CHAPTER 1

Kring...Kring...Kring!
Dibuka perlahan-lahan mata.Hmm,sangat mengantuk.Deringan dari telefon bimbit berjenama Apple itu berhenti.

Selang beberapa saat,deringan itu kembali berbunyi.Ishh,siapalah telefon ganggu aku tengah-tengah syok holiday ni?!Rungut gadis itu dalam hati.

Telefon bimbit dicapai.Tanpa melihat nama pemanggil dia terus menjawab dengan mata tertutup.

"Helo..."Serak sedikit suaranya akibat baru bangun daripada tidur.Sempat dikerlingnya jam di dinding.Pukul 3.20 pagi?!!

"Hanis!"Terjerit pemanggil itu apabila terdengar suara gadis itu menjawab panggilannya.Si gadis yang mamai itu terkejut.

"Eh,helo,siapa ni?"Tanya Rania sedikit gelabah.Mana taknya,macam pernah dengar suara itu.

"Eh,budak ni!Ni Aunty Wahidah lah!"Kata si pemanggil dengan hati yang agak panas.Eiii,geram betul!

"Haa..ye ye aunty!Sorry.So kenapa call ni?"Kalut Rania menjawab.

"Aunty tanggung kos kamu ke Australia ni sebab nak suruh kamu intip dia!Bukannya best kamu duk tidur tahu tak?!"Jerit Wahidah dari corong telefon.

"Ah maaf aunty!"Rania memohon maaf segera.Aduh,pagi-pagi buta pun dah kena sound.

"Ni,dia dah keluar dari hotel tu!Cepat bergerak!Aunty telefon kaunter hotel tu,katanya dia dah keluar tadi!Cepat sikit!"Arah Wahidah kalut.

"Ya,baiklah aunty.Assalamualaikum."Panggilan di matikan.Terus Rania bangun dari katil basuh muka sikit,sikat rambut,ambil beg sandang kecilnya,camera dan capai roti coklat dan sebotol air mineral lalu bergegas keluar dari bilik hotelnya.

Matanya melilauh-lilau disegenap jalan dihadapan Hotel mewah 5 bintang itu.Mencari seseorang.Dahlah sejuk kat luar ni!

Apabila ternampak kelibat orang yang dicari berjalan ke arah tangga yang agak gelap untuk ke Melbourne City.

"Ish,dalam banyak tempat,kenapalah jalan gelapnya juga yang dilalu."Bebelnya perlahan.Tidak mahu sang jejaka yang diintip menyedari kehadirannya.

Sudah seminggu dia mengintip jejaka ini.Itu adalah arahan dari Wahidah.Bosan juga Rania kerana apa yang dia nampak tentang jejaka ini ialah kerja sahaja.Lepastu lepak-lepak tepi kolam renang,ke restoran mewah,jumpa client lepastu jalan-jalan dekat Melbourne.

Kamera ditangan dipandang.Ni hadiah Wahidah kepadanya.Apa-apa sahaja yang dia ada sekarang ni semua menggunakan duit Wahidah.

Dia menggunakan kamera itu untuk menangkap gambar jejaka itu dan dihantarnya kepada Wahidah.

Wahidah dan dia tidak mempunyai sebarang pertalian saudara.Pada hari pertama dia di Kuala Lumpur,dia ada menghadiri sesi temuduga yang dianjurkan oleh Wahidah sendiri.

Kerana dia ada mengambil jurusan Photographer sehingga mendapat diploma dan kemudian menyambung dalm bidang kejuruteraan dia diambil secara persendirian oleh Wahidah.

Hai apalah nasib!Rania masih mengekori jejak jejaka itu.Jarak antaranya dan jejaka itu agak jauh.

Dia melihat jejaka itu masuk ke dalam restoran,yang tak adalah mewah mana.Mia tersenyum sehingga ketelinga.

"Breakfast time!Yeah!Sabarlah perut kau akan penuh kejap lagi."Rania mengusap perutnya.Langkah diatur ke dalam restoran itu.

Dia duduk di meja yang agak tersorok tapi cukup jelas untuk melihat jejaka itu.Si jejaka membuat pesanan.Begitu juga dengan Rania.

Selepas itu,Rania memerhati jejaka itu dari jauh sedang bermain dengan telefonnya.Kemudian jejaka itu mengangkat kepala membuatkan pandangannya dan Rania bersatu.

Terus Rania mengalihkan pandangan.Aduh,kantoi ke?Mati aku.Dia jadi tak tentu arah.Seketika dia menjeling ke arah jejaka itu semula.

Fuh,ngan fon dia balik!Lega!!!Rania menjerit dalam hati sambil melepaskan keluhan lega.Selepas itu,pelayan datang membawa sepinggan Spaghetti Aglio Olio dan secawan teh.

Berasap lagi tu.Yummy!Sebelum Rania makan dia menjeling sekilas pada jejaka itu.Ah,sekali.lagi!Kantoi ke?

Jejaka itu memandang ke arahnya.Pandangan bertemu lagi!Arhgg,malunya!!!!Segera dia mengalihkan pandangan dan terus menjamu selera.

"Wahh,memang powerlah Spaghetti diorang.Sedap!"Cepat sahaja komen itu meluncur dari bibir mugil Rania.Habis sepinggan Spaghetti Aglio Olio.itu.

Kemudian teh yang sudah suam itu menjadi mangsa mulutnya.Ah,hangat badan.Dipandang jam bewarna putih ditangan pukul 6.00 pagi.

Dia mengalihkan perhatian ke meja yang diduduki jejaka itu.Gulp,kosong?!

"Hah?Err,macam mana ni?!"Lekas Rania bangun mencapai beg sandang kecilnya itu dan terus ke kaunter pembayaran.

Aduh mati aku kalau Aunty Wahidah tahu!Rania menggigit jari telunjuknya.Matanya dihalakan ke kiri dan kanan cuba mencari kelibat jejaka itu.

Rania berjalan ke arah lorong-lorong yang agak sempit dan banyak lukisan-lukisan di dinding tersebut.

Matanya masih melilau-lilau di segenap.lorong sambil berjalan.Sewaktu dia sedang tertinjau-tinjau kelibat itu,tangannya tiba-tiba ditarik.

Kemudian kedua-dua belah bahunya ditolak mengena dinding.Terjerit kecil dia.Dia memejam mata.Terasa ada tangan di kiri dan kananya.Macam...memerangkap dirinya!

Rania membuka mata.Zapp!Dia terpandangkan wajah tampan dihadapannya.Jejaka yang diintipnya itu.Jarak mereka sangat rapat.Tinggal dalam beberapa inci sahaja lagi.

Ah,kau dah kantoi Mia!Masuk kali ni dah 4 kali kau kantoi! Rania memarahi diri sendiri.Matanya membuntang.Rapat sangat!

"Hey,who are you?!"Sergah jejaka itu.Dari minggu lepas lagi dia.perasan gadis itu mengekorinya.Tapi dia ingatkan normallah sebab bukan dia sahaja di sini.