Bab 6

"Alamak,  Darwish....aku rasa handphone aku tercicir la kat tempat tadi..macamana ni?",  gumam Aliff.

" Kau dah cari betul-betul ke Aliff?  Dalam beg sandang?",  tanya Darwish.

"Dah..aku dah cari semua tempat..memang takde..sah la tercicir tempat tadi..".

" Habis tu...macamana?  Kau nak pergi sana semula ke?  Dah lewat ni Aliff..lagipun...ni bukan tempat kita..".  Darwish kurang bersetuju dengan cadangan Aliff.

"Dah tuuu...takkan nak biarkan handphone aku tu basah kena hujan?  Tak pun binatang ambikl?".  Aliff mula tak senang duduk.

" Hoii...agak-agak la binatang nak ambik..nak call siapa dalam hutan ni..!".  Gary yang sejak tadi menjadi pendengar mula menyampuk.

"Darwish...teman aku sekejap..aku kena ambik juga handphone aku tu..pleaseeee..!",  rayu Aliff.

Darwish agak keberatan.  Dalam masa yang sama  dia turut kasihan dengan nasib yang menimpa Aliff.  Jika mereka pergi juga..bimbang bahaya menanti..lagipun mereka kurang arif selok-belok dihutan.  Darwish telah membuat keputusan setelah berfikir masak-masak

" Baiklah...kita bagitau Johan dulu",  cadang Darwish.

Setelah berbincang,  Johan mengizinkan mereka pergi dengan syarat terus pulang sebaik sahaja menemui handphone milik si Aliff.

Aliff dan Darwish melalui jalan yang sama dilalui oleh mereka awal tadi.  Tetapi kali ini suasana didalam hutan agak berbeza.  Suasana bertukar muram dan kelam.  Pohon-pohon meliuk lentok walaupun tiada tiupan angin.  Tiba-tiba mereka melalui tapak sebuah khemah yang agak terbiar.  Perkakasan dan alatan bertaburan disana sini.  Khemah-khemah juga dalam keadaan senget dan tercabut.  Amat huru hara seperti baru dilanggar badai.

Mereka berpandangan sesama sendiri.  Pelbagai persoalan bermain diminda.  Setelah beberapa minit berpusing-pusing dikawasan tersebut,  Aliff secara tidak sengaja telah terpijak sebuah buku yang agak lusuh kulitnya.  Buku itu dikutip dan habuk-habuk pasir yang melekat dibersihkan.  Helaian buku diselak satu persatu sehingga tiba ke satu perenggan yang menarik minat Aliff untuk terus membaca isi kandungannya.  Tulisan tangan tersebut dibaca oleh Aliff satu persatu.

'Berada di sini merupakan satu kesilapan terbesar yang pernah kami lakukan...kami telah nekad untuk balik ke rumah,  tetapi gagal menemui jalan keluar.  Kami tetap berlegar-legar dikawasan yang sama..seorang demi seorang antara kami hilang tanpa dikesan...kami buntu!!'

'Apabila malam menjelma,  serangga kelip-kelip itu datang ke arah kami..kami terleka..cahaya yang datangnya dari kelip-kelip itu seolah-olah mempunyai suatu kuasa pukauan yang hebat.. tanpa diduga kelip-kelip tersebut telah membawa kami ke lembah hitam yang tidak sepatutnya kami pergi dengan rela...sesiapa pun yang mempunyai buku ini,  tolong jangan pandang.....................' Ayat itu terhenti disitu kerana terdapat helaian muka surat yang sengaja dikoyakkan.

"Alaaa...suspen betul la..",  marah Aliff.

Tupp!!

Dia menutup kembali buku yang dipegangnya lalu memasukkannya ke dalam beg galas.

"Err...Darwish...tadi masa kita lalu sini,     takde kan khemah-khemah ni semua??",  soal Aliff curiga. 

Darwish menggaru-garu kepalanya seperti mengimbas kembali sesuatu. 

" Aku rasa memang takde...ke kita yang tak perasan?  Atau pun kita lalu jalan lain?".

"Aku rasa jalan ni la yang kita lalui tadi...kita cari handphone aku dulu la...jom!",  ajak Aliff setelah mengingati tujuan asalnya ke situ.

Hari semakin gelap.  Mereka telah pun sampai ke lokasi dimana handphone Aliff dijangka tercicir. 

