BAB 1

Kalau kau dengar nama aku pun mungkin kau akan rasa gerun… Okay yang tu aku gurau. Okay sekarang ni aku serius.

Nama aku yang sebenarnya Indera bin Iskandar.Aku seorang penuntut di sebuah universiti dalam bidang perubatan.Bakal doktor lah kiranya aku ni. Aku ada seorang kawan baik , nama dia Faiz Zulhafiz bin Abd Manaf.Tapi aku dan kawan-kawan yang lain panggil dia Iz saje.

Aku berkawan dengan dia sejak sekolah rendah lagi.Apa saja tentang aku dia tahu dan segala benda tentang dia aku tahu termasuklah soal hati.

Dialah satu-satu orang yang tahu tentang perasaan aku pada Yanti , iaitu classmate kami.Sebenarnya aku suka kat dia sebab dia cantik sangat.Cair beb!!.

Tapi dia dah ada boyfriends .Balak dia tu atlet.Badan berketul-ketul , handsome , bukan macam aku , kerempeng , tapi tak lah hodoh sangat , boleh tahan gak la aku ni , he…he…isi bakul nampak!!

Aku ada seorang lagi kawan baik , perempuan , namanya Ayu , orangnya cantik dan lemah lembut , tapi lurus sikit.Aku rasa dia suka kat aku , tapi……aku tak rasa yang aku suka kat dia.sorry la Ayu aku tak leh nak suka kat kau.

Cerita pasal keluarga aku , mak aku seorang guru sekolah rendah , namanya Rosnah.Ayah aku pulak seorang pegawai polis .

Namanya Bakar. Mesti korang pelik kenapa nama aku Indera bin Iskandar sedangkan ayah aku bernama Bakar?? sebenarnya , aku ni anak angkat mereka je.

Kesian aku kan? Aku hanya tahu siapa mak kandung aku.Namanya Mariam. .Aku hanya ada sekeping gambar dia.Cantik orangnya , patutlah anaknya kacak he…he…he..Tapi aku tak tahu siapa ayah kandung aku.

Setiap kali aku tanya soal itu kat mak dan ayah , diaorang hanya cakap

” ayah kandung Indera seorang yang ternama , dihormati dan disegani.”

Bila aku tanye pulak kenapa mak dan ayah kandung aku serahkan aku pada keluarga angkat , mereka jawab

“Indera akan tahu bila besar nanti.”

Setiap kali aku tanye soalan-soalan itu , itulah jawapan-jawapan mereka.Naik bosan aku.Tapi tak kisahlah , aku rasa aku cukup bahagia sekarang.Bahagia macam sepatutnya orang normal.

Tapi , itu semua berubah kira-kira sebulan lepas iaitu sehari selepas aku manyambut hari lahir aku yang ke-21.

“Tengku perlu balik ke Istana , Tengku”

“Tengku? , Istana?”aku kebingungan.Ini apahal bertengku-tengku pulak ni ? aku ni bukannya kerabat diraja.

“Tengku perlu pulang untuk meredakan keadaan di Beringinpura”

“redakan keadaan?”keadaan apa pulak , apa pulak kaitan aku dengan Beringinpura?

“Dato’ , sebenarnya , Indera tak tahu apa-apa , sebab saya memang tak pernah cerita apa-apa pada dia sebelum ni”sampuk mak , mungkin dia kesian melihat aku yang kebingungan waktu tu.

“jadi , Tengku Indera memang tak tahu yang dia anakanda almarhum Sultan Iskandar Shah?”soal lelaki itu.Hairan juga aku bila balik tadi tiba-tiba rumah aku penuh dengan orang.Entah sesapa entah , baju formal semacam , bersongkok lagi.Tadi ada lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai Dato’ Hussein Alam , Dato’ Temenggung Istana Megah Sari , Beringinpura.

“kejap..kejap…Dato’ kata apa tadi?anakanda , Almarhum Sultan Iskandar Shah?”aku mencelah , memang kurang ajar sebab aku mencelah orang tua bercakap , tapi aku tak peduli aku nak pastikan aku tak salah dengar tadi.

