Bab 15

Johan meracau-racau kerana kehilangan banyak darah. Badannya menggigil kerana kekurangan oksigen dan kelaparan. Masing-masing telah lemah dan putus asa. Hanya doa kepada yang Maha Esa saja dapat dipanjatkan moga-moga mereka selamat dan kembali kepangkuan keluarga. Segala harapan dan impian mereka selama ini hancur berkecai.

"Darwish...Johan dah kritikal...terlalu banyak darah yang hilang", Chempaka berbisik perlahan.

Darwish memandang sayu akan sahabatnya itu yang telah dianggap seperti abang kandung sendiri.

" Aku tau...tapi...aku tak mampu buat apa-apa Chempaka...kita sama-sama doa moga nasib menyebelahi kita nanti...Insya Allah.

Dahlia mengelap-ngelap peluh yang memercik didahi Johan. Timbunan rumput-rumput kering diletakkan di atas badan Johan bagi menghangatkan tubuhnya. Angin sejuk menghembus dan suasana semakin gelap kerana matahari akan melabuhkan tirainya sebentar sahaja lagi. Jika tadi mereka amat bersemangat, kini mereka semua telah pun mengalah dengan takdir yang menimpa.

"Darwish.. Ke sini lekas!!!", panggil Dahlia perlahan.

" Kenapa Dahlia?".

"Jo...Johan Darwish...D...dia...d...dah tak bergerak!!", kata Dahlia terputus-putus.

Darwish mengambil tempat disebelah Johan. Dadanya berdegup hebat. Apakah lagi dugaan yang akan datang?? Tangan Johan diraih ke pangkuannya. Jarinya memeriksa denyut nadi Johan. Darwish memandang sebak wajah rakan-rakannya yang lain.

" Johan dah takde...Innalillah...", kata Darwish sambil mengiamkan kedua-dua tangan Johan. Chempaka dan Dahlia berpelukkan dan menangis tersedu sedan. Gary pula menumbuk-numbuk tanah. Jasad Joham disembunyikan dibawah timbunan rumput-rumput kering. Hanya itu yang mampu dilakukan oleh mereka buat masa ini.

Kabus menyelubungi suasana. Hari juga telah pun malam. Hanya cahaya bulan yang samar-samar menerangi suasana. Gary masih beremosi dengan pemergian Johan. Buku lalinya berdarah kesan tumbukan yang dilepaskan ke tanah.

Tiba-tiba Gary ketawa seperti orang tidak siuman.

"Hahahahahaha...kita takkan selamat!! Kau dengar tak Darwish??? Kita takkan selamat!!!!", jerit Gary.

"Shuuuhhhhh....diam Gary...bahaya nanti", Darwish memberi amaran. Dia risau kalau-kalau lelaki ganas ataupun makhluk bersayap tahu mereka berada disitu

" Kau tau Darwish...?? Aku tak peduli!! Aku dah tak peduliiii...!!!", jerit Gary lagi.

"Gary!!! Hentikan..!!! Nanti mereka datang!!!", Chempaka pula memberi amaran. Dia berasa gusar. Chempaka melihat ke segenap sudut tempat persembunyiannya itu. Gary merenung wajah Chempaka dalam-dalam sambil tersenyum sumbing. Tiba-tiba Gary bertindak diluar kawalan. Dia keluar dari tempat persembunyian mereka dan menjerit-jerit seperti orang gila.

" Aku tak takut...!!! Kau datanglah ke sini makhluk bodoh..!!!! Kalau kau berani kau datanglah tunjukkan rupa kau yang sebenar...!!! Hahahahaha...!!!, Gary tidak henti-henti ketawa dan menjerit-jerit. Dia terbaring ke tanah sambil mendepakan tangan.

"Aku kat sini binatang...!!! Aku kat sini...!!! Datanglah ambil aku..!!!", pekik Gary sambil menepuk-nepuk dadanya.

Darwish, Chempaka dan Dahlia bertambah bingung. Mungkin tekanan yang amat hebat membuatkan Gary bertindak kurang bijak begitu. Mereka menggamit ke arah Gary supaya bersembunyi semula tetapi langsung tidak dihiraukan.