" Mana la handphone aku ni...jangan la main sembunyi-sembunyi pulak...hari dah nak gelap ni".  Aliff mula gelisah.  Dia kembali ke tempat pencarian umpan  tadi.

"Cepat sikit Aliff cari tu..dah jumpa ke belum?",  tanya Darwish yang mula dilanda kerisauan.  Matahari telah mula terbenam.  Hanya bias-bias cahaya saja yang tinggal dicelah-celah rimbunan dedaun pokok.

"Hah..ada pun!!  Darwish...aku dah jumpa..jom-jom balik!",  jerit Aliff kegirangan.

Aliff terpandangkan sekumpulan serangga kelip-kelip yang terbang rendah menghampirinya.  Dia terpesona lalu cuba menangkap kelip-kelip tersebut dengan tangannya.  Darwish memerhatikan saja tingkah laku Aliff.  Dia baru teringat kisah kelip-kelip yang tertulis di dalam buku tadi.  Aliff seperti dipukau.  Dia berjalan mengikuti kelip-kelip yang terbang perlahan ke arah tasik yang ditemui mereka siang tadi.

Darwish berasa gusar dan tidak sedap hati.  Perbuatan Aliff seperti dikawal oleh sesuatu.  Dia mulai menyedari ada sesuatu yang tidak kena.

" Aliff...!  Aliff..! Jangan pandang kelip-kelip tu...!".  Darwish menepuk-nepuk bahu Aliff yang semakin menghampiri tasik tersebut.  Diam.  Tiada reaksi dari Aliff.  Sebelah kaki Aliff telah pun memijak jambatan yang tadi kelihatan reput dan hampir roboh kini berdiri megah dan kukuh.

"Ya Allah...Aliff..patah balik..aku rasa ada yang tak kena ni", jerit Darwish namun seperti tadi Aliff masih tidak menghiraukan panggilan Darwish.  Mahu atau tidak dia terpaksa mengekori juga langkah Aliff  di atas jambatan misteri.  Kabus tebal disekeliling tasik.  Mereka akhirnya berjaya menyeberangi tasik selepas melalui jambatan tadi.  Mata Darwish melilau je sana sini.  Walaupun diselubungi kabus,  masih jelas kelihatan sebuah rumah agam lama yang besar.  Reka bentuk rumah agam mewah tersebut berciri 50 an dan unik.  Aliff masih lagi seperti dipukau.  Kumpulan serangga kelip-kelip tersebut membawa Aliff ke arah rumah berkenaan. 

"Tak boleh jadi ni..aku mesti selamatkan Aliff",  tekad Darwish.  Dia menggoncang-goncangkan badan Aliff dan berterusan memanggil-manggil namanya.   Aliff nampaknya memang telah dikawal sepenuhnya oleh satu kuasa.  Walaupun ditarik oleh Darwish Aliff tetap meneruskan perjalanannya.  Suasana semakin seram apabila suara hilaian dan ketawa yang menggerunkan datang dari rumah tersebut.  Darwish terpaksa berpatah balik memberitahu rakan-rakannya yang lain tentang kejadian itu.  Dari bumbung rumah tersebut,  satu makhluk bersayap seperti burung memerhatikan segala gerak geri Darwish.  Kabus perlahan-lahan bergerak mengikut arah angin.  Makhluk itu pantas melebarkan sayap lalu terbang berlegar-legar di udara.  Darwish mendongak ke atas dan beristigfar lalu berlari menyelamatkan diri.  Makhluk tersebut mengacah-acahkan kakinya yang berkuku panjang dan tajam seperti seekor burung yang ingin menangkap mangsanya.   Darwish sempat mengelak dari terkena cakaran tersebut.

Kabus semakin menebal.  Pandangan Darwish juga terhad.  Dia berlari sehinggalah ke jambatan tadi.  Makhluk bersayap masih mengekori Darwish.  Mulutnya ternganga dan cecair merah hanyir menitik-nitik dari celahan gigi mengenai rambut dan baju Darwish.  Dia menyorok dibalik semak dan rimbunan pepohon.  Makhluk bersayap tadi menjerit nyaring apabila kehilangan jejak Darwish.  Ia berpatah balik ke rumah agam yang menyeramkan tadi.  Darwish seterusnya berjaya melepasi jambatan.

