Bab 2

Perjumpaan ahli-ahli The 7 Club

Johan, melantik diri sendiri sebagai Presiden kelab yang tidak bergaji itu telah lama sampai bersama Gary, Darwish dan Aliff.

Beberapa minit kemudian, kelibat tiga orang anak dara sunti kelihatan hanya beberapa sahaja  meter dari mereka.

"Oooi cik kak...!! Cuba kalau jalan tu cepat sikit..!  Lenggang lenggok ingat nak buat catwalk??!", tegur Aliff geram.  Mana taknya, Chempaka, Dahlia dan Nana terlewat 30 minit dari masa yang telah dijanjikan.  Naik kebas punggung mereka berempat menunggu anak tiga anak dara tu.  Aliff, kawan mereka sejak mula-mula masuk kolej.  Seorang yang mulut lepas tapi berhati baik.

"Sabau la..dah sampai pun kan...tak payah la nak jerit-jerit lagi", jeling Nana.   Aliff dan Nana pantang berjumpa, ada je isu yang boleh membuat mereka tidak sependapat.  Nana ni pun lebih kurang sama dengan Aliff.  Cuma dia versi perempuan dan berperwatakan ala tomboy.

"Assalamualaikum"..

" Waalaikumussalam cik adik manis", jawab 3 orang lelaki tersebut kecuali Gary, lelaki yang berbangsa Tionghua tetapi amat suka masakan Melayu.

"Sorry la...lambat sikit...its a girl thing...korang faham kan", jelas Dahlia seakan berbisik.

" Apa-apa je la...jom la duduk..karang lambat pulak balik...nanti korang jugak yang takut minta kami temankan", arah Aliff. 

Mereka bertujuh duduk di bawah pokok semambu yang diletakkan meja dan kerusi batu untuk berehat.

"Okey, sekarang mulakan.  Apa yang korang nak bincangkan? Pasal percutian cuti semester ni ke?", tanya Chempaka tak sabar-sabar.

Nana mengeluarkan beberapa barang dari beg besar yang dibawanya tadi.   Air kotak, kuaci, keropok Mr Potato, Twisties, dan......jeruk buah Pak Ali....!!

Terbuntang mata mereka semua melihat makanan-makanan tersebut.  Satu sikap Nana yang paling disukai oleh mereka kerana tidak lokek berbelanjan untuk kawan-kawannya.

"Wahhh..ni sudah bagus...dah macam piknik ni", kata Gary sambil mengambil keropok Twisties dan dibuka.  Gary pula seorang lelaki teruna berketurunan cina dan berperwatakan agak lemah lembut sedikit.

Darwish yang malu-malu turut menikmati jeruk buah Pak Ali yang diletakkan didalam balang berpenutup merah.  Darwish sinonim dengan penampilannya yamg bergaya dan memakai topi. Dia merupakan seorang peminat tegar artis Korea.

"Korang ni kan...macam tak makan seminggu! Bab makan laju je..!", tegur Johan.  Johan yang paling tua antara mereka.  Tak hairanlah dia kelihatan lebih matang diantara mereka berenam.

"Bak air kotak tu satu...dahaga pulak", minta Johan sambil tersengih-sengih.

Air kotak disedut perlahan dan Johan akhirnya bersuara.

"Macam ni..cuti semester tak lama lagi kan...dalam dua minggu je lagi..jadi tujuan aku panggil korang ni macam biasa la..nak bincangkan destinasi ataupun aktiviti kita masa tu".

"Aku ada buat senarai...kalau korang setuju aku ikut je..tapi ikut majoriti undian la", ujar Aliff sambil membuka buku kecil.

"Aktiviti pertama kita pergi pantai...kedua...tengok wayang sampai lebam...ketiga...cari harta karun...keempat...pulau...dan kelima jalan-jalan ke tanah tinggi". 

"Cup! Cup!  Bukannya ke pulau tu kita dah pergi ke??", soal Nana.

Kelima-lima mereka mengangguk-anggukkan kepala.

"Tu cadangan aku je...kalau korang ada cadangan lain dialu-alukan", jelas Aliff.

"Pantai tu macam menarik...tapi sekarang ni musim panas...boleh kena sunburn aku nanti", Chempaka mencelah.

"Cari harta karun tu macam aktiviti budak-budak la pulak...lain la beb".  Gary kurang bersetuju.

" Tengok wayang pun bosan jugak wehhh...modal lagi nak kenal keluarkan..bocor poket aku nanti", adu Dahlia.

Darwish yang diam sejak tadi menyampuk.

"Apa kata kali ni kita pergi air terjun pulak....ok tak?  Boleh camping sekali."

Masing-masing memandang antara satu sama lain. 

"Yang tu aku setuju...tapi kita undi la dulu", sokong Johan.

"Aku pun setuju...tanpa was-was", sengih Gary.

"Baiklah...kalau macam tu kita buat undian....siapa yang setuju dan sokong kali ni kita camping angkat tangan", arah Johan.

Chempaka, Dahlia dan Nana saling berbisik.  Kemudia ketiga-tiganya mengangkat tangan.

Diikuti dengan Darwish, Gary dan Aliff.   Masing-masing telah capai kata sepakat.  Lokasi air terjun akan ditentukan kemudian.

Hari semakin lewat malam.  Kebanyakan daripada pelajar telahpun dibuai mimpi.  Ahli The 7 Club juga ingin beredar ke bilik masing-masing.  Tambahan pula malam itu mungkin akan hujan kerana angin bertiup kuat dan awan mendung.

"Kita akan bincangkan tugas masing-masing selepas lokasi air terjun dijumpai...sebelum tu aku nak ucapkan selamat berjaya kepada korang semua untuk peperiksaan semester akhir nanti ye...jangan lupa doa, solat hajat dan tawakal", nasihat Johan.

" Pasal plan perkhemahan kita tu, aku akan masukkan info terkini dalam group whatsapp", tambah Johan lagi sebelum pulang.

Sebelum itu, mereka perlu membersihkan semua sampah-sarap dan sisa-sisa makanan tadi dan buang ke dalam tong sampah besar.  Setelah itu kesemuanya bersurai.

**********