Bab 5

Jam 6:15 pagi semua ahli The 7 Club telah pun bersiap-siap untuk solat subuh berjemaah.  Air yang sejuk tidak menjadi penghalang kepada mereka untuk membersihkan diri dan menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam. 

Gary kemudiannya terjaga apabila aroma kopi yang wangi itu menusuk-nusuk lubang hidungnya dengan suara riuh-rendah rakan-rakannya di luar khemah.

"Good morning kawan-kawan...sarapan apa pagi ni?", tanya Gary sambil menenyeh-nenyeh matanya yang berselaput itu.

" Morning apanya?  Dah tengahari ni...dah nak masak lauk untuk makan tengahari pulak ni..", bohong Aliff.

"Whatttttt??  Biar betul?? Aku rasa awal lagi ni...kau tipu aku kan Aliff??", soal Gary bertubi-tubi.

" Hahahahahahaha"......

Chempaka, Dahlia, Johan dan Darwish ketawa melihat muka cuak Gary.

Gary merajuk dan masuk semula ke dalam khemah dan mengambil tuala  ingin mandi.  Hati tisu betul Gary ni.

"Dah la usik dia Aliff...karang tak pasal-pasal menangis pulak...kita datang sini nak suka-suka..release tension...", Chempaka bersuara.  Dia tidak mau usikan tersebut menjadi lebih serius dan sekaligus merosakkan mood percutian mereka.

" Gary, aku dah siapkan sarapan special untuk kau..lepas mandi kau makan la ye...bukan senang orang nak makan air tangan aku", pujuk Dahlia.

"Untung laaa...aku pun nak merajuk jugak la...boleh aku bermanja-manja dengan Dahlia", kata Aliff.

Gary mencebik lalu berlalu pantas untuk mandi.  Sebelum itu sempat dia mengenyitkan mata kepada Dahlia.

" Thank you Dahlia...nanti aku makan ye...tapi aku nak madi dulu".  Tingkah laku Gary kepada Dahlia tidak disenangi Darwish.   Api cemburu sedikit membakar tangkai hatinya.

" Elok-elok mandi tau..!  Kalau ada hantu ke, pontiamak je jangan lupa jerit kuat-kuat tau...awwww...!", Aliff semakin giat mengusik Gary.  Gary pula hanya memekakkan telinga. 

"Burrrrrrrrr....!".

Gary terjun ke dalam air yang sejuk tetapi menyegarkan itu sehingga membentuk kocakan air yang agak besar.  Kocakan tersebut terpercik ke arah Aliff yang masih ketawa terkekeh-kekeh. 

" Woiii...main kasar nampak!!",  marah Aliff yang bajunya kebasahan.

Gary tersenyum puas.  Dia menikmati peluang yang jarang-jarang sekali diperolehi baik sebaik mungkin.

Nana mengunyah perlahan-lahan roti bakar yang disapu jem sambil termenung.  Kejadian semalam masih menghantui dirinya.  Semasa bangun pada waktu Subuh tadi dia menyuluh-menyuluh dihadapan khemah mereka untuk memeriksa kesan tapak kaki misteri itu,  malangnya tiada langsung kesan yang mencurigakan seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Apa program kita lepas sarapan ni?",  tanya Johan memecah kesunyian.

" Kita kembara melihat keindahan alam nak tak?? Mana la tau ada gua ke kat sini..?",  cadang Dahlia teruja.

"Aku dah cek kat sini takde gua.  Tapi boleh je kalau nak tengok-tengok kawasan ni..",  ujar Aliff pula.

" Kawasan ni selamat kan?  Errr....maksud aku,  selamat dari binatang buas...rimau ke...ular sawa ke?",  soal Chempaka dengan mimik muka kegerunan.

"Choiiii...!!! Kau jangan la sebut pak belang sama itu ular sawa Chempaka! Spoil mood aku!!,  Gary menyampuk entah dari mana.  Gary mengambil tempat disebelah Darwish.  Pinggan berisi roti bakar,  telur hancur dan bake beans dicapai lalu disuap ke dalam mulut dan dikunyahnya rakus.  Lapar sangat agaknya si Gary tu.

" Oppss...sorry! Aku tanya je...aku kan penakut..!,  Chempaka menutup mulut tanda bersalah.

"Jangan risau,  kawasan sini tak besar mana..kalau ada pun tu habitat dia..setakat ni takde dengar lagi tragedi binatang buas tu",  terang Aliff.

"Aku masuk khemah dulu...sakit kepala...nak rehat",  kata Nana tiba-tiba. 

" Aku ada panadol..kau ambik je dalam kotak ubat tu kat tepi bantal",  pelawa Chempaka. 