Dia berlari sekuat hati kembali ke tapak perkhemahan untuk menyertai rakan-rakannya. 

"Darwish..dah balik? Mana Aliff??!",  soal Johan sambil menghirup kopi panas dalam kedinginan malam.  Darwish duduk melepaskan kelelahan.  Nafasnya turun naik mencari udara. 

" Woiii...apa ni Darwish?? Darah siapa ni kat baju kau??!!  Aliff mana??".  Gary menyembunyikan dirinya di belakang Johan.  Dia risau jika Darwish sudah hilang pertimbangan lalu melakukan sesuatu yang buruk kepada Aliff.

Chempaka,  Dahlia dan Nana keluar dari khemah setelah mendengar riuh rendah diluar.

"Kenapa ni?? Apa yang berlaku? Dah jumpa handphone??  Eh..Aliff mana?",  soal Dahlia pula bertubi-tubi.  Nana  demam tiba-tiba mungkin kerana terkejut dengan kejadian semalam.  Namun hanya dia seorang saja yang tahu punca dia demam secara tiba-tiba.

" Aliff...Aliff...Maafkan aku semua",  kata Darwish sambil tercungap-cungap.

"Kau cakap apa ni Darwish?? Aku tanya Aliff mana?  Apa dah jadi pada Aliff??  Kau diam kenapa?  Jawab laaa??!!",  jerit Johan tidak puas hati.  Tangannya mencapai kolar baju Darwish yang masih diam membisu.

" Ok!  Ok!  Aku harap korang percaya apa yang akan aku ceritakan ni..aku tak buat cerita..aku tengok sendiri dengan mata kepala aku..",  akhirnya Darwish bersuara.

Darwish menceritakan apa yang berlaku kepada Aliff tadi.  Apa yang mereka temui dan  nampak.  Mulut masing-masing terlopong tidak percaya.  Nana terjelupuk ke tanah.  Apa yang dilaluinya semalam ternyata bukan satu mimpi!!  Dia menangis tersedu-sedu memeluk kedua-dua belah lututnya.  Chempaka dan Dahlia menghampiri Nana dan memujuknya.

Johan mundar-mandir dihadapan unggun api.  Dia tidak boleh tinggalkan Aliff sendirian walaupun rakan-rakannya yang lain mendesak untuk terus keluar dari situ.  Apa pun berlaku mereka tak mungkin berpecah.  Itu salah satu syarat yang dituturnya sebelum berangkat tempoh hari.

"Darwish...kalau betul la apa yang kau ceritakan tadi..kita mesti selamatkan Aliff..kita mesti buat sesuatu...ingat kan aku pernah cakap hari tu,  apa pun berlaku kita sekali-sekali jangan berpecah??!!.  Semua rakannya mengangguk-anggukkan kepala perlahan-lahan.  Tetapi perasaan takut lebih menguasai diri masing-masing. 

" Tapi,  makhluk terbang tu macamana kita nak handle?!",  soal Darwish.

"Choiiii...!  Tu makhluk apa pulak??!",  tanya Gary lalu merapatkan diri dengan Johan.  Tindakan Gary merimaskan Johan lalu menjarakkan kedudukan mereka.

" Kita kena pergi semula ke tasik untuk selamatkan Aliff.  Darwish dan aku akan pergi dulu.  Kalau dalam dua jam kami tak balik,  korang pergi mintak bantuan...Setuju??", tanya Johan memberikan cadangan.

"Aku setuju.  Gary tinggal disini jaga Chempaka,  Dahlia dan Nana.  Ramai-ramai pergi takut susah kerja kita nanti",  Darwish menyatakan persetujuannya.

Setelah membawa beberapa barangan keperluan ke dalam beg galas,  mereka mula bergerak ke tasik bagi misi menyelamatkan Aliff.  Sebelum itu,  Darwish meninggalkan koordinat kepada Gary ke lokasi yang dinyatakan. Dengan bacaan doa memohon perlindungan dari Allah dan semoga perjalanan mereka dipermudahkan mereka memulakan perjalanan ke tempat yang ditujui.

Kini hanya tinggal Gary,  Chempaka,  Dahlia dan Nana di situ.  Mereka berempat duduk dihadapan unggun api sambil memikirkan apa yang bakal terjadi seterusnya.