BAB 1

Benar kau dan aku berkongsi udara yang sama dan sepertinya kau dan aku bagai punya banyak persamaan yalah maklumlah kita sama-sama manusia jadi apa sahaja yang kau

lalui mungkin kau rasa ia pasti dilalui oleh setiap manusia. Nah nyatanya kita manusia silap. Kita lupa bahawa pemegang takdir kehidupan kita ini adalah yang diatas

dan kita tidak akan pernah tahu masa depan yang menanti kita dihadapan. Sama seperti kita takkan pernah menjangka dengan siapa kita akan bertemu dalam kehidupan ini.

Jadi sebagai manusia apa yang perlu kita lakukan? Jalani saha kehidupan ini dan tunggu kejutan demi kejutan dari yang maha Esa.

***

Tok! Tok! Tok!

''Abang cepatlah! Nak mandi ke berendam tu? Kalau nak berendam pegi mandi kat swimming pool! Orang nak cepat ni.'' teriakan bercampur rengekan dari Azwa, adikku

membuat aku yang menikmati momen seumpama mandi di kaki gunung Himalaya tadi terhenti. Cis budak ni tak boleh tengok orang senang betul.

Ya, seperti hari-hari sebelumnya, aku mengulangi rutin hidup yang sama iaitu terpaksa berebut bilik mandi dengan segala penghuni di rumah ini. Nasiblah, dah memang

bilik mandi di rumahni cuma ada satu jadi untuk orang yang bangun lewat macam Azwa kenalah tunggu giliran. Tiada istilah ambil no giliran, ni lebih kurang siapa cepat ia dapat.

''Hish budak ni, siapa suruh bangun lambat, lepastu salahkan orang pula. Yelah, yelah dah nak setel pun, last major cleaning, hang tunggu sat!'' jawab ku.

''Hek eleh kecohlah abang ni, abang tu lelaki tak payahlah nak gelabah pakai shampoo, shower dan segala bapak conditioner nak acah-acah jadi pembersih ke macam mana?

Bilik tidur tu kena bersihkan dulu, towel tu dah berkulat Azwa tengok. Lagipun tiada siapa nak pandang abanglah. Orang buta je yang suka dengan abang ni. Cepatlah!''

''Ehhh budak ni sukahati abanglah, memanglah orang hensem macam abang ni kalau tak mandi pun masih nampak hensem tapi prestasi sebagai lelaki hensem kenalah jaga, imej

mutu dan keunggulan harus diambil kira nak-nak lagi bila sering dikelilingi awek-awek di sekolah tu.'' balasku sambil terkekek gelak mendengar rengekan geram dan marah

dari Azwa yang bahang protes dari hatinya dapat ku rasa saat ini.

''Abang cepatlah!!!!'' jerit Azwa.

''Okay, dah! dah! Hish kamu ni tak reti-reti sabar!''

''Kalau tunggu sikit hari lagi boleh beranak tahi tahu tak!'' balas Azwa sambil meluru masuk bersama bebelan dan jelingan mautnya.

Gurau kasar nampak adik aku ni, mujur aku menggigil kesejukan, kalau tak dah lama aku cilikan mulut budak ni.

****

Aku sudah kenalkan adik perempuan aku bernama Azwa. Siti Azwa nama penuhnya. Dan siapa aku? Namaku adalah Kamal Ozir. Umurku 19 tahun dan merupakan penuntut UniKristalrsiti yang terletak di ibu kota. Ayahku bekerja sebagai pengurus besar di syarikat miiknya sendiri. Gaji ayah cukup untuk menyara kami

sekeluarga, seba serbi cukup untuk menampung segala kos perbelanjaan makanan ringan kegemaranku, bekal ke Uni dan macam-macam lagi untuk aku. Bahkan duit bekal pun

ada lebih, cukup untuk masuk tabung. Yelah menabung untuk masa depan kan?

Ibuku pula ofisnya hari-hari di rumah, menguruskan 'boss besar' iatu suami dan juga 'pekerja bawahannnya' iaitu kami dua beradik di rumah. Jika ada kelapangan ibu akan

ke blok sebelah untuk 'mesyuarat tingkap' aka bergosip dan adakalanya akan beramai-ramai ke pasar bersama geng ibu-ibu yang lain. Meskipun ada waktunya ibu selalu

mengeluh kesunyian kerana rumah akan kosong pada siang hari namun dia tidak pernah berhenti mengucap syukur kerana gembira mengorbankan impiannya untuk menjadi penari

semata-mata mahu jadi surirumah sepenuh masa untuk kami.

