Chapter 1

Bibir yang bercalitkan gincu tebal aku ketap kuat. Wajah lelaki dihadapan aku mula aku pandang tepat-tepat.

Panas telinga yang mendengar panas lagi hati yang menerima kata-katanya. Berani dia cuba nak pergunakan aku dalam hal ini. Dia ingat aku apa? Gadis escort? Ke pelacur? Atau pun isteri untuk disewa oleh mana-mana lelaki pada bila-bila masa?

Dasar tak  ada otak punya mamat sengkek! Dahlah baju pun terlalu colourful, sibuk pula dia nak cakap-cakap aku macam perempuan murahan.

“Lepas I dah dapat apa yang I nak, kita bercerailah. Senangkan kerja you.” Katanya terlebih dahulu sebelum mencapai cup setinggi high heels yang tengah melekat dikaki aku ini.

Muka pun tak rasa bersalah. Malahan dia sempat hadiahkan senyuman sinis pada aku.  

Muka-muka bajet handsome macam ni memang mata duitan eh? Sebab hak perwaris, semuanya dia mahu bolot demi keuntungan? Tak percaya cakap aku? Kita tengok jawapan dia macam mana lepas apa yang aku tanya ni.

Nafas aku tarik dalam-dalam. Badan pun diangkat tinggi sebelum aku palingkan senyuman manis. Keningnya terangkat sedikit bila melihat senyuman sudah terbit dibibir aku. Pasti dia ingat aku akan cakap setuju, kan? Don’t be easylah!

“So, berapa peratus yang I dapat kalau you mewarisi semua harta Oma you tu?”

Sengaja tubuh badan dilenggokkan. Bersamaan suara yang lirih, menggoda. Dia sedikit tersentak melihat sikap aku yang dah berubah seratus peratus.

Tadi bukan main kaku aku dihadapannya. Tapi bila aku dah mula cakap begini, aura lelaki jentelmen itu mulai goyah. Dasar lelaki yang suka dengan godaan duniawi.

Cup ditangan dia letakkan semula. Tangan yang sibuk mencengkam tangan sendiri itu mulai jatuh kemeja makan sambil berjalan menyentuh kulit tangan aku. Belum sempat, aku terlebih dahulu tarik tangan aku darinya. Tak biarkan dia menyentuh aku sesuka hatinya. Gatal betul!

“Well, if you sleep with me one night. I will pay you. Let's say, one million if you be mine.”

  Damn! Dia tawarkan satu juta sekali aku lakukan benda itu bila aku sah jadi isteri dia? Bodoh apa mamat ni.

“If you don’t mind Mr.Erwin, kita tengah cakap tentang keuntungan saya bila jayakan misi ni. Bukan apa yang saya akan dapat jika saya tidur dengan awak.” Sinis aku.

Wajah sengaja di buat-buat tidak kesah mendengar apa yang dia katakan tadi. Sedangkan hati membuak-buak nak bagi pelempang paling win kat muka dia.

Hyes, sabar Hasrita… Sabar! Orang-orang tak ada otak macam dia ni kena bijak untuk atur kata. Bukan senang-senang nak dibalas ikut suka hati.

Dia seperti tersedar maksud pertanyaan aku, lantas bibir mengorak senyuman lagi.

“9 persent.” Ujarnya. Sepatah.

Hah? 9%? Apa kesikit bahagian aku! Wah, dahlah mata duitan. Tak adil pula nak bagi-bagi harta. Mamat ni memang tak ada otak agaknya.

“9%? Saya jadi isteri awak tau, bukan saya jadi maid awak. Takkan 9persent aje. Come on Mr.Erwin… Jangan jadi tamak sangat. Usaha sama-sama, takkan awak nak bolot semuanya.”

Fuh yo! Aku punya ayat macam aku dah setuju sangat dengan rancangan gila si Erwin ini. Cis, kau memang kaki kelentonglah Hasrita.

“Setakat isteri aje, you not my queen. Lagipun kerja awak cuma menangkan kepercayaan oma saya. Bukan susah sangat. Sesuailah dengan 9% tu. Kecuali…”

Kata-katanya terhenti. Namun begitu matanya pula masih berjalan. Terarah kearah mata aku lalu turun dan menurun sehingga ke bibir aku. Erh! Apa pula maksud dia tengok bibir aku?

“Kecuali?” Nak tahu juga walaupun aku dapat agak apa yang akan dia perkatakan selepas ini.

Tangan segaja mencapai terlebih dahulu cup berisi milk shake sebelum dia lafazkan ayat seterusnya.

“Kecuali you tidur dengan I malam ni. I akan naikkan bahagian you. 21persent…”

Lirih suara dia menyatakan ayat itu bersamaan dengan tangan yang mula menjalar cuba sekali lagi sentuh tangan aku. Cepat-cepat tulang belakang menegak diikuti punggung mulai diangkat. Dia sedikit terkejut melihat tindakkan aku.

Jangan terkejut sangat. Lepas ini lagi kejutan hebat Hasrita akan bagi kat kau Erwin!

“Nak tidur dengan awak? Who are you?” Soalan melambung.

Tangan pun cepat menghayun. Wajahnya serta-merta basah dek simbahan milk shake yang sengaja aku lemparkan padanya. Terkedu dia disana. Seperti orang bodoh matanya terkebil-kebil melihat bahagian badannya sudah basah lecun.

“Awak bagi 100% pun semua harta oma awak tu awak ingat saya akan setuju? Awak ingat dengan duit awak tu boleh beli maruah saya? Boleh beli semua benda dalam dunia ni. You wrong! Totally wrong!”

Tegas aku sebelum kaki dihayun tinggi. Tak menoleh sedikit pun padanya bila dia sudah menjerit memarahi aku.

Ada aku kesah dia nak meroyan pun? Menjadi tontonan umum pada pelangan-pelangan di secret recipe? Jangan nak berharap sangatlah! Lebih cekal hati ini menjadi bualan mulut orang dari menjatuhkan maruah aku pada lelaki seperti itu.

Tak patut sebenarnya aku pergi ketemu janji ni. Memang tak patut! Kenapalah aku ni bengap sangat dengar cakap mama?

Jumpa lelaki bodoh macam itu! Ergh! Baik aku pergi gym aje dari dengar bebelan tentang rancangan bengap lagi tak bermoral dia itu. Hyes! Masa aku terbuang kali ini betul-betul tak berbaloi!