1

"Sherry, abang tak sabar mahu ada anak. Tak sangka kita akan dapat bayi perempuan." Neiko mengusap perut boyot Sherry. Sudah 11 tahun mereka menunggu cahaya mata pertama mereka,akhirnya tercapai juga.

"Ya,sayang.Abang, saya nak namakan anak kita ini Luna Arrisa. Sherry sayang Luna." Sherry memandang perutnya sambil menitiskan air matanya.

3 Bulan Kemudian...

Sherry dimasukkan wad bersalin. Sherry tidak dapat bersalin secara normal,dia terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayinya. Selepas 2 jam di dalam wad, doktor keluar dan bertemu dengan Neiko.

"Mr.Mellson, I'm very sorry about your wife. She died due to profuse bleeding. This is your baby. A girl." Doktor itu berlalu pergi. Neiko memeluk bayi perempuannya yang bernama Luna Arrisa. Bayi itu sangat comel,mukanya persis Sherry. Neiko menangis teresak-esak.Dia berjanji kepada isterinya, yang dia akan menjaga Luna sampai akhir hayatnya.



16 Tahun Kemudian...

"Daddy! Daddy tak siap lagi eksperimen tu? Dah berbulan dah daddy buat. Muka daddy pun dah nampak letih." Luna mengurut bahu daddynya.

"Dah siap dah,sayang. Luna, esok Luna dah mula cuti sekolah kan? Esok daddy kena pergi pejabat askar untuk beri eksperimen ini." Neiko mula terbatuk-batuk. Luna mengangguk sambil tersenyum comel.

"Daddy, berapa lama kita mahu pergi? Luna mahu pack baju." Luna membersihkan makmal daddynya itu yang sungguh bersepah dengan alat-alat eksperimen.

"Dalam 8 bulan,sebab daddy ada kerja di sana. Nanti daddy akan tulis surat untuk Luna berhenti sekolah dan bersekolah berhampiran di situ." Luna hanya mengangguk. Dia sudah biasa berpindah-randah. Dia tahu daddynya bekerja kuat untuknya. Luna beredar lalu masuk ke dalam biliknya. Dia mengambil bingkai gambar arwah ibunya. Dia memeluk sambil menitiskan air matanya. Ibunya meninggal dunia disebabkan melahirkannya. Luna berasa sedih kerana tidak pernah merasa belaian ibunya. Setiap malam pasti dia akan bermimpi bertemu dengan ibunya.

Hari yang berikutnya, Luna dan daddynya berangkat ke pejabat yang dikatakan oleh daddynya di Washington. Neiko dan Luna masuk ke dalam White House. Mulai hari itu, daddynya akan bekerja di suatu makmal terbesar di Washington. Dia pula bersekolah di Soldier International Washington School. Luna rasa berdebar kerana dia bersekolah di sekolah askar.

"Luna, hari ini daddy akan berada di makmal sepanjang hari ini. Selepas balik ke sekolah, Luna datanglah ke sini, ya." Walaupun Neiko sedang bercakap dengan Luna, matanya tertumpu pada bahan eksperimennya. Neiko memang seorang yang fokus.

"Okey daddy, nanti Luna bungkuskan makanan ya. Dan hari ni Luna balik lambat sebab Luna ada kelas tambahan bersama kawan,daddy." Luna mengucup tangan daddynya lalu pergi ke sekolah. Hari ini hari kedua, Luna pergi ke sekolah baharunya. Di sekolah Luna masih tiada kawan baharu. Luna seorang yang pemalu dan pendiam, susah mahu mencari kawan sendiri.

Sampai di sekolah, Luna mengunci basikalnya di tempat yang disediakan. Luna menggalas begnya lalu masuk ke dalam kelas. Masa masih berbaki 15 minit sebelum loceng dibunyikan. Di dalam kelas, Luna duduk di bahagian tengah di bawah kipas di sebelah kanan. Luna tidak suka duduk di belakang sekali. Katanya dia tidak akan dapat menumpukan apa yang guru ajar.

Sedang Luna khusyuk membaca buku tentang sejarah. Seorang pelajar mendekatinya lalu duduk di sebelahnya. "Hi..." Luna memandang pelajar di sebelahnya.

"Hi..." Luna berjabat tangan dengan Tianna. Seorang pelajar baharu berasal dari Kanada. Tianna seorang yang peramah. Luna dan Tianna menjadi kawan. "Ana, awak mahu makan apa? Dekat sini saya selalu makan stik kambing. Sedap!"Luna memesan stik kambing manakala Tianna memesan sama seperti Luna.

"Luna, selepas ini kita belajar subjek apa,ya?" Tianna menyuapkan daging kambing ke dalam mulutnya dengan penuh lazat sekali.

"Selepas ni, kita tiada subjek. Kita ada masa free selama 2 jam. Selalu saya pergi ke tempat latihan askar. Awak mahu ikut saya?" Tianna mengangguk sambil tersenyum. Luna dan Tianna sudah menjadi kawan yang akrab walaupun baru hari pertama berjumpa.