Itulah serba sedikit pengenalan tentang keluarga kecil kami, kecil, sederhana namun bagiku sangat bernilai. Bagiku keluarga adalah anugerah yang terindah Tuhan berikan

untuk aku, bahkan untuk kita semua dan merupakan harta yang paling berharga bagiku selepas nyawa ku sendiri.

Dan sebagai membalas jasa ibu dan ayah, aku nekad untuk melakukan yang terbaik untuk mereka. Tentu sekali aku menitik-beratkan prestasi akademik ku. Bukan kerana ayah

pernah berkata yang dia akan menyerahkan syarikatnya kepadaku tapi apa saja perkara yang membuatkan mereka gembira, sedaya upaya kudratku laksanakan.

Sejak di bangku sekolah bahkan sehingga menginjak Uni, aku cukup terkenal dengan pelbagai bakat. Acapkali aku mewakili sekolah hingga ke peringkat daerah untuk acara lumba lari manakala dalam bidang akdemik pula sangat cemerlang, cukup cemerlang hingga pihak sekolah memberikan aku biasiswa dan juga lain-lain bantuan dan sokongan. Tentu saja pencapaian itu cukup membuat kedua orang tuaku tersenyum bangga memiliki anak yang bukan sahaja kacak tapi serba-serbu cemerlang, amboii angkat bakul nampak.

Tapi serius aku harus bagi kredit pada keyakinan menebal yang ada pada diriku ini pada ibu kerana tanpa dorongan ibu yang menyarankan aku mengikuti beberapa pertandingan model. Kan aku dah kata tadi untuk memastikan ibu dan ayah gembira aku rela buat apa saja. Dan setiap kali itu jugalah aku sering menjadi juara. Tapi ada satu hal yang sering dipersoalkan oleh teman-teman ku, mereka hairan kerana aku yang memiliki rupa paras agak mengancam ini begitu naif dalam soal bercinta dan perempuan, kerana selalunya orang yang berwajah kacak ini playboy, tapi maaf sesungguhnya aku jumud dalam soal cinta dan perhubungan dengan perempuan.

***

Lokasi: Kampus UniKristalrsiti Malaya

Dah namanya lelaki, seharusnya bila waktu rehat begini aktiviti akan diisi dengan bermain bola sepak selepas mengisi penuh otak dengan ilmu-ilmu yang baru diajar sebentar tadi. Tapi untuk orang perempuan sudah pasti mereka akan alergik tengok kita walaupun muka kau kacak macam Chris Hemsworth, mana taknya kau mesti lencun dengan peluh selepas main bola tengahari buta ni.Bau peluh ni konfem menenggelamkan bau perfume Victoria Secret mereka tu.

**

''Gempakk dol! Gempak skill kau tadi Kamal. Macam tu baru umpph jangan melencong terus dari tiang gol!'' perli kawan baik aku Ferhad. aku mengenali Ferhad sejak aku di tingkatan 1 lagi tidak pernah berenggang, ke mana ada aku pasti ada dia, dan di mana ada dia pastinya ada aku.

Ferhad bukan sahaja terkenal sebagai jaguh olahraga malah terkenal sebagai jaguh lelaki paling kacak di uni mungkin juga seluruh Kuala Lumpur ini mungkin pastinya. Jumlah makwe-makwe cun melecun yang mendampinginya sudah tak mampu dihitung. Saban minggu ada saja yang merayu menangis mahu mengih cintanya namuan semua dipandang sepi oleh Ferhad. Dia hanya melayan mereka untuk melepaskan kebosanan.

''Mana ada, tu biasa je tu tahap cicak kubing lainlah kau,''

''Biasa kau kata? Bagi aku dah tahap buaya dah tu!''

''Banyaklah kau buaya, dah simpan lawak basi kau tu. Aku hempuk kang kepala kau yang besar tu baru tahu.'' jeritku bergurau kasar seraya menguk air Gatorade laju.

''Mal, malam nanti kau ada ke mana-mana ke?'' tanya Ferhad kepadaku. Aku diam seketika sambil memikirkan apa aktiviti malam nanti.

''So far tiada apa-apa melainkan buat ulangkaji Biooigi je. Awat?'' tanyaku.

''Perghh Biologi, yelah Mal orang segenius kau ni memang tak sah kalau tak study. Sudah-sudahlah nak khatam subjek tu, memang dah sah-sah kau akan dapat tempat pertama semester depan jadi apakata kau chill je, skip study semalam.''

''Cis, apa kau ingat kau bomoh ke sampai boleh tahu masa depan aku ni?''

''Bomoh tu taklah, tapi sekarang aku nak jaadi setan hasut kau ni. Maksud aku, sekali sekala tak salah pun kalau nak chill. ENjoylah, ni tak asyik-asyik dating dengan buku. Tak normal tu.''

