Bab 13

Mereka berehat seketika disebuah kandang kuda yang agak terlindung dari pandangan. Perut mereka berkeroncong kerana lapar. Terlalu banyak tenaga digunakan dalam masa satu hari.

Chempaka, Dahlia dan Nana mengeluarkan apa saja makanan dan minuman yang ada dari beg galas masing-masing. Hanya sedikit saja makanan mampu dijamah oleh Nana. Masih terbayang-bayang pembunuhan kejam ke atas Aliff sebentar tadi. Walaupun mereka selalu bergaduh, mereka tetap bersahabat baik.

"Kesian Aliff...ajalnya tamat ditangan lelaki tak guna tu!", marah Nana dengan amarah yang meluap-luap. Dadanya turun naik menahan sebak. Dahlia memeluk Nana untuk ditenangkan. Dia menepuk-nepuk belakang badan Nana yamg terhinggut-hinggut menaham tangis.

" Johan, apa plan kita lepas ni?", tanya Gary bermain-bermain dengan pembalut roti yang baru habis dimakannya.

"Huuuhhhh...! Kita terpaksa menyembunyikan diri dulu sehingga malam...malam hari saja jambatan tu boleh dilalui..", keluh Johan.

" Sekarang baru pukul 8 pagi...lama lagi matahari nak terbenam", ujar Darwish pula.

"Kita terpaksa...kalau tak.......". Ayat Johan habis disitu. Masing-masing faham apa yang dimaksudkan oleh Johan.

" Eloklah kita tidur dulu sebentar....kumpul tenaga untuk rancangan seterusnya...malam ni kita lawan habis-habisan!!!". Johan menggenggam penumbuk. Bergenang air jernih ditubir matanya mengenangkan nasib malang menimpa sahabat baiknya, Aliff.

"Kita rehat bergilir-gilir...sape yang tak tidur tu kena berkawal...kalau ada apa-apa yang mencurigakan beri amaran awal". Cadangan Darwish disambut lemah oleh mereka berlima.

Keadaan agak tenang. Darwish, Chempaka dan Nana menawarkan diri untuk berjaga terlebih dahulu.

Darwish mencuri-curi pandang ke arah Dahlia yang kelihatan penat dan ketakutan. Perbuatannya disedari oleh Chempaka sambil tersenyum.

" Kau suka Dahlia?", soal Chempaka tiba-tiba.

"Errr....Errrrr....a....aku...", Darwish tergagap-gagap menjelaskan.

" Hehehehe....aku tau kau suka Dahlia kan...dari cara kau pandang dia...ambil berat pasal dia...", sambung Chempaka lagi. Nana disebelah hanya menjadi pendengar.

Darwish menundukkan wajahnya sementara jari-jarinya menguis-nguis ke tanah. Rona merah terbit dipipinya tanda malu. Sejurus itu dia melepaskan pandang ke arah Dahlia sekali lagi. Kemudian menatap kembali wajah Chempaka.

"Aku dari dulu suka dia...dari tahun pertama", luah Darwish lambat-lambat.

" Jadi?? Kenapa tak luahkan", tanya Chempaka lagi.

"Aku tak berani..Dahlia tu best student...cantik..aku ni siapa?", ujar Darwish merendah diri.

" Hmmm...Darwish...untuk pengetahuan kau...Dahlia pun ada perasaan yang sama terhadap kau...tapi dia kan perempuan takkan la dia nak mulakan dulu...kau tu...jangan slow sangat", giat Chempaka membuatkan anak mata Darwish bersinar-sinar kegembiraan.

"Betul ke apa kau cakap ni Chempaka??", soal Darwish kembali. Dia mahu mendengar jawapan Chempaka sekali lagi. Berkali-kali pun tak mengapa kerana hatinya sedang berbunga-bunga cinta.

"Ye...aku kan best friend dia....mesti la aku tau ..dalam handphone Dahlia tu, penuh satu galeri gambar kau..bila masa dia curi-curi ambik pun aku tak tau...". Sudah tiba masanya Chempaka menyampaikan isi hati Dahlia. Tidak disangka-sangka sebenarnya mereka saling menyimpan perasaan antara satu sama lain.

