Bab 4

Peperiksaan akhir semester telah pun tamat.  Semua pelajar bersorak kegembiraan kerana akan menjalani cuti semester yang panjang.  Ada yang balik kampung dan ada juga yang mengambil peluang untuk berkerja sementara.  Namun  The 7 Club memilih untuk meluangkan masa bersama-sama dengan percutian singkat.  Setelah meminta izin dan persetujuan ibu bapa masing-masing mereka terus membuat persiapan sebagaimana dirancang.

Jam 11:30 pagi...

Ahli-ahli The 7 Club telah pun berkumpul ditempat ketak kereta dibelakang bangunan asrama kecuali Nana.

"Lambatnya si Nana ni...karang lambat-lambat bertolak lewat pulak sampai", omel Aliff.

"Dia tertinggal kasut sukan...tu yang patah balik...kejap lagi sampai la tu", terang Dahlia.

" Sorry, sorry semua....aku ambik kasut sukan yang tertinggal tadi", Nana menjelaskan dalam keadaan tercungap-cungap.

"Belum tua dah nyanyuk..!" Marah Aliff.

"Nak buat macamana...bukannya aku sengaja...ni dah settle semua jadi boleh la kita gerak kan...banyak cakap pulak...tepi lah..!", balas Nana kegeraman.

Johan menggeleng-gelengkan kepalanya  melihat gelagat kedua-duanya. 

" Baik semua...sebelum memulakan perjalanan, aku ada beberapa pesanan sikit nak bagitau korang semua.  Sila beratur dan berkumpul sekejap.  Lima minit je", arah Johan.

"Sebagaimana sedia maklum, kejap lagi kita akan bertolak ke Air Terjun Kayu Manis.  Jadi, aku mintak korang semua dapat jaga kelakuan masing-masing selama kita di sana terutamanya tutur kata.  Jaga kebersihan kawasan perkhemahan, buat aktiviti seperti yang dirancang.   Aku taknak ada kejadian tak diingini berlaku.  Paling utama sekali, tolong jaga keselamatan diri sendiri dan juga rakan-rakan lain.  Aku nak kalau apa-apa berlaku, kita semua jangan terpisah.  Kekal bersama sebelum keluar dari situ.  Faham??!", nasihat Johan panjang lebar.

"Ye kami faham ketua", semua menjawab serentak.

" Baiklah, bagi memberkati perjalanan kita ini..mari lah kita sama-sama membaca doa supaya dilindungi Allah S.W.T.", sambung Johan lagi.

Setelah doa diaminkan, perjalanan mereka ke destinasi yang dituju pun bermula.

Setelah dua jam.lebih perjalanan, akhirnya mereka hampir tiba ke lokasi air terjun.  Kedatangan mereka disambut dengan bunyian unggas rimba dan pemandangan yang menyejukkan mata.  Oleh kerana jalan semakin sempit, mereka terpaksa meletakkan kereta di kawasan letak kereta yang disediakan dan meneruskan perjalanan dengan hanya berjalan kaki. 

Deruan air terjun semakin lama semakin jelas kedengaran bermakna mereka juga semakin hampir dengan air terjun Kayu Manis.

"Wahhhh...cantik betul tempat ni..!!", puji Gary.

" Kot ye pun tutup mulut tu..", gurau Aliff.

"Kita dah selamat sampai, jadi rasanya kita berehat dulu sebentar kemudian cari tapak yang sesuai untuk memasang khemah", arah Johan seperti selalu.

Beg galas masing-masing diletakkan ke bawah.  Gary, Aliff dan Darwish menghampiri kawasan air terjun dan duduk di atas batu sambil kaki direndam ke dalam air yang agak deras mengalir.

"Sejuknya air ni...! Tak sabar nak mandi", luah Gary.  Aliff pula membasuh mukanya yang berpeluh dan berminyak ditepi batu.

Darwish terpukau dengan keindahan alam sekeliling yang amat menenangkan jiwanya.  Sekali sekala dia mencuri-curi pandang ke arah Dahlia yang sedang mengambil gambar bersama Chempaka dan Nana menggunakan telefon bimbitnya sambil tersenyum kecil.  Tanpa disedari, gelagatnya diperhatikan oleh Johan.

