Prolog

"Lisa..." Aku memalingkan muka ke arah satu suara. Kosong. Tiada sesiapa.

"Lisa..." Sekali lagi. Terdengar satu bisikan.
Pantas aku menutup kedua belah telinga dengan telapak tangan.

Suara gema yang menakutkan. Aku seperti diekori. Hati aku dapat merasakan seperti sedang diperhatikan.

Ketakutan mula meresapi dalam diri.

"Lisa... I love you. He he he..."

Tidak.... Aku seperti mahu menangis di kala ini.
Siapa pun dia, aku takut. Seseorang cuba menakutkan aku.

Pagi tadi, aku menerima satu bungkusan hadiah di hadapan pintu rumah. Setelah ku buka, sesuatu yang cukup memualkan. Tikus mati! Dengan darah dan pisau. Aku takut.

Sungguh. Ada satu nota yang ditinggalkan.

'Lisa sayang, ini hadiah daripada abang untuk Lisa Qaisara. - Ray'

Ray? Siapa dia? Aku tak kenal dia. Apa dia mahukan? Aku adukan pada Tasha, dia sarankan aku membuat laporan polis. Tapi, aku risau, kalau dia makin mengganas jika dapati aku mengadukan pada sesiapa.