"Darwish...bantu Gary lekas..!! Heret di semula ke sini...tolonglah..", rayu Dahlia tetapi Darwish hanya berdiri ditempatnya tidak berganjak. Dahlia memukul-mukul dada Darwish agar Gary diselamatkan.

Kemudian, kelihatan makhluk bersayap berlegar-legar di udara. Gary teruja lalu melambai-lambai ke arah makhluk tersebut.

" Sini....aku kat sini.....datanglah ke sini binatang hodoh.....!!. Jeritannya menarik perhatian makhluk bersayap itu.

Makhluk tersebut terbang menjunam ke arah Gary. Ia menyeringai dan kemudian kukunya yang tajam itu mencarik-carik isi tubuh Gary. Gary meraung-raung teseksa. Suara jerit pekik Gary telahpun tiada. Bunyi ngeri seperti tulang patah dan dihancurkan menyebabkan Chempaka dan Dahlia menutup telinga masing-masing. Dada mereka berombak-ombak menahan takut dan sebak.

Darwish memberi isyarat kepada Chempaka dan Dahlia untuk beredar dari situ secepat mungkin sementara makhluk tersebut sibuk dengan kerjanya.

Mereka bergerak secermat mungkin dan nekad akan meloloskan diri dari tempat puaka tersebut. Setelah agak jauh dari kawasan persembunyian mereka tadi, mereka terus berlari sekuat-kuat hati ke arah jambatan. Sebelum itu, mereka harus menempuh kawasan hutan yang menyeramkan dengan akar-akar pokok yang berselirat dan ranting-ranting yang mencalarkan kulit.

'Huhh...huhhhh...huhhh'

Deruan nafas mereka bertiga silih ganti. Mereka tidak tahu bahawa deruan nafas yang kuat tersebut telah menarik perhatian makhluk bersayap yang berlegar-legar mencari mangsa. Walaupun dalam kegelapan malam, deria penglihatannya tetap jelas.

'Dushhhhh....dushhhh... Dusshhhh...'

Makhluk bersayap kini berada betul-betul diatas kepala mereka. Mangsanya cukup lumayan pada malam itu. Tiga orang mangsa sekaligus. Menyedari situasi merbahaya itu, ketiga-tiga mereka menyorok disebalik semak-samun yang ada. Mereka hanya berdiam diri dan berdoa agar makhluk tersebut pergi dari situ.

Kabus malam semakin menebal sehingga kesejukan yang mencengkam menyebabkan mereka mengalami kekejangan otot.

"Darwish...kau rasa makhluk tu dah pergi??", soal Dahlia berbisik sambil mengurut-ngurut betisnya.

" Mungkin...", Darwish menjawab tidak yakin.

"Macamana kalau ia masih disini?? takkan kita akan terus terperangkap di kawasan ini selamanya?? Aku dah tak sanggup.!!", tanya Dahlia lagi.

" Kita dah cuba yang terbaik..apa pun terjadi...aku akan lindungi kau dan Chempaka...aku janji..!! Aku akan pastikan korang selamat pulang ke pangkuan keluarga", tutur Darwish meyakinkan Dahlia.

Dahlia merenung wajah Darwish yang disimbahi cahaya bulan samar-samar. Walaupun janjinya tidak meyakinkan, tetapi perkataan yang baru saja keluar dari mulut Darwish tadi berjaya menenangkan hatinya yang gundah disaat-saat genting begini.

"Aku suka kau Dahlia", bisik Darwish lembut dan amat perlahan sekali tetapi dapat didengari juga oleh deria pendengaran Dahlia. Dahlia tersipu malu dan dapat dirasakan pipinya memerah.

"Kita tunggu sekejap disini..bila dah betul-betul pasti makhluk tu tak mengekori kita, kita beredar segera...", Chempaka bersuara memecahkan lamunan mereka berdua.

" Baiklah...", jawab Darwish dan Dahlia serentak.

Tanpa disedari, makhluk bersayap tadi sebenarnya menunggu masa yang sesuai sahaja untuk menangkap mangsanya. Telah lama ia bersembunyi berdekatan semak samun itu. Dengusan nafas mereka bertiga membawanya ke situ.