''Hurmm aku kurang jelas lagi, cuba kau explain or maybe kau boleh lukis pelan setan kau ni.'' perli ku.

''Macam ni, hurmmm.. AKu malas nak cerita tapi lebih baiklah aku luahkan apa yang terbuku di hati kan. Mal, aku musykil ni, kau ni macam tiada life, not having fun asyik terperuk di rumah, makwe toksah cakaplah, haram takde. Masa kau juara pertandingan model haritu takkan takde sorang pun yang kau syok atau sangkut? Maklumlah nama kau asyik jadi sebutan. Kalau aku memang dah tak cukup tangan. Makwe keliling pinggang beb. Tapi kau ni krik krik, aku curiga ni.'' ujar Ferhad. Aku cuba digest apa yang diucapkan oleh kawan aku ni dan akhirnya aku faham.

''Oh maksud kau, aku ni gay ke?'' tanya ku menebak sangkaan Ferhad itu.

''Ehhh, aku takde kata macam tu, itu kau yang cakap.Jadi betullah kan?'' tanyanya lagi minta kepastian. Amboi mamat ni ada juga yang makan selipar bata ni.Tapi kalau aku fikirkan semual betul juga apa yang Ferhad ni cakap, bukan yang partu gay tu tapi part makwe atau girlfriend tu aku memang tiada dan tak pernah ada. Kerana Ibu kata teman wanita ini bermaksud kena ada komitmen dan tanggungjawab. Disebabkan aku belum punya tanggungawab maka aku merasakan tidak perlu untuk bercinta sehinggalah tanggungjawab ku sebagai seoang pelajar selesai, menamatkan pengajian sebagai pelajar cemerlang. Dan untuk pertama kalinya aku sebagai seorang pelajar cemerlang terutamanya dalam subjek Bahasa Inggeris, tidak mengerti istilah Having Fun yang Ferhad katakan, aku faham maksudnya tapi aku tak dapat melihat seronok bagaimana agaknya 'having fun' punya teman wanita ini. Sungguh I haKristal no idea.

''Jadi ceritanya sekarang ni kau nak ajak aku ke mana? Cari makwe?'' tanyaku.

''Aku malas nak bagitau kalau ajakan aku ni dipandang sepi sekali lagi oleh kau. Kau tu asyik rejek je pelawaan aku.'' balas Ferhad berteka-teki, eiii mamat ni mmemang nak cari nahas betullah.

''Cepatlah mangkuk!'' marahku yang tiba-tiba sahaja seperti tidak sabar ingin tahu apa pelan Ferhad yang best sangat ni.

''Okay, okay, aku cakap straight to the point jelah ye, malam ni aku nak ajak kau ke satu tempat baik punya yang takkan kau lupakan sepanjang hayat kau!'' Pergh berapi-api kata-kata Ferhad ni membuat hatiku pun terasa panas dan membara untuk mengetahui lebih lanjut pelannya

''Seriuslah?''

''Apa kau fikir aku main-main ke? Aku ni mana pernah gurau-gurau, ini pelan baik dan serius punya. Kau pun bukannya bawah umur lagi.''

‘’Tempat apa tu? Cuba kau bagitau kat aku.’’ Tanyaku cuba berlagak cool walau sebenarnya aku mulai cuak. Ferhad ni bukan boleh percaya sangat.

‘’Ahh kau ikut jelah, malam ni baru kau dapat tengok apa yang dinamakan bidadari dunia.

‘’Syurga tak syurga, kalau aku dapat tahu kau tipu aku, siaplah kau aku kerjakan! Yang aku tahu kau bagi jumpa aku bidadari bukan je mak lampir’’ gertakku pada Ferhad.

‘’Kau tenang je, malam nanti aku pick up kau spesel depan pintu rumah jam 7 malam. Kau pandai-pandailah buat alasan nak bagitau apa ke parent kau okay.

‘’Okay, tapi kau pegang kata-kata aku tau, kau better pastikan bidadari. Gara-gara kau aku terpaksa menipu parent aku.’’

Ferhad tersenyum sinis penuh yakin bahawa dia tidak akan membohongi ku dan ia membuat perasaan ingin tahu ku semakin menggelegak bagai air panas.

Walaupun adakalanya Ferhad ni bikin panas namun aku sangat-sangat treasure dan ssayang kawan baik aku yanh satu ini. Dialah badut yang menceriakan suasana dengan lawak basinya dikala duniaku kacau bilau.

Aku mengenalinya hampir tiga tahun dan keakraban kami ini juga diketahui oleh keluarga masing-masing. Bahkan kedua orang tua ku turut menganggap Ferhad seperti anak lelaki mereka. Jadi aku fikir apa saja alasan yang melibatkan Ferhad dan pelajaran pastinya akan mendapat green light.