" Kalau kau suka kat Dahlia, bagitau je la Darwish..nanti melepas.." Johan berbisik ke telinga Darwish sambil menepuk-nepuk bahu.

Satu jam kemudian, khemah telahpun siap dipasang.  Sebelum menikmati makanan tengahari yang disediakan ala kadar, mereka bersolat jemaah bersama kecuali Gary. 

Pengunjung-pengunjung yang cuma beriadah disitu mulai beransur pulang memandangkan hari sudah hampir gelap.  Darwish dan Johan mula membuat unggun api.  Nyamuk agak banyak pada malam itu.

Dahlia, Chempaka dan Nana tidur satu khemah bersama-sama.  Ketia-ketiga mereka agak penat setelah puas bermandi manda.  Aliff telah lama berdengkur.  Tinggal lah Johan, Gary dan Darwish yang masih belum tidur.

"Johan, teman aku buang air jap", pinta Gary sambil terkepit-kepit.

" Hishh....bukannya jauh pun tandas tu...pergi je la", kata Johan.

"Please Johan, kejap je...kau tunggu kat luar tu je", rayu Gary.

Darwish cuma tersengih sambil memetik gitar yang dibawanya.  Sesekali terdengar irama yang agak merdu.

Akhirnya Johan terpaksa mengalah akibat dirayu berkali-kali oleh Gary.

Bertemankan lampu suluh mereka ke tandas yang disediakan tidak berapa jauh dari situ.

Setelah membuang hajat, Gary segera keluar.  Tanpa sedar ada sesuatu yang memerhati mereka dari atas pokok. 

"Gary, kau dengar tak apa yang aku dengar??", tanya Johan.

Gary memasang telinga. 

" Ohhh...tu bunyi burung la...kau ada dengar bunyi lain ke??".  Gary mulai cuak.  Johan mendiamkan diri.  Ketika mereka berjalan ke arah khemah, seekor burung berlegar-legar diatas kepala mereka.   Johan terperasankan sesuatu.  Baginya, objek bersayap tersebut bersaiz agak besar berbanding burung biasa.  Tetapi dia cuba bersangka baik.  Mungkin suasana malam dengan cahaya yang samar-samar membuatkan pantulan imej objek tersebut kelihatan lebih besar.

Mereka masih duduk ditepi unggun api sambil menikmati teh o panas. 

"Darwish, kau pandai nyanyi kan?", tanya Gary sambil menzipkan baju sejuk yang dipakainya hingga ke leher.  Cuaca pada malam tersebut agak sejuk tetapi nyaman.

" Takde la pandai mana...saja suka-suka", balas Darwish yang masih lagi dengan gitarnya.

"Apa kata kau belanja kitaorang satu lagu", pinta Gary.

" Segan lah...lagi pun dah lewat malam ni", dalih Darwish.

"Betul tu,satu lagu je Darwish...tv pun takde ni...hehehe...pastu kita masuk tidur", pujuk Johan.

Darwish berfikir sejenak.  Jari-jarinya mula diletakkan ke tali gitar merdu memainkan lagu. 

It's late in the evening; she's wondering what clothes to wear.
She puts on her make-up and brushes her long blonde hair.
And then she asks me, "Do I look all right?"
And I say, "Yes, you look wonderful tonight."

We go to a party and everyone turns to see
This beautiful lady that's walking around with me.
And then she asks me, "Do you feel all right?"
And I say, "Yes, I feel wonderful tonight."

I feel wonderful because I see
The love light in your eyes.
And the wonder of it all
Is that you just don't realize how much I love you.

It's time to go home now and I've got an aching head,
So I give her the car keys and she helps me to bed.
And then I tell her, as I turn out the light,
I say, "My darling, you were wonderful tonight.
Oh my darling, you were wonderful tonight."

Darwish melantunkan lagu Wonderful Tonight dari Eric Clapton dengan penuh penghayatan.  Nyanyiannya turut didengari oleh Dahlia yang kebetulan terjaga ketika itu.  Bibirnya menguntum senyum penuh makna. 