Setelah hampir satu jam mereka bertiga berlindung disebalik semak samun tersebut. Apabila dirasakan keadaan telah selamat, mereka keluar dari situ dan memerhatikan sekeliling. Tiba-tiba badan Dahlia dicengkam oleh kaki makhluk bersayap tadi untuk dibawa pergi.

"Tolong aku Darwishhhh...!! Chempaka...!!! Tolong akuuu...!!!!", jerit Dahlia ketakutan. Dia meronta-ronta untuk melepaskan diri. Tanpa memikirkan keselamatan diri, Darwish terus meluru ke arah Dahlia dan makhluk tersebut. Darwish menarik tangan Dahlia sekuat hati agar terlepas dari cengkaman makhluk durjana itu. Setelah Dahlia berjaya melepaskan diri, makhluk itu mulai marah dan bertindak agresif. Dia mematuk-matuk Darwish dengan paruhnya yang besar itu. Puas Darwish mengelak walau ada kalanya dirinya juga tercedera.

Chempaka dan Dahlia berpelukkan disatu sudut. Adegan pergelutan antara Darwish dan makhluk tersebut semakin serius. Makhluk itu cuba mencakar dan mencengkam badan Darwish pula. Hampir beberapa minit berlawan, akhirnya Darwish juga dibawa pergi oleh makhluk tersebut menghala ke rumah agam beserta satu jeritan panjang.

" Tidakkkk...!!! Darwishhhh...!!! Tidakkkk...", Dahlia menjerit sekuat hati ditengah-tengah hutan melihat Darwish dibawa pergi. Semestinya Darwish akan menerima nasib yang sama seperti rakan-rakannya yang lain.

"Darwish Chempaka...kenapa??? Kenapa mesti Darwish???", Dahlia menyalahkan dirinya atas apa yang menimpa Darwish.

" Sabar Dahlia....mungkin Darwish terselamat...kita tidak tahu..", pujuk Chempaka.

Bahu Dahlia terhincut-hincut menahan tangis.

"Aku takut Chempaka....aku nak pergi dari sini...aku nak balikkk ..!!!". Dahlia masih menangis tersedu-sedu.

" Ye...ye...aku tau....kita balik ye...aku pun nak balik...aku rindu ibu dan abah...", luah Chempaka menahan sebak.

"Jom kita balik...kita teruskan perjalanan...kita balik ye...kita akan selamat...mari Dahlia...". Huluran tangan Chempaka disambut oleh Dahlia. Digenggamnya erat tangan sahabatnya itu.

" Kau dah sedia?", tanya Chempaka.

Dahlia mengangguk lesu. Mereka berdua memegang erat tangan masing-masing dengan satu tujuan yang sama, iaitu untuk keluar dari tempat puaka tersebut. Hampir dua jam berlalu, mereka masih berpusing-pusing dikawasan yang sama. Ketika hampir berputus asa, Chempaka menadah tangan dan berdoa agar perjalanan mereka dipermudahkan.

Bunyian unggas tidak dihiraukan. Tanah yang mereka pijak semakin lembab. Mereka tersenyum sesama sendiri kerana semakin menghampiri tasik dan jambatan. Bermakna tidak lama lagi mereka akan selamat.

"Cepat Chempaka!! Kita sudah hampir!!", kata Dahlia girang.

Dahlia mempercepatkan langkahnya tanpa melihat ke sana sini.

'BUKKKKK...!!'

Dahlia terjatuh dan cuba bangkit tetapi tidak berjaya kerana kakinya tidak dapat bergerak.

" Chempaka!! Tolong aku...!! Aku terjerlus!!", jerit Dahlia meminta bantuan.

Chempaka menghulurkan tangannya ke arah Dahlia. Badan Dahlia disedut kedalam tanah jerlus dan menyebabkan dirinya bukan sahaja kotor tetapi juga boleh meragut nyawanya.

"Arghhh....Arghhhh...huhhh".

Dahlia gagal mencapai huluran tangan Chempaka. Dia semakin longlai kerana kepenatan.

"Kau tunggu sekejap Dahlia...aku cuba cari tali atau kayu". Chempaka memeriksa disekelilingnya namun hampa hanya daun-daun dan tanah saja yang kelihatan.

Kini Dahlia telah disedut oleh tanah jerlus hingga ke paras pinggang. Didasarnya langsung tiada tempat berpijak hanya selut dan lumpur.