapah-lapah daging di atas meja. Daging dipotong kecil-kecil dan dimasukkan kedalam bekas lalu disimpan kedalam peti. Serta-merta dia teringat akan badan pemilik kepala yang dibaham makhluk busuk tadi.

"Lekas! Lekas! Jom gerak!", ajak Aliff cemas.

Mereka bergerak pantas ingin menuju ke arah jambatan.

'Prangggggg...!'

Aliff tersepak sebuah pasu bunga lalu pecah berderai. Aliff menyeringai kesakitan memegang kakinya.

Derapan tapak kaki dari dalam rumah mula menuju ke pintu. Cepat-cepat Johan dan Darwish memapah Aliff untuk beredar.

'Klikkk!'

Serentak mereka berpaling. Lelaki tua tadi berada dibelakang mereka dengan mengacukan sepucuk senapang. Muncung senapang tersebut dihalakan tepat ke arah mereka bertiga. Menggigil kepala lutut mereka bertiga.

'Puihhhhhh..!!'

Lelaki tua itu meludah ke tanah dengan wajah bengis. Walaupun kelihatan tua namun masih lagi gagah dan tegap. Dia memberikan isyarat kepada mereka bertiga untuk beredar ke satu arah yang ditunjukkan dengan muncung senapang.

Terketar-ketar mereka mengikuti arah yang ditunjukkan.

" Dia nak suruh kita pegi mana wei?", soal Aliff terhincut-hincut.

"Entah la Aliff..kita takde pilihan...karang tak pasal-pasal kena tembak", ujar Darwish. Didalam kepalanya hanya memikirkan keselamatan Dahlia, gadis yang diminatinya dalam diam. Hanya doa sahaja yang mampu dipanjatkan agar keselamatannya terpelihara.

***************

Di tapak perkhemahan....

" Pergi..!! Pergi..!! Jangan ganggu aku setannn...!!!", jerit Nana seperti menghalau sesuatu. Nana jelas sepertu dirasuk sesuatu. Rambut panjangnya kusut masai dan kakinya menendang-nendang ke udara. Seolah-olah menghalau seseorang atau sesuatu disitu.

"Nana, mengucap Nana..please jangan macam ni..kuatkan semangat..", pujuk Dahlia sebak.

" Jangan dekat!! Jangan datang dekat dengan aku!!! Kau ibliss..! Kau setan...!!! Apa kau nak haaa??", pekik Nana ditengah-tengah malam yang sepi.

Aksi Nana semakin ganas. Dia meronta-ronta dari pegangan Dahlia. Gary hanya memerhatikan saja dari luar khemah. Nana memukul-mukul badan Dahlia dan sebiji penumbuk diberikan tepat ke perut Dahlia. Lalu Dahlia menyeringai kesakitan dan terbongkok-bongkok menahan sakit. Nana meluru ke luar khemah ingin melarikan diri. Gary pantas merangkul tubuh Nana dan menahannya dari pergi.

Dalam jeritan dan rontaan yang bertubi-tubi dari Nana menyebabkan Chempaka, Dahlia dan Gary mengambil keputusan untuk mengikat Nana di sebatang pokok dari terus bertindak agresif.

"Maafkan kitaorang Nana...kitaorang sayangkan kau tu terpaksa buat kau macam ni..", tutur Chempaka dalam nada sedih melihat jeadaan Nana sebegitu.

" Errr....girls...apa kita nak buat dengan Nana ni? Takkan nak biarkan dia terikat macam ni sampai diaorang bertiga tu balik??", tanya Gary simpati.

Chempaka dan Dahlia duduk dihadapan Nana yang tidak sedarkan diri dan menyelak helaian rambut yang menutup sebahagian wajah Nana.

Angin dingin bertiup menyapu muka dan leher mereka menyebabkan bulu roma mereka tegak berdiri tanpa diduga. Dengan tiba-tiba badan Nana tersentak-sentak seperti terkena kejutan elektrik dan matanya terbeliak memandang ke depan. Senyuman menyeramkan terukir dibibir Nana yang memandang mereka tanpa berkedip.

"Hahahahaha....kau boleh bersembunyi...tapi kau takkan boleh lari..!", kata jelmaan Nana dengan nada kasar.

Chempaka dan Nana berundur setapak ke belakang. Sah! Itu bukan Nana. Jadi apa??

" Choiii...ni bukan Nana kan?? Tolong bagitau aku ni bukan Nana", soal Gary ketakutan.

"Aku ra...rasa..bu....bukan Na....na..", jawab Chempaka tergagap-gagap. Detak jantungnya berlari kencang. Manakala mulut Dahlia pula terkunci rapat. Kedua-dua biji mata Nana merah dan mengalir airmata darah. Matanya mencerlung tajam ke arah ketiga-tiga manusia yang berada dihadapannya.

Mulutnya ternganga dan kepalanya terhangguk-hangguk ke kiri dan ke kanan. Dahlia yang hanya kaku tadi mula tersedar lalu terkumat-kamit membaca sesuatu. Dia fokus dengan mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran yang diingatinya berulang-ulang kali. Dia baru teringat ada membawa air Yasin dan mengambilnya dari beg galas.

Nana semakin meronta-ronta ingin melepaskan diri. Bergoyang-goyang pokok akibat tindakan agresif dan luarbiasa Nana. Daun-daun pokok juga berguguran ke bumi.

"Panas..!! Panasss..!!! Aku panassss...!", jerit Nana meminta simpati. Tapi mereka tau hanya badan Nana saja yang berada disitu. Yang terpekik dan terlolong adalah benda lain. Dahlia membuka penutup botol dan merenjis-renjiskan air bacaan Yasin yang dibawanya ke arah Nana.