"Wahhhh...sedap la suara kau...rugi tak jadi penyanyi...kau salah bidang ni Darwish....dengan muka kau yang jambu ni aku gerenti cepat je laku....hehehehe", puji Gary.

" Takde maknanya Gary...cita-cita sebenar aku nak jadi arkitek..muzik tu sampingan je isi masa lapang", luah Darwish pula.  Gitar diletakkan ke tepi. 

Johan berasa agak gelisah.  Seperti ada sesuatu memerhatikan mereka.  Dia membaca beberapa potong ayat al-Quran bagi menenangkan gudah hatinya itu.

"Dah lewat malam ni...jom la tidur...mengantuk sangat dah ni...esok kita nak buat aktiviti lain pulak..", ajak Johan sambil matanya melilau ke atas.

" Ok bos....selamat malam...moga mimpi indah-indah ye...aku harap malam ni aku dapat mimpi awek cun macam puteri bunian...hahahahaha".  Terbeliak mata Johan mendengar ucapan Gary yang dirasakan agak cabul itu.

"Gary...ingat pesan aku ye siang tadi...ingat sekarang ni kita kat mana...cakap tu biar berlapik sikit..", tegas suara Johan.

" Sorry Johan...aku gurau je..ok lah, selamat malam semua...esok jumpa lagi...bye!".   Gary terus masuk ke dalam khemah yang dikongsi bersama Aliff.  Zip khemah ditutup dan mereka semua dibuai mimpi.

3:45 Pagi..

Pap!  Pap!!! 

Nana menampar-nampar nyamuk yang menggigit badannya.  Tidurnya yang lena tadi terganggu.   Dia sudah tidak tahan lagi lalu mencapai losen anti serangga dan disapu ke kulitnya dengan mata yang separa terpejam.

Matanya menjadi segar bugar selepas ternampak bayang-bayang diluar khemahnya.  Bayang-bayang tersebut semakin dekat dan mula memanggil-memanggil namanya.

"Nana.....Nanaaaaaa....". 

Suara tersebut agak halus dan hampir seperti berbisik tetapi masih jelas didengari.  Dia lalu teringat akan Aliff yang selalu mengusiknya siang tadi.  Dia membebel dalam hati kerana sangkanya Aliff punya angkara untuk menakut-nakutkannya. 

"Nana.....Nanaaaaaa....hihihihi". 

Suara misteri tadi berterusan memanggil namanya. 

" Ni sudah lebih..!  Kau ingat aku takut ke Aliff..!", Nana berasa geram dengan usikan Aliff yang dirasakan melampau itu.  Dengan marah yang membara dia membuka zip khemah dengan perlahan-lahan.   Dijenguk kepalanya keluar sedikit dan memerhatikan keadaan sekeliling.

Tiada sesiapa disitu.  Hanya ada deruan air terjun serta unggun api yang masih marak menyala.  Tanpa disuruh, bulu roma Nana tegak berdiri.  Matanya jatuh ke bawah pula.  Dalam biasan cahaya unggun api Nana terlihat akan satu kesan tapak kaki yang agak pelik seperti kaki seekor burung.  Kesan tapak kaki tersebut bersaiz dua kali ganda dari kaki manusia biasa.  Lebih menyeramkan terdapat kesan seretan berserta darah dihadapan khemahnya.  Bau hanyir darah kuat menyerbu rongga hidungnya.  Nana hampir muntah namun ditahan.  Dia serta merta menarik kembali zip khemah dan baring mengiring lalu merapatkan diri disebelah Dahlia.

"Nyenyak pulak dua orang ni tidur", gumam Nana cemburu.  Menyesal pula rasanya dengan keberaniannya yang tidak bertempat tadi.  Bayang-bayang bersayap seperti burung kelihatan masih berlegar-legar diluar khemahnya.  Dia menutup kedua-dua belah matanya rapat-rapat dan berdoa moga cepat terlena.  Syukurlah gangguan tersebut tidak berterusan.  Tidak berapa lama kemudian kedengaran dengkuran halus ketiga-tiga gadis terbabit.