BAB 3

Penat betul perjalan tiga jam dengan pesawat khas Kerabat Beringinpura tadi.Jauh juga Beringinpura dari Malaysia.Aku disambut dengan penuh istiadat diraja di lapangan terbang.

“Selamat Pulang ke Beringinpura Tengku Putera Indera Shah!”seorang lelaki menyambut aku.Orangnya macam sebaya dengan aku.Kacak juga orangnya.

“Saya Ahmad Muaz Zulkifli.Mulai sekarang saya telah dititahkan oleh Tuanku Permaisuri menjadi pembantu peribadi Tengku.”

“Ahmad Muaz??Pembantu peribadi?”macam tak percaya aku akan ada seorang pembantu peribadi.

“ya tengku .Tengku boleh panggil saya Muaz sahaja.”ujar Muaz mesra.

“Tengku , boleh kita berangkat sekarang?”soal Muaz.

“ya boleh”aku memberi persetujuan.Aku membontoti Muaz melalui satu laluan khas VIP.Cantik juga airport ni.

“Muaz.”

“ya Tengku.”Muaz memberhentikan langkah dan berpaling sebaik aku memanggilnya.

“apa nama airport ni?”aku menyoal.

“Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismael Shah”Jawab Muaz ringkas.Cantik airport ni.Silingnya dihiasi ukiran-ukiran yang cantik.Tapi cantik lagi KLIA di Kuala Lumpur.

“boleh kita teruskan perjalanan?”

“ya boleh , maaf”aku sedikit kekok.Baru beberapa langkah kami melangkah , aku terpaku lagi.Ada sesuatu yang menarik di skrin besar yang diletakan di ruang menunggu lapangan terbang ini.

“Waris lelaki tunggal almarhum sultan Iskandar Shah , Tengku Indera Shah dijangka tiba ke Tanjung Beringin hari ini….”kedengaran suara pembaca berita membaca berita utama pada hari ini.Aku kat dalam TV.Dahsyat tu.

“Muaz , siaran TV ini tersiar ke seluruh negara ke ?”aku menyoal soalan bodoh yang aku sendiri tahu jawapannya Ya.

“ya Tengku , siaran berita ini tersiar ke seluruh negara tengku.

“maknanya satu Beringinpura dah tahu saya akan balik ke sini?”

“satu dunia dah tahu tengku”ujar Muaz.Terlopong aku.Satu Dunia? Biar betul.

“boleh kita teruskan tengku?”kini aku hanya mengangguk.Aku masih terkejut dengan kenyataan Muaz tadi.Satu Dunia??.Aku dibawa ke pintu utama lapangan terbang ini.Kelihatan sebuah limosin mewah di letakan disitu.

“silakan tengku”Muaz menjemput.Terbeliak biji mata aku.Seumur hidup inilah kali pertama aku naik kereta mewah.Kereta paling mewah yang pernah aku naik adalah Proton Perdana V6.

“nak kemana ni?”aku bertanya.

“kita akan ke Hospital Besar Tengku Izahar .”

“hospital?nak buat apa?”aku cemas.Aku memang sejak kecil lagi pantang dengar nama hospital.Rasa macam nak lari bila di sebut pasal hospital.

“Tengku perlu membuat pemeriksaan kesihatan dan…..ujian DNA.”

“DNA??”