Bab 1

"Yang ni okay tak?"soalku sambil membuat muka tidak puas hati.

"Euww,tukar!"Sazzy membuat muka geli.Aku memandang baju yang tersarung di tubuhku sekarang.

"Dah cantiklah ni,"balasku malas.

"No Faz,pilihlah baju yang elok sikit.Kau ingat cantik ke pakai kemeja dengan jean camtu?"soalnya sambil menunding jari ke arah kemeja hitam kosong ditubuhku.

"Okay fine!"aku mengalah.Aku mengambil dress panjang dan kembang bewarna ungu dan mempunyai manik berkilau.Aku mengerutkan dahi.Ini baju ke apa ni?.Tanpa banyak soal,aku terus menyarungkan dress itu di dalam bilik persalinan ini.

"Yang ni okay?"soalku sebaik sahaja langsir bilik persalinan itu dibuka.

"OMG Faz,you look so gorgeous!"Sazzy menjerit kecil.Dia mengelilingi badanku sambil memerhati segenap tubuhku.

"Yeah,tapi baju ni tak okay kan? macam over pulak!"aku membuat muka tidak suka akan dress ini.

"Hey Faz,semua orang pakai baju camnilah kalau nak pergi parti! Aku,Linda dan Fasha pun pakai baju camni jugak!"bantah Sazzy.Aku terus menukar dress ini kepada baju asalku tadi.Akhirnya aku mengalah dan aku membeli dress ungu itu.

"And now,for salon!"ujar Fasha teruja.Fasharina atau lebih dikenali sebagai Fasha merupakan fashionista yang bergaya.Dia selalu menggayakan fesyen yang terbaharu.Linda pula merupakan rakanku yang paling manis.Bagai ada gula yang tumpah di atas mukanya itu.Sazzy pula merupakan rakanku yang mempunyai rambut paling cantik.

"Alahh,perlu ke pergi salon?"soalku malas.

"Hey Fazura,of courselah perlu.Your hair need berwajah baharu tau?"balas Linda pula.

"Okay,okay..Fine!"aku mengalah.Aku hanya mengekori Fasha,Linda dan Sazzy melangkah masuk ke dalam salon mewah ini.Bukan kerana janggal,bukan juga kerana tidak mampu.Tetapi kerana aku kurang gemar berfesyen seperti rakanku.

"Hello Anne,macam biasa ya,but for this time,untuk 4 orang ya?"ujar Fasha kepada pekerja salon ini.Oleh kerana Fasha kerap datang ke salon ini,pekerja di sini sudah mengenali Fasha dan tahu apa yang Fasha suka di sini.

Rambutku yang ikal mayang dibelai lembut.Rambutku di sapu dengan minyak yang aku tidak tahu jenamanya.Rambutku disikat.Setelah hampir sejam 'bertarung' di salon ini,rambutku menjadi lebih cantik.Kelihatan bersinar dan lembut sekali.

"Okay guys,ready for tommorow okay? I want you guys be the most Fashionista at Farhan's party tommorow!"jerit Fasha riang.Walaupun kami baru berumur 17 tahun,kami digalakkan untuk menjaga penampilan diri.Dikala pelajar lain sibuk mempersiapkan diri untuk menghadapi SPM,kami pula sibuk menggayakan rambut.Kami dikenali sebagai anak orang paling kaya di sekolah ku yang terletak di Alam Bandar.