BAB 16

Sayup-sayup kedengaran azan subuh menyedarkan Adriana daripada tidurnya. Matanya masih belum dibuka. Rasa malas sangat nak bangun. Dia mengeratkan lagi pelukannya pada Alisa. Eh kejap. Tapi kenapa rasa lain jer ea?

Adriana terus membuka matanya. Dia terkejut saat melihat Shahrul yang sedang nyenyak tidur berada di sebelahnya bukannya Alisa ataupun Alif. Hanya dia dan Shahrul saja yang berada di atas katil itu. Adriana pantas meleraikan pelukannya. Dia terkedu melihat tangan lelaki itu elok saja memeluk erat pinggangnya.

" Shah! Bangun Shah! " kejutnya.

" Hmm " jawab Shahrul. Matanya masih lelap.

" Shah apa awak buat ni?! " Adriana terus menolak kasar tubuh Shahrul.

Shahrul tergolek jatuh daripada katil. Terus terbuka matanya.

" Aduhh. Sakitnya " pinggangnya digosok perlahan. Dia juga baru tersedar yang dia tertidur di bilik Alif.

" Ad? Kenapa tolak saya? " soal Shahrul.

" Awak tanya kenapa, macam mana awak boleh ada dekat sebelah saya? Alif dengan Alisa mana? " .

" Saya terlelap dekat sini semalam. Entah saya pun tak tahu mana dia orang. Setahu saya semalam saya terlelap sebelah Alif " jelas Shahrul.

Adriana termanggu seketika. Rasa macam tak percaya dia tertidur dengan Shahrul. Siap peluk lagi tu. Eh kejap, mana Alif dengan Alisa ea?

Adriana bingkas bangun daripada katil dan terus keluar daripada bilik. Dia ingin mencari Alif dan Alisa.

Shahrul terpinga-pinga memandangnya.

" Aduh, dia marah ke ea? Aku bukannya sengaja nak tidur sebelah dia. Lagipun bukannya berdosa, kan dah halal " katanya sendiri. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" Kat sini rupanya " Adriana memandang ke arah Alif dan Alisa yang sedang nyenyak tidur. Rupanya mereka tidur di bilik Alif.

Entah bila masa mereka berpindah ke bilik Alif, Adriana pun tidak pasti. Adriana menutup semula pintu bilik. Langkah kaki diatur ke biliknya.

Sebenarnya dia masih malu untuk berhadapan dengan Shahrul.

" Macam mana lah aku boleh tak sedar Shah tidur sebelah aku. Aduhh malunya " .

Tok..tok..

Adriana memandang ke arah pintu biliknya. Shahrul ke? Langkah kaki diatur ke muka pintu.

" Ad " Shahrul tersenyum nipis.

" Ada apa? " soal Adriana.

" Saya minta maaf pasal semalam. Saya pun tak sedar yang saya dah tertidur sebelah awak. Maaf ya? " pintanya.

Adriana terkedu seketika. Bukan salah Shahrul pun. Lagipun tempat seorang isteri memang di sisi suami. Shahrul tak salah, yang salah dia. Dia yang menidakkan nak Shahrul padanya.

" Er..er takpa. Awak tak perlu minta maaf. Okaylah saya nak solat subuh" Adriana terus menutup semula pintu biliknya.

" Aik, belum aku habis cakap dia dah tutup pintu " gumamnya sendiri.