BAB 7

" Abang, kita nak pergi mana ni? Lisa laparlah. Dah tak larat " adu Alisa.

Daripada tadi mereka berjalan tanpa tujuan.

" Abang pun tak tahu lah nak pergi mana. Dekat depan tu ada kedai burger, jom kita pergi sana " ajak Alif.

" Tapi kita mana ada duit " .

" Kita cakaplah kita ni anak yatim piatu, mesti dia akan bagi kita free" cadang Alif.

Alisa hanya mengikut. Mereka berdua beriringan jalan menuju ke sebuah gerai burger bersebelahan dengan seven eleven.

" Abang, kami lapar " kata Alif.

" Adik datang dengan siapa? Mana nak dengan ayah ? " soal penjual burger itu.

" Mama dengan papa dah meninggal" jawab Alif.

Shahrul dan Azlan saling berpandangan buat seketika.

" Habis tu adik tinggal dengan siapa?" soal Azlan pula.

" Dengan maksu "

" Oh dengan maksu. Mana maksu adik? " .

" Kat rumah " .

" Haa kat rumah? Dia tahu tak adik ada dekat sini? " .

Alif menggelengkan kepalanya.

" Kami lari daripada rumah. Maksu jahat. Maksu marah kami " .

" Lan, apa kita nak buat ni?" soal Shahrul.

" Entah. Manalah aku tahu. Kita bagi jer dia orang makan dulu. Kesian aku tengok " cadang Azlan.

Shahrul mengangguk setuju.

" Sekejap ya abang buatkan burger special untuk