Darwish tidak sabar menyatakan hasrat hatinya kepada Dahlia. Selepas semua ini berlalu dia akan meluahkan segala-galanya kepada Dahlia. Janji Darwish pada dirinya sendiri.

" Korang....aku haus...", bisik Nana tiba-tiba.

Chempaka memeriksa botol-botol air mineral yang tinggal. Kesemuanya telah kosong. Dia juga sebenarnya terasa haus dan lapar.

"Dah habis...", kata Chempaka dengan nada kecewa.

" Tapi aku haus sangat...lapar...", luah Nana lagi.

"Aku pun..". Gary bersuara tiba-tiba sambil mengusap-ngusap perutnya tanda lapar.

" Kesemua air mineral yang ada dah habis...makanan pun tinggal sikit je lagi...kita perlukan tenaga untuk pergi dari sini". Johan yang baru bangun itu bersuara setelah satu jam melelapkan mata.

"Jadi...apa kita nak buat?? Kita kena cari bekalan makanan...tapi siang hari macam ni bahaya.., " tanya Darwish.

"Lelaki jahanam tu dah takde...aku cadang kita pecah masuk rumah dia cari makanan...mesti dia ada sekurang-kurangnya air bersih...lagi pun takkan la dia melantak manusia je...". Cadangan Johan kedengaran agak bahaya.

" Aku tak brani wehhh....buatnya dia ada lam rumah tu...jadi lauk kita", sampuk Gary.

"Tu je pilihan yang kita ada...lagi pun kita tak boleh keluar dari kawasan ni kecuali malam". Johan mengingatkan mereka semua.

" Mungkin hutan sebelah sana ada air dan makanan...kita boleh cuba dari pecah masuk rumah lelaki tak guna tu", kata Chempaka.

"Kau dah lupa?? Makhluk bersayap tu pergi ke arah sana selepas dia sambar kepala orang tua tu tadi...pun bahaya jugak", jawab Johan yang memandang satu persatu wajah rakan-rakannya. Semuanya sudah tidak terurus. Selain kepenatan dan kelaparan, mereka juga rimas dengan bau badan sendiri yang busuk akibat peluh dan darah.

" Macam ni...kita cari je apa-apa senjata untuk pertahankan diri", ujar Johan. Rakan-rakannya yang lain mendiamkan diri.

"Aku tau...lelaki tak guna tu kuat...tpi setiap kekuatan dia mesti ada kelemahan..kita ambil langkah berjaga-jaga...kita cari senjata untuk lawan...tujuan utama kita cari makanan dan air kemudian terus balik ke sini..", Johan masih lagi dengan rancangannya.

" Nampaknya memang tu je pilihan yang kita ada...jadi, siapa yang akan pecah masuk rumah tu??", tanya Dahlia setelah terjaga dari lena kerana terdengar perbualan rakan-rakannya.

"Aku..!!", jawab Johan yakin. Sebagai ketua kumpulan dia perlu bertanggungjawab ke atas rakan-rakannya yang lain.

" Tak boleh!! Sekurang-kurangnya biar berdua..", cadang Chempaka.

"Aku nak pergi sama!!", Nana menyatakan kesediaannya.

"Bahaya untuk kau Nana...biar aku je yang ikut Johan". Darwish menawarkan diri bersama Johan.

Dahlia merenung mata Darwish kerana tidak setuju. Dia risaukan keselamatan Darwish sejak semalam lagi. Inikan pula disaat-saat genting sebegini.

" Jangan risau, sekejap je..selepas dapat apa yang kita rancangkan kita balik semula kesini secepat mungkin..", Darwish seperti dapat membaca fikiran Dahlia.

" Kau pasti nak ikut kami Nana??", tnya Johan meminta kepastian.

"Aku pasti!!!", jawab nana sambil mengangkat ibu jari kanannya menandakan isyarat bagus.

"Baiklah..kita tinjau dulu keadaan..asalkan lelaki tak guna tu takde kita boleh teruskan...", arah Johan.