BAB 6

Imran menumbuk lembut bahu Razlan sambil tersenyum, kemudian dia membawa Razlan berjumpa dengan Zahra. Mereka berkenalan tetapi Zahrah tak berani mahu bersalaman dengannya. Razlan kemudian membawa Zahrah ke bilik rawatan di sebelah bilik Dr Murad. Oleh kerana pakciknya tiada maka Razlan mengambil alih tugas tersebut. Razlan sudah biasa dan tahu tugas-tugas sebagai doktor jadi dia tahu apa yang patut dibuatnya. Tapi baru lima minit mereka berdua di dalam, Imran masuk tanpa mengetuk pintu dan kebetulan dia ternampak Zahra berbaring di katil. Dia menarik Razlan yang berdepan dengan Zahra.

“Kenapa zahra kena baring, kau nak buat sesuatu ke pada dia? Zahra berdiri, abang tak nak nanti dia apa-apakan zahra..”, kata Imran, zahra terkejut.

“Abang, dia cuma nak cek je…”, kata Zahra memaut tangan suaminya lalu berdiri.

“Cek apa? Tak kan Zah suka pula Razlan sentuh zah, zah ni dah melampau lah, hanya abang saja yang boleh sentuh zah…”, suara Imran sedikit meninggi menyebabkan Razlan membela.

“Im, saya hanya menjalankan tugas lagipun saya rasa isteri kau ni mengandung.”

“Mengandung?”, Imran rasa terkejut sebab hanya sekali dia menyentuh Zahra, dan Imran seperti tak percaya baru sekali sudah membuahkan hasil.

“Ya…kalau boleh izinkan saya memeriksa usia kandungannya, jangan risau saya akan meminta nurse yang memegangnya.

Kemudian dia memanggil nurse dan mereka berdua menutup langsir di mana Zahra berbaring. Tidak lama kemudian Razlan membuka langsir dan duduk di mejanya, sementara nurse membantu zahra bangun, Razlan menyuruh Imran duduk.

“Tahniah Im, Zahra mengandung sebulan..”, dia memandang zahra yang seperti pucat lalu menulis sesuatu di kertas.

“Ni kau bawa ke kaunter, nurse akan bagi zahra ubat, saya nampak zahra keletihan, baiklah kau bawa dia balik berehat…”, Imran bangun dan mengucapkan terima kasih, dia tersenyum tanda gembira tetapi dalam hati dia tertanya-tanya betulkah itu anak dia?

Sampai di rumah, zahra terus ke bilik. Imran yang memandu kereta masih berada dalam kereta memikirkan sesuatu. kemudian dia keluar dan terus menuju ke bilik.

“Zah, anak siapa yang zah bawa sekarang?”, zahra terkejut dengan pertanyaan suaminya, dia rasa seperti dihina kerana anak yang dikandungya adalah anak Imran sendiri.

“Abang, ni anak abang, kenapa tanya macam tu, abang tak suka ada anak ke?”

“Bukan tapi…”

“Hanya abang yang pernah sentuh zah, zah tak pernah ingkar kata-kata abang, kenapa pula abang rasa ini bukan anak abang? Zah tak pernah jumpa mana-mana lelaki sebab Zah masih waras lagi, masih tahu dosa bila curang pada suami.”

Panjang lebar Zahra menerangkan, lalu air mata zahra tumpah lagi kerana kata-kata Imran yang menguris hatinya. Imran mula menyesali kata-katanya lalu memeluk isterinya erat.

“Abang minta maaf zah, abang gembira sebab kita akan ada anak tak lama lagi..”, Imran mengucup dahi isterinya. Dia menemani isterinya berbaring sambil tangannya perlahan-lahan menyentuh perut Zahra.

Tiga minggu kemudian iaitu pada sebelah petang, Zahra didatangi oleh seorang tetamu lelaki yang tidak dikenalinya. Dia membawa sebuah beg dan berumur dalam lingkunan 30-an. Dia bertanya pada mak jah siapa lelaki itu tetapi mak jah juga tidak mengenalinya lalu dia menemui juga lelaki itu, Zahra sebenarnya takut jika Imran nampak dia bersama dengan lelaki yang tak dikenalinya tetapi kerana menghormati tetamu dia menegur lelaki itu yang sedang berdiri di ruang tamu.

“Maaf sebab buat encik tertunggu…duduk lah, erm, encik ni siapa, cari suami saya ke?”, tanya zahra lalu duduk berhadapan dengan lelaki tersebut. Belum sempat dia menjawab mak jah datang menghidang air, selepas menuangkan secawan nescafe, dia kembali ke dapur.