Bab 7

Di rumah agam..

Aliff masih lagi dalam keadaan dipukau dengan keindahan cahaya dari serangga kelip-kelip.  Dia kini berdiri betul-betul dihadapan pintu rumah agam tersebut.  Kelip-kelip tadi mulai terbang menghilangkan diri.  Aliff seperti baru tersedar dari koma.  Dia terpinga-pinga melihat keadaan disekelilingnya yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.

"Darwish...kau kat mana?".  Aliff berbisik perlahan mencari Darwish.  Dia cuba mengingati kejadian sebelum ini.  Selepas memandang kelip-kelip tadi terus dia terpacak disini,  lokasi yang dia sendiri tidak tahu.

Dia mula tidak senang duduk apabila menyedari tiada kelibat Darwish disitu.  Rumah agam yang tersergam dihadapannya menambahkan persoalan yang melanda.  Hendak melangkah tidak tahu mana arah mahu dituju.  Sudahnya dia hanya berdiri dimuka pintu tidak berkutik. 

" Argghh..!!  Macam ada malapetaka je ni yang bakal berlaku",  gumam Aliff. 

Dia perlu keluar dari situ.  Ego lelakinya tercabar dengan perasaan seram yang hebat.  Apatah lagi tombol pintu dari dalam bergoyang-goyang seperti mahu dibuka seseorang.  Sebelum sesuatu terjadi, elok lah dia mencari tempat perlindungan yang sesuai. 

Aliff bersembunyi disebalik timbunan rumput-rumput kering yang berlonggok-longgok ditepi kandang. 

"Seperti sebuah kandang kuda...tapi langsung tidak kelihatan seekor kuda pun",  getus hati Aliff.  Pandangannya masih ke arah pintu utama rumah agam.  Ikutkan hatinya ingin saja dia meminta pertolongan tuan rumah untuk keluar dari situ.  Tapi akalnya kuat menyatakan tempat tersebut penuh dengan misteri.

Seperti dijangka,  pintu utama rumah agam tersebut dibuka dari dalam.

'Dummmmmm...!'

Pintu dihempas kasar.  Dalam samar cahaya dan kabus,  sesusuk tubuh berdiri dimuka pintu.  Tidak berapa jelas untuk digambarkan fizikalnya.  Terdapat objek bulat ditangan sebelah kiri bersama titisan-titisan cecair yang meleleh dari objek tersebut.  Objek bulat itu dicampak ke tanah tergolek-golek tidak jauh dari timbunan rumput-rumput kering. 

Seketika kemudian,  libasan seperti sayap burung diudara mencetuskan angin yang disekelilingya.

'Dushhhh...!! Dusshhh ..!!  Bummmm...!

Makhluk yang berlegar-legar diudara itu mendarat ke tanah tepat ke arah objek bulat dicampakkan.   Tanah yang dipijak dirasakan bergegar ekoran terjahan makhluk tadi.  Menggeletar seluruh badan Aliff apabila terlihat objek bulat tersebut sebenarnya adalah kepala manusia!!  Mata yang tersembul dan mulut yang ternganga sudah cukup menjelaskan penderitaan yang dialami oleh mangsa.

Makhluk bersayap tadi mematuk-matuk kepala manusia malang diatas tanah dan menarik-narik cebisan daging yang masih terlekat ditengkorak.  Tidak cukup dengan itu,  terdengar seperti tulang temulang yang dipatahkan apabila dikunyah oleh makhluk tersebut.

'Krukkk...!! Krukkkkkk..!!'

Teringat Aliff akan kelakuannya semasa meratah daging ayam disebuah restoran segera.  Saling tak ubah seperti kelakuan makhluk tadi!!  Mualnya datang tiba-tiba!

'Burrrrrrrpppppppppp.....!!'

"Werkkkkk...!!! Werkkkkkkkk..!!!! Werkkkkkkkk!!!

Keluar segala isi perut Aliff dengan bau sendawa yang amat busuk seperti sampah berulat oleh makhluk misteri itu.

Bunyi muntah Aliff menarik perhatian makhluk tadi dan mencari-cari arah datangnya suara tersebut.  Aliff cepat-cepat menutup mulutnya dan membatukan diri.  Tindakan Aliff menyebabkan makhluk itu sukar mencarinya. 

'Hufffff...!!! Huffffff..!!   Hufffff....!!!

Makhluk tersebut mendengus marah kerana gagal menemui mangsanya.   Apabila Aliff bernafas semula,  makhluk tersebut berpatah balik mencarinya.   Tahulah Aliff bahawa makhluk tersebut amat peka dengan bunyi pernafasan.  Justeru itu,  dia terpaksa menahan nafas seketika agar tidak kembali dijejaki.