BAB 1

Aku ada satu contoh cerita cinta paling jujur, dan aku nak ceritakan. Tapi untuk itu, kita semua kena patah balik bertahun-tahun ke belakang sebab ianya berlaku masa aku di tadika.

Bersedia?


*******

Aku antara budak paling baik di Tadika. Bila di dalam kelas, aku akan mula berlari sambil melompat-lompat dari meja ke mej. Tidak lupa, aku akan mengajak kawan-kawan kelas yang lain untuk turut sama main kejar-kejar dan berlari di dalam kelas. Pening kepala cikgu aku masa tu. Nampak tak? Kalau kabur, mari aku terangkan.

Dekat sini, aku dah buat dua perkara mulia yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Pertama: Memastikan cikgu tak makan gaji buta. Tak membuta dan setiap masa kerja diisi dengan melayan karenah budak paling baik macam aku. Rezeki lebih berkat *senyum*.

Kedua : Mengkayakan syarikat panadol yang dulunya kalau kau perasan cuma ada dua jenis tablet saja yang dijual. Papan biru dengan papan merah. Sekarang? Tak perlu aku listkan. Mana taknya, pening cikgu tu nak melayan karenah aku. Kerap juga aku tengok dia telan panadol. Mana tak syarikat panadol tu kaya?

Ok. Aku merapu.

Dekat mana aku tadi?

Oh, contoh cerita cinta paling jujur.

Dalam kelas aku ada seorang budak yang comel bernama Nina. Jujur kata, semua orang suka nak tengok si Nina ni. Aku pun ada la minat sikit. Tapi budaya nak suka-menyuka orang ni adalah satu benda yang paling aku kena sembunyikan. Duludulu, mengorat gadis adalah sebuah perbuatan yang paling tak macho dalam fikiran seorang budak.

Bagi lelaki, perempuan ni masalah. Perempuan ni leceh.

Kejap-kejap nak menangis.

Lari dah la tak laju.

Kalau main kejar-kejar, mesti asyik jadi je.

Lepas tu nanti, mesti ada lelaki acah-acah macho offer diri nak jadi. Mana keadilan dekat situ? Mana? Aku gemuk kot. Setiap kali lari mesti mengah beb. Masa aku kena “jadi” tu, ada mana mana budak lelaki yang offer nak jadi? Haram. Gelakkan aku lagi bila aku cuba lari dan tergolek lagi ada.

Cerita sebenar bermula bila aku main kejar-kejar dengan kawan aku. Masa tu, aku tak “jadi”. Yang jadinya member aku. Maka, aku perlulah lari kan?

Sedang tengah super laju aku lari tu, tiba-tiba aku terdengar orang panggil nama aku,

"Helmi!"

Jadi, dengan spontannya aku toleh ke belakang untuk memandang kepada empunya suara yang memanggil itu.

"Jaga-jaga! Depan kau!" sambung dia lagi.

Secara tiba-tiba aku rasa marah yang amat-amat sangat. Kau panggil aku untuk benda ni? Kau panggil aku untuk bagitahu yang aku kena hati-hati pandang depan tanpa sedar bila kau panggil nama aku tu, secara automatiknya aku akan pandang belakang? Budak-budak. Aku 6 tahun masa tu. Mencarut pun tak reti lagi. Sebut B.O.D.O.H pun dah rasa cukup berdosa. Jadi, aku tak boleh la nak marah dia dengan carut.

Kedebab!

Aku terlanggar Nini.

"Sorry, aku tak sengaja" ujar aku bila dah dua-dua jatuh terjelepuk.

Nini tak balas apa-apa. Tapi muka dia merah kemain. Lepas pamerkan muka merahnya dalam 7-9 saat, Nini lari tinggalkan aku yang dalam keadaan separa terpinga-pinga. Apa, aku dah terlanggar muka dia ke pun sebab muka dia merah betul tu.

Tengah aku masih dalam keadaan terpinga-pinga tu, datanglah segerombolan kawan-kawan lain.

"Eh, Helmi ada makwe la! Eee, tak malu! Ada makwe!"

Maka, koir tak bertauliah pun bermula.

Lagunya begini,



"Tak malu, tak malu"

"Helmi tak malu ada awek"

"Ee, ee, tak malu"

"Helmi tak malu ada awek"

(P/S: Gunakan ritma lagu ayok tatayok.)


Reaksi aku? Untuk pengetahuan, aku bukan sahaja seorang budak paling baik malah aku juga seorang budak yang cool tahu! Aku tak menangis pun.

Ok la, aku ada nangis sikit. Sikit je.

Ok la, aku mengaku aku ada menangis banyak.

Ok la, aku mengaku aku menangis lepas tu banyak lepas tu aku suruh diorang berhenti nyanyi lepas tu diorang nyanyi lagi kuat pastu aku tumbuk hidung leader penyanyi Koir tu, Eqal yang bukan main lagi paling kuat suara dia.

Seperti kisah biasa apabila dua orang murid bergaduh, cikgu akan jumpa orang yang pertama hayun penumbuk iaitu aku dan mula slow talk pasal kes tu (yang pasal diorang koir aku masa mula-mula tu, diabaikan kesnya macam tu je. Ya, aku sedih) Dan secara tiba-tiba, berita lain pulak yang tersebar luas,