Bab 8

Ditapak perkhemahan.....

Bahu Nana terhinggut-hinggut menahan tangis.  Buntu Chempaka dan Dahlia melihatkan situasi tersebut.  Sudah puas mereka memujuk Nana untuk bersabar mengingati Allah.

"Nana,  tenang ok...aku tau kau takut..kitaorang semua pun takut..tapi aku harap kau sabar banyak-banyak",  nasihat Chempaka sambil tangannya mengusap-ngusap rambut panjang Nana.

" Aku nak balik!!  Aku tak mau duduk sini lama-lama...huhuhuhuhu...".  Nana semakin kuat menangis.

"Aku faham...tapi kita kena tunggu Johan dan Darwish dulu.

" Takkk....korang tak faham...dan korang takkan faham....a...aku nam...nampak Chempaka,  Dahlia...aku yang nampak!!",  luah Nana dengan tersekat-sekat.

Chempaka dan Dahlia berpandangan sesama sendiri.  Mereka memang tidak faham apa yang diperkatakan oleh Nana tadi.  Sementara itu,  Gary berpusing-pusing dengan handphonenya mencari isyarat talian.

"Macam ni la Nana...apa kata kau rehat je dulu dalam khemah..kau kan tak sihat",  nasihat  Chenpaka.

" Betul tu...kalau kau nak apa-apa bagitau je kitaorang...ok?",  sambung Dahlia pula.

Nana menghabiskan sisa minumannya.  Kepalanya sakit dan kusut.  Dia cuma mahu balik dengan selamat. 

"Mungkin Nana terlalu banyak berfikir,  tambahan pula dia kurang sihat...tu yang meracau teruk",  duga Dahlia.

" Mungkin juga...".  Chempaka turut bersetuju dengan pendapat Dahlia.

"Mana Nana?",  soal Gary yang baru saja duduk disebelah Dahlia.  Tangannya dihalakan ke unggun api.  Cuaca agak sejuk sedikit pada malam itu hingga terasa ngilu urat sarafnya.

" Nana tengah berehat..biarlah dia tenangkan fikiran dulu...",  jelas Dahlia yang risau dengan keadaan Nana.

"Aku harap,  diaorang jumpa dan dapat bawak Aliff bersama nanti..",  luah Chempaka.

" Insya Allah..Johan tu arif dengan selok belok dihutan...mungkin si Aliff tu sesat je",  jawab Dahlia.

"Sesat korang cakap??!!  Aliff bukannya sesat...kan Darwish dah bagitau kita hal sebenar tadi??  Korang dah lupa ke??",  soal Gary seperti mengikut perasaan.  Mungkin panik ataupun takut. 

"Shuuuhhhh...!!!!  Perlahan la sikit nanti terbangun si Nana tu nanti".  Chempaka meletakkan jari telunjuk dibibirnya.  Dia bukannya tak takut atau risau.  Dia sayangkan rakan-rakannya.  Tidak dapat dibayangkan jika sesuatu yang buruk berlaku kepada rakan-rakannya nanti.  Nauzubillahminzalik!!

" Kan Johan dah pesan tadi...kalau dalam masa dua jam diaorang tak balik,  baru kita bertindak...kita keluar dapatkan bantuan dari pihak berkuasa",  Chempaka mengingatkan Gary janji mereka berenam tadi.

'Arrggggghhhhhhhhhhhh...!!'

"Nana!!!".

Mereka bertiga beredar mendapatkan Nana yang tiba-tiba saja menjerit seperti dirasuk!