Bab 1

TAJUK: AIR MATA ATAN

NAMA PENA: DOLLY

BAB 1

"Beli bang, beli kak, murah je," gigih Atan mencari pelanggan.

Mungkin sebab hari hujan, jadi barang jualannya kurang laku.

"Karipap, cucur badak, kuih keria," laungnya lagi.

"Dik, bungkuskan akak semua jenis. Buat RM 5 setiap satu," pinta pelanggannya yang pertama.

"Banyaknya kak, ada makan -makan ke?"

"Adalah sikit-sikit. Mujur jugak akak jumpa adik kat sini,"

Atan gembira bukan kepalang. Alhamdulillah ada juga rezeki dia petang ini.

Jadi tidak sia-sialah ibunya berpenat menguli tepung dari sebelum subuh tadi.

Atan memandang raga jualannya. Melihat baki jualan.

Karipap ada 5 biji, cucur badak tinggal 3 dan kuih keria tinggal lagi 1.

Atan meninjau sekeliling stesen komuter, matanya tertangkap kepada satu susuk tubuh yang dari tadi tidak henti berkerja mengutip sampah.

"Pak cik," panggil Atan.

"Ya nak," sahut Pak Dollah.

"Ni ada lebihan kuih sikit, pak cik nak?"

"Eh, kamu bawaklah balik Atan," balasnya.

"Takpe pak cik, mak selalu pesan, kalau ada lebih sedekahkan. Mudah-mudahan murah rezeki kami anak-beranak pak cik," jujur sekali
jawapan Atan.

"Alhamdulillah, pak cik ambil ya. Boleh juga anak-anak di rumah merasa makan kuih sedap,"

Pak Dollah berlalu pergi dengan senyuman.

Apa yang dikatakannya sebentar tadi benar-benar menyentap jiwa Atan.

"Pak Dollah gembira dengan kuih yang tidak seberapa ni,"

"Betul kata mak, kalau kita rasa kita susah, ada lagi orang yang lebih susah,"