“ya Tengku , Tengku adalah anakanda kandung kepada Almarhum Sultan Iskandar Shah, Sultan Beringinpura.”kata Dato’ dengan muka yang serius.Terlopong aku mendengarnya.Aku?? anak raja??macam fantasi je.Tiba-tiba , mak menggenggam tangan aku.

“betul Indera.Sejak kecil lagi Indera nak tahu siapa ayah kandung Indera kan.Sekarang mak nak bagi tahu , ayah kandung Indera adalah Almarhum Sultan Iskandar.Kan nama Indera , Indera bin Iskandar?”terang mak panjang lebar.Dato’ Hussein mengangguk tanda setuju.

“kalau betul Indera anak sultan , kenapa Indera ada dekat sini , kan sepatutnya seorang anak raja tu duduknya di istana?”aku menyoal balik.Susah nak terima kenyataan.Kalau dia cakap aku ni anak perdana menteri aku boleh terima lagi , tapi , ini anak sultan , merangkap putera raja!”

“panjang ceritanya , Tengku”

“pendekkan sajelah!”

“arwah ibu kandung tengku adalah isteri kedua almarhum sultan.Arwah ibu tengku seorang yang cantik dan dia dicemburui oleh Tuanku Permaisuri , isteri pertama almarhum sultan.Jadi , Tuanku Permaisuri telah memfitnah Tengku Puan Mariam , ibu kandung Tengku dengan mengatakan bahawa dia mengandungkan anak luar nikah dengan pembantu Istana.Anak itu adalah tengku.”cerita Dato’ Hussein.

“saya?”ini apa kes pulak ni , tadi kata anak raja , ni anak luar nikah pulak.

“kerana terlalu marah , Almarhum sultan telah menceraikan Tengku Puan Mariam dan menghalaunya keluar dari Istana.Tak ada siapa yang tahu tentang perkara itu sehinggalah beberapa bulan lepas iaitu ketika almarhum sultan sedang gering.Tuanku Permaisuri telah mengakui segala perbuatannya itu.Sebelum almarhum sultan menghembuskan nafas terakhir , baginda sempat bertitah supaya Tengku dan Tengku Puan Mariam dibawa ke istana.Tapi malang , baginda mangkat sebelum sempat bertemu dengan tengku berdua.Lebih malang lagi apabila kami mendapat tahu Baginda Tengku Puan Mariam telah meninggal dunia.”panjang lebar Dato’ bercerita.

“Mak yang bawa ibu kamu dan kamu ke Kuala Lumpur dan terus menetap disini.”tambah mak.

“tapi kenapa mak tak pernah cerita semua ni?”aku sedikit kecewa kerana mak merahsiakan semua ini dari pengetahuan aku.Mak hanya cerita arwah ibu berasal dari Beringinpura dan merupakan warganegara Beringinpura, begitu juga dengan aku.Mak cakap lagi arwah ibu meninggal sebab barah usus.Tak banyak yang aku tahu tentang arwah ibu.

“arwah ibu kamu yang berpesan supaya tak menceritaka semua ni kepada kamu.Dia takut kamu berdendam dan membenci ayah kandung kamu.Dia juga tak nak kamu tahu yang kamu berdarah raja kerana takut kamu akan riak dengan status kamu.”Kini baru aku faham kenapa arwah ibu menyuruh mak merahsiakan semua ni.Tapi lagi satu persoalan..

“jadi , kalau baginda sultan , maksud saya ayah kandung saya telah meninggal dunia , maksud saya mangkat , kenapa saya masih perlu ke Istana?”

“atas arahan Tuanku Permaisuri Noriah , Saya diminta untuk membawa Tengku pulang ke Beringinpura untuk ditabalkan sebagai sultan Beringinpura yang baru.”Ujar Dato’Hussein dengan wajah yang serius.Terlopong aku mendengarnya sekali lagi.Aku??Sultan??Aku tersandar pada sofa.Terlalu banyak informasi dan kejutan diterima aku hari ini.Tak sanggup lagi..”

“saya rasa Dato’ kena balik dulu, Indera perlu masa untuk memikirkan semua ni.”Mak menyuruh Dato’Hussein dan yang lain pulang.Memang itu yang aku mahu.Ruang dan masa untuk berfikir.Aku memang respect kat mak.Mak memang seorang ibu yang memahami.