'Auuuuuuu.....!!!! Arrrgggghhhhhh....!!!'

Lalu Nana terkulai dan tidak sedarkan diri.

"Lekas Gary, buka ikatan Nana...kita usung dia ke khemah", arah Dahlia.

Gary serba salah. Dia takut Nana akan bertindak seperti tadi.

" Ni Nana...benda yang menumpang dibadan Nana tadi dah pergi". Dahlia seolah-olah dapat membaca fikiran Gary. Mereka bertiga mengusung Nana masuk ke dalam khemah.

Beberapa minit kemudian Nana tersedar dan kelihatan amat letih.

"Jangan banyak bergerak Nana..rehat je dulu", larang Chempaka apabila melihat Nana cuba bangun.

"Aku haus..", jawab Nana.

" Minum air ni...lepas tu lap sikit ke muka", arah Dahlia pula. Nana hanya menurut sahaja perintah Dahlia walaupun kebingungan.

Tiba-tiba wajah Gary tersembul dari luar khemah menjenguk ke dalam tempat rehat Nana.

"Korang...korang tak rasa ke yang si Johan dan si Darwish tu dah lama pergi???", tanya Gary sambil menampar-nampar lengannya yang digigit nyamuk. Sudah hampir dua jam pemergian mereka namun masih juga belum pulang. Chempaka melihat jam ditangannya.

" Betul cakap Gary tu...kalau diaorang tak sampai juga seperti yang dijanjikan, kita terus keluar dari sini untuk mendapatkan bantuan. Jadi aku rasa elok lah kita berkemas apa yang patut. Bawa yang penting-penting je cukup..', cadang Chempaka.

"Baiklah, kau rehat kat sini je tau Nana...kitaorang nak mengemas apa yang patut", kata Dahlia sambil menyelimutkan badan Nana.

Masa dua jam yang dijanjikan telah pun tamat. Chempaka, Dahlia dan Gary mendapatkan Nana untuk beredar dari situ.

" Korang...korang tak rasa ke kejam sangat kita ni sebagai kawan tinggalkan mereka bertiga disana?", tanya Nana tiba-tiba.

"The 7 Club yang kita tubuhkan bermakna ada 7 orang ahli yang sentiasa bersama-sama sejak kita mula-mula kenal...susah dan senang selalu sama-sama...korang jamin ke kalau kita keluar dari sini nyawa mereka selamat disana?? Kalau pihak berkuasa tak percayakan kita macamana?", sambung Nana lagi.

Masing-masing tunduk memandang tanah.

" Jadi, maksud kau..kau ada cadangan lain? Macam tu??", tanya Gary.

"Secara jujurnya ya...pada pendapat aku, kita sebagai 7 sahabat baik perlu cari sendiri ahli-ahli kelab yang hilang. Macam apa yang Johan dan Darwish lakukan..mencari Aliff, sahabat kita yang hilang...bukan tinggalkan mereka sendirian". Tidak disangka-sangka perkara sebegitu keluar dari mulut Nana

" Aku faham Nana..tapi Johan dah cakap...kalau dalam masa dua jam diaorang tak balik, kita perlu kelar dari sini untuk dapatkan bantuan", chempaka mengulangi ayat Johan.

"Macam aku cakap tadi, pihak berkuasa akan percayakan kita ke? Aku rasa ada baiknya kalau kita cari dulu diaorang tu. Aku percaya selagi kita bersatu selagi tu la kita akan kuat...kita boleh lawan semua tu", hujah Nana lagi meyakinkan mereka bertiga.

Walaupun peristiwa misteri pernah dialami oleh Nana, namun dia tak sampai hati meninggalkan rakan-rakannya sebegitu.

" Jadi, aku cadangkan kita pergi ke sana cari mereka...setuju??", tanya Nana.

"Aku tak nak..!! Aku takut..! ", jerit Gary lantang.

" Chempaka? Dahlia?? Korang macamana?", tanya Nana lagi.

"Ada betul jugak cakap kau Nana...kita terpaksa mungkir janji dengan Johan. Aku dan Dahlia akan ikut kau ke sana". Chempaka dan Dahlia menganggukkan kepala.

" Gary?". Masing-masing menantikan jawapan daripada Gary.

"Kita pergi je dari sini...lepas ni kita dapatkan bantuan...aku rasa tu yang terbaik". Gary tetap berkeras dengan keputusannya.

" Hmmmm....kalau macam tu...kau keluar je sorang-sorang dari sini Gary..kitaorang takkan berganjak dengan keputusan tadi..muktamad!", jawab Nana tegas.

"Mana boleh macam tu..kau buat aku tersepit...sebenarnya..aku...aku takut dengan apa yang diceritakan oleh Darwish tadi", akhirnya Gary menyatakan apa yang terbuku.

" Gary...aku faham...bukan kau sorang je rasa takut..kitaorang pun sama..untuk pengetahuan korang aku pernah nampak makhluk yang diceritakan oleh Darwish..tapi untuk tinggalkan Johan, Darwish dan Aliff disitu aku rasa kita amat pentingkan diri..kita datang sama-sama jadi kita perlu balik sama-sama...selagi kita bersama, semua akan selamat...aku yakin..", pujuk Nana sambil menepuk-nepuk bahu Gary.

"Ba..baiklah...kali ni aku ikut cakap kau Nana...aku pun sayangkan mereka..", akhirnya Gary bersetuju. Mereka semua tersenyum dan menggenggam tangan masing-masing.

'Prakkkkk...!!'.

Serentak dengan itu mereka semua berpaling ke arah bunyi tadi.