Bab 11

'BUUKKKKKKK..!!'

Johan ditumbuk dan dicampakkan ke lantai. Hentaman yang kuat dari tenaga lelaki gagah itu membuatkan Johan termuntah-muntah.

'Werrkkkkk...! Werkkkk..!!'

Melihatkan situasi itu, Aliff menjadi geram dan mula berlagak hero. Tangannya digenggam dan cuba melepaskan sebiji penumbuk ke arah lelaki tadi. Malangnya lelaki yang buta sebelah mata tersebut lebih tangkas dan mematahkan serangan Aliff terhadapnya. Kini Aliff pula yang terbaring di lantai. Aliff diheret lelaki muda tadi ke arah sebuah bilik.

Bau busuk menerpa ke rongga pernafasan Aliff. Tanpa belas kasihan Aliff dicampakkan ke dalam sebuah lubang di bilik tersebut. Seketika kemudian Johan dan Darwish pula dicampakkan ke dalam lubang yang sama. Mereka terjatuh ke dalam sebuah lubang yang busuk, berlendir dan hanyir itu tanpa mengetahui apa yang ada bersama mereka. Hanya tinggal derapan kaki lelaki muda tadi yang melangkah keluar dari bilik.

"Perghhhhh....busuk gila!!!", jerit Aliff. Seluruh badanya kesakitan akibat dicampak dengan kasar.

" Johan, aku tak sedap hati ini...apa benda yang melekit dan busuk sangat kat dalam sini??", soal Darwish pula sambil menutup hidung dengan kolar bajunya.

"Entah lah...kejap!! Darwish...kau tolong ambilkan lampu suluh dalam beg galas aku ni", arah Johan.

" Ok...dah jumpa!", jerit Darwish.

'Tikk..'

"Ya Allah!! Apa semua ni??". Diaorang ni manusia ke binatang??

'Werkkkk...!!! Werkkk...!! Werkkk...!!'

Mereka bertiga termuntah serentak tanpa dapat ditahan-tahan lagi.

Di sana sini kesan darah lama dan hampir kering diatas lantai. Tulang temulang manusia juga bersepah-sepah. Usus yang berselirat tergantung dicangkuk-cangkuk dan terjuntai. Aliff terpandangkan tangan manusia yang telah dipotong dari pangkal lengan tidak jauh darinya.

" Arggghhhhh...!!!". Dia menjerit lalu mengengsot menjauhi lengan manusia malang tersebut. Tiba-tiba tangannya tersentuh sesuatu di belakang badannya. Tanpa menoleh ke belakang, dia meraba-raba objek seperti rambut manusia. Perlahan-lahan dia berpaling dan hampir pengsan melihat satu kepala manusia yang dikerat dan kedua-dua biji matanya dikorek!!

Aliff menjerit lagi dan memeluk Johan dan Darwish. Badannya menggigil ketakutan.

"Kita kena keluar dari sini...aku tak tau apa yang dah berlaku...tapi aku amat pasti manusia kat sini gila!!! Hanya manusia gila je yang tergamak buat begini!!!!". Aliff mula beremosi dan menjerit-jerit. Dia tidak mahu nasibnya berakhir begitu.

" Aku tau....aku dan Darwish pun memang nak keluar dari sini...tapi aku tak pasti macamana..apa-apa pun kita akan cari jalan", pujuk Johan.

"Jangan panik Aliff...kita sama-sama cari jalan..mesti ada jalan keluar dari sini", tambah Darwish pula.

Sedang mereka berkira-kira untuk mencari jalan lain melarikan diri, pintu bilik dibuka. Lelaki muda tadi mencampakkan pula seseorang kedalam lubang tersebut lalu pintu ditutup kembali.

Darwish menyuluh-nyuluh susuk tubuh yang mukanya tersembam ke bawah. Dia menolak-nolak badannya dan perlahan-lahan memusingkan wajah lelaki yang baru dicampakkan tadi.

"Korang...ni Gary!!!!", jerit Darwish. Aliff dan Johan mendekati Gary dan Darwish memeriksa nadi Gary dan mendapati masih berdenyut.

" Alhamdulillah Gary selamat...cuma dia tidak sedarkan diri je". Johan memanjatkan kesyukuran. Terdapat banyak kesan cakaran diwajah, lengan dan badan Gary. Bajunya juga koyak rabak. Sayu hati mereka bertiga melihat keadaan sahabatnya itu.

Tiba-tiba badan Gary bergerak-gerak. Matanya dibuka perlahan-lahan.

"Arghhhhhh...!! Arggghhhh...!!!!". Gary menjerit apabila teringatkan kejadian disambar oleh makhluk bersayap tadi.

" Rileks...rileks Gary...ni kitaorang..aku Johan...ni Aliff dan Darwish", kata Johan kepada Gary yang kelihatan tercungap-cungap itu.

"Huhuhuhuhu....leganya dapat jumpa korang...tapi kita kat mana ni?? Kenapa gelap dan busuk sangat tempat ni??", tanya Gary.

" Errrr....kitaorang pun tak tau..kau macamana pulak boleh ada kat sini?? Yang lain-lain mana?", tanya Johan pula.

"Aku kena tangkap dengan burung gergasi tu..dia bawak aku ke sini..Chempaka, Dahlia dan Nana dah lari selamatkan diri ke dalam hutan...aku...aku tak sempat", cerita Gary.

" Tapi....kitaorang memang dah plan nak selamat korang semua kat sini..", tambah Gary lagi.

"APAAA??? Diaorang semua nak datang sini?? Sini bahaya!! Macamana nak bagi amaran ni? Kita mesti cari jalan untuk keluar dari sini...". Aliff bimbang ketiga-tiga gadis tersebut akan ditimpa bencana jika terus ke sini.

" Aku rasa mesti ada jalan keluar dari sini...jom kita pusing-pusing tempat ni...mana tau ada pintu keluar lain ke..", cadang Darwish.

Berbekalkan lampu suluh Johan, mereka berempat meninjau-ninjau tempat berkenaan. Semakin jauh diteroka semakin banyak sisa-sisa mayat manusia yang hampir reput dan berulat ditemui. Lalat dan langau berterbangan menghurung bangkai manusia yang tertinggal. Gary berjalan rapat-rapat dan memegang lengan Darwish kerana ketakutan sambil menepis-nepis lalat dan langau yang hinggap kemukanya.

"Tim kai yaaaa....haiyaaaa...tempat apa ni?? Dah macam tempat pembunuhan beramai-ramai ni...tempat sembelihan manusia", bebel Gary tak henti-henti sambil menangis.

Suasana disitu memang ngeri. Tidak disangka kawasan tersebut agak luas. Mereka berjalan dengan amat perlahan kerana kerapkali tersungkur akibat lantai yang licin dan berlendir. Bau mereka semua tidak ubah seperti bau bangkai!! Kini laluan yang mereka lalui semakin mengecil. Tiba-tiba Darwish ternampak cahaya malap yang memancar ke arah mereka.

" Johan, tengok sana?? Tu cahaya kan??", soal Darwish meminta kepastian.

Riak gembira terpancar diwajah masing-masing menandakan mereka mungkin akan selamat.

**************