"Takpe lah Chempaka,  sikit je ni...lepas rehat elok la tu",  ujar Nana.

Nana melangkah pergi ke arah khemah untuk berehat.  Amat berat kepalanya memikirkan kejadian tak masuk akal itu.

" Buat masa sekarang ni,  aku rasa nak memancing...untung-untung boleh dapat ikan besar untuk lauk tengah hari nanti",  usul Johan.

"Bagus jugak tu,  boleh makan besar kita nanti..",  Aliff menyokong.

" Jom Darwish,  kita cari umpan..tak sabar dah ni",  ajak Aliff.

"Ok,  boleh je",  balas Darwish.

Aliff dan Darwish berpakat untuk mencari umpan disekitar kawasan air terjun sahaja.  Tetapi setelah hampir setengah jam mereka langsung tak menjumpai walau seekor cacing pun.

" Kita ke sana la pulak Aliff...kot la sana banyak umpan",  cadang Darwish sambil menunjukkan ke arah hutan.

Dalam perjalanan mereka terpukau dengan keindahan alam semulajadi yang masih belum diteroka dan kicauan burung menambahkan lagi ketenangan.

Aliff tunduk menguis-nguis tanah untuk mencari umpan disekitar tanah lembab. 

Kaki Aliff terpijak kawasan berair dan mengotori kasut dengan selut dan tanah.  "Darwish,  situ macam ada tasik la", beritahu Aliff.

" Ye la, cantik jugak tasik ni",  Darwish memerhati keliling.

"Setahu aku,  kawasan ni takde tasik",  Aliff kebingungan dengan maklumat yang dicari sebelum ni.  Dia amat yakin tentang itu.  Malangnya mereka tidak berapa nampak pemandangan diseberang tasik kerana kabus tebal.  Hanya tiang-tiang sokongan jambatan kecil sahaja yang terlihat.

" Tu jambatan untuk ke seberang kan?",  soal Darwish.  Dia teruja sekali untuk melihat pemandangan di seberang kerana tertarik dengan keindahan tasik tersebut  yang dihiasi dengan bunga-bunga teratai dan kiambang yang berwarna-warni.

Jambatan tersebut kelihatan agak usang dan reput.  Mereka tidak berani untuk mengembara lebih jauh lagi bimbang perkara buruk berlaku.  Aliff lantas mengeluarkan telefon bimbitnya lalu merakam keindahan tasik untuk ditunjukkan kepada rakan-rakannya yang lain.

Di seberang tasik ada sesuatu yang memerhatikan gelagat mereka dengan senyuman sinis.  Dia hanya menanti masa yang sesuai untuk bertindak. Dia amat yakin kumpulan manusia tersebut akan menyerah diri ataupun dia yang terpaksa menyerang.

"Jom Darwish, sambung cari umpan",  arah Aliff.

Tanpa disedari telefon bimbitnya telah tercicir dari poket seluar yang dipakainya ketika mengikat tali kasutnya yang terurai.

Setelah mengumpul cukup umpan mereka pulang semula ke tapak perkhemahan.

"Lama betul korang cari umpan...tak dapat ikan besar tak tau la aku",  perli Johan.

Darwish menggaru-garu kepala sambil tersengih seperti kerang busuk.

" Korang nak tau...tadi aku dan Darwish jumpa satu tasik ni.  Cantik sangat dengan bunga-bunga teratai dan kiambang.  Sayangnya kabus tebal pulak..jambatan yang ada pun dah reput..aku teringin la nak tau apa yang ada kat seberang tu",  Aliff bercerita dengan bersungguh-sungguh.  Air kopi yang telah sejuk diteguk bagi menghilangkan dahaga.

"Patut la lama sangat,  rupanya korang curi tulang ye..janji sekejap je..dah la...jom pasang umpan...karang lambat boleh makan..",  ajak Johan.

Menu pada tengah hari itu hanyalah ikan bakar bersama kicap dan cili potong tetapi sudah cukup menyelerakan sehingga nasi didalam periuk habis dimakan.  Selepas menunaikan solat Zohor,  mereka berehat sebentar sebelum merancang aktiviti seterusnya.

Aliff mencari-cari telefon bimbitnya untuk melihat kembali gambar yang diambilnya tadi.  Barang-barang didalam beg galas kecilnya dikeluarkan dan diselongkar satu persatu namun masih gagal ditemui.

"Darwish, kau ada nampak tak handphone aku?",  tanya Aliff

" Tadi dengan kau kan...kau letak dalam poket seluar lepas ambik gambar tu",  Darwish mengingatkan.

Aliff memeriksa semua poket  seluarnya.  Dia mengeluh perlahan tanda hampa kerana yakin telefon bimbitnya telah tercicir.