Bab 1

~Flashback~

Dua minggu sebelum cuti semester....

Chempaka Seri dan Dahlia Suri merupakan dua sahabat baik selamanya.  Mereka telah mengenali antara satu sama lain sejak dibangku sekolah lagi.  Dari kecil sehinggalah menginjak remaja, hubungan mereka semakin akrab dari hari ke hari. 

Selepas tamat sekolah menengah, mereka berpakat untuk menyambung pelajaran di kolej yang sama tetapi berlainan bidang.  Masa berlalu amat pantas, mereka kini ditahun kedua pengajian.  Nasib mereka baik apabila dapat tinggal sebilik di kolej berkenaan.

I come home in the morning light
My mother says when you gonna live your life right
Oh mother dear we're not the fortunate ones
And girls they want to have fun
Oh girls just want to have fun

The phone rings in the middle of the night
My father yells what you gonna do with your life
Oh daddy dear you know you're still number one
But girls they want to have fun
Oh girls just want to have

That's all they really want
Some fun
When the working day is done
Girls - they want to have fun
Oh girls just want to have fun

" Hoiii....!!! Boleh perlahankan sikit tak volume radio tu??? Memekak je...!!! Orang nak study pun tak boleh!!!", pelajar di tingkat bawah menjerit-jerit kerana bunyi radio yang terlalu kuat datangnya dari bilik siapa lagi kalau bukan Chempaka dan Dahlia.  Namun langsung tak diendahkan oleh mereka berdua.  Lagu 'Girls Just Wanna Have Fun' dari Cyndi Lauper bergema kuat didalam bilik kecil itu.  Suara sumbang mereka turut sama menyanyikan lagu tersebut.  Sikat rambut dijadikan mikrofon oleh mereka berdua.

Bagi mereka itu sahaja caranya untuk melepaskan tension setelah penat belajar.  Mereka dikurniakan rupa paras yang menawan dan bijak dalam pelajaran.  The beauties with brain.   Tetapi mereka juga tidak mengabaikan ajaran agama yang telah diterapkan dalam diri sejak mereka kecil lagi.

"Chempaka, The 7 Club ajak jumpa malam ni...kat tempat biasa", beritahu Dahlia sambil mengelap rambutnya yang basah dengan tuala.  The 7 Club merupakan kelab tidak rasmi yang ditubuhkan oleh mereka bersama lima orang lagi sahabat sekolej iaitu Johan, Darwish, Aliff, Gary dan Nana.

Mereka akan adakan perjumpaan setiap kali sebelum cuti semester untuk mengatur percutian atau aktiviti riadah bersama-sama. 

"Owhhh...nak bincang apa agaknya nanti ye", tanya Chempaka yang sedang meniarap membaca majalah.

"Entah la...macam biasa la kot...Johan tu nak rancang plan percutian kita kot cuti semester nanti".

Chempaka bangun lau menarik kerusi disebelah Dahlia. 

"Agak-agak kau la kan, kali ni mana kita nak pergi pulak".

"Aku pun tak pasti...kita jumpa je dulu selepas tu baru decide...amacam???", Dahlia mengangkat kening.

"Oraittttt...!".  Chempaka sempat menarik hidung mancung Dahlia sebelum berlalu pergi ke bilik air.

" Chempakaaaaaa...!!!! Sakit tau tak???  Nanti kau!!".  Dahlia menggosok-gosok hidungnya yang perit sehingga meninggalkan kesan merah kerana ditarik Chempaka. 

********