Bab 3

Dinggggggg!!!!!!

Bunyi mesej whatsapp yang  masuk ke telefon bimbit Chempaka dan Dahlia. 

Lalu Dahlia mencapai telefon bimbitnya yang terletak ditepi katil.  Ikon Whatsapp dibuka dan dibaca.

The 7 Club (Group Whatsapp)

>  Johan:   Assalamualaikum...tak lama lagi dah nak cuti semester....so korang dah decide nak pergi kat air terjun  mana?

>  Aliff:  Waalaikumussalam...Aku dah google...ada satu air terjun ni dekat je..maklum la kita ni student kan...budget ciput..hahahaha

> Nana:  Aku pun ada buat survey...tanya-tanya orang mana air terjun best dan camping sekali

> Aliff:  Cehhh...nak jugakkk!!! Sibuk je @Nana..

> Nana:  Suka hati aku la..ingat kau sorang boleh bagi idea?? @Aliff

> Johan:  Sudah!  Sudah!  Dalam ni pun nak bertekak..!  Yang lain-lain mana? Bagi la idea sikit.

> Dahlia:  Sorry kawan-kawan...aku tak sempat nak cari...subjek aku tough sangat-sangat sem ni...kena ulangkaji lebih sikit. Mana-mana pun ok asalkan best aku on je..

> Darwish:  Aku pun sama macam Dahlia..tak kisah mana-mana asalkan best..

> Johan:  Ok2...Aliff, mana tempat kau cakap best sangat tu? Share la...

Aliff is typing.........

Aliff:  Ni info yang aku dapat..korang baca la dulu...ok?

Air terjun Kayu Manis ini terletak di kaki Bukit Bayu. Ia melata ke bawah dengan jarak kira-kira 34 meter dari bukit.

Keindahan semula jadi kawasan ini menyegarkan, dan memberikan ketenangan kepada penduduk bandar.  Air sungai yang dingin juga menjadi tempat yang sesuai untuk berenang, juga tempat yang bagus untuk berkelah dan berkhemah.

Ia merupakan tempat yang hebat bagi pencinta alam yang selalu memerhatikan burung, dan pelbagai serangga di sekitar kawasan ini. Bagi mereka yang ingin bermalam di sini, tapak perkhemahan ada disediakan.

Kita boleh pergi ke sana dengan menaiki kereta sahaja.

Dari Lebuh Raya Barat-Tenggara (NBT), keluar di persimpangan Sentosa (Pertukaran 156) menghala ke jalan utama menuju Kota Harmoni (Lebuh Raya 81 dan 5).

Air Terjun Kayu Manis terletak kira-kira 20km di selatan pekan Kota Harmoni. Dari pekan Kota Harmoni, ikut Jalan Tasik dan cari papan tanda menunjukkan arah ke air terjun.

Kira-kira 2 jam perjalanan je..Amacam??

> Nana:  Eh...air terjun Kayu Manis ni la yang aku survey aritu!!

> Aliff:  hehehehe...oopppss!!

> Gary:  Sorry geng..aku memerut tadi...sakit perut lho.. Cadangan Aliff tu macam menarik....dah ada tapak perkhemahan...tepi bukit lak tu...mesti sejuk

> Dahlia:  Aku dan Chempaka dah sepakat...setuju je dengan cadangan Aliff tu..

> Darwish:  Aku no problem..

> Johan:  How bout u Miss Nana?? 

Nana is typing.......

> Nana:   Emmmm...setuje je la majoriti dah setuju kan..

> Johan:  Bagus2....kalau macam tu senang sikit...masuk je cuti semester nanti aku nak kita semua sediakan keperluan untuk ke air terjun tu...makan, minum, khemah, lampu, alatan memasak dan lain-lain.  Tentang kenderaan tu pakai je kereta aku...sebuah kereta lagi aku cuba pinjam ngan abang aku...

> Gary:  Cantekkkk....!! Sayang kau Johan

> Johan:  Phuiiiihhh...!!! Suwey aku 40 hari..

> Aliff, Darwish, Chempaka, Dahlia dan Nana:  Hahahahahaha....kau kena mandi bunga Johan...buang suwey..

> Johan: (smile)

Conversation ends...