PROLOG

"Dahlia! Sambut tangan aku...Lekas!", arah Chempaka.  Dahlia cuba menggapai tangan yang dihulur Chempaka.  Namun tanah jerlus yang dipijaknya semakin kuat menyedut seluruh anggota badannya.  Dahlia terkapai-kapai mencari udara.  Badannya hampir tenggelam.   Disebelah sana, bebayang hitam mengintai dari jauh.  Bebayang hitam tersebut semakin mara ke arah dua gadis malang itu.

Dahlia sudah berputus asa.  Mereka semakin lemah dan penat selepas melalui peristiwa itu.

"Jangan mengalah!  Aku tau kau boleh Dahlia.  Lekas sambut tangan aku ni!!!!", Chempaka dapat mengesan Dahlia seakan berputus asa.

Prakkkkk...!!!

Kedua-duanya berpaling setelah mendengar ranting patah dipijak sesuatu.  Bebayang hitam semakin dekat dan jelas menampakkan dirinya yang sebenar.   

"Lari Chempaka! Lari!", laung Dahlia ke arah rakan baiknya Chempaka.  Chempaka serba salah.   Dia tersepit antara menyelamatkan sahabatnya ataupun melarikan diri dari makhluk yang misteri yang telah banyak mengorbankan nyawa rakan-rakannya yang lain.

" Lari Chempaka!  Selamatkan diri! Jangan hiraukan aku!!", jerit Dahlia cemas.

"Tapi Dahlia.....", Chempaka serba-salah.

"Kau dah takde masa Chempaka...lekas!".

Pegangan tangan mereka semakin longgar.  Chempaka mula mengatur langkah untuk menyelamatkan diri.

"Maafkan aku Dahlia....aku akan datang selamatkan kau..aku janji...!", bisik hati Chempaka.

Chempaka berlari laju tanpa menoleh lagi.  Jeritan Dahlia yang panjang dan nyaring membuatkan hatinya disiat-siat pedih.

Sepasang kaki berlari-lari merentasi hutan yang gelap dan berkabus.   Pandangannya terhad. Akar-akar berselirat diatas tanah.  Silap percaturan dia mungkin rebah menyembah bumi akibat tersadung akar-akar tersebut.  Suara burung hantu dan cengkerik silih berganti  menambahkan lagi keseraman yang dirasai Chempaka.  Dia berlari tanpa arah tuju.  Dia tidak mahu lagi terserenpak dengan makhluk menakutkan itu!  Matanya melilau ke sana-sana dan sesekali menoleh ke belakang.

"Huhhh..huhhhh...huuhhhhh". 

Nafas Chempaka berbunyi kasar dan dadanya turun naik akibat kelelahan.  
Kakinya kelenguhan dan sakit akibat luka-luka kecil terkena duri dan rumput yang tajam.  Dia berhenti seketika dibawah satu pohon besar, berdaun lebat serta dahan yang bercabang-cabang untuk melepaskan lelah.   Airmatanya mengalir laju.

"Maafkan aku Dahlia.   Aku tak mampu selamatkan kau..", esakannya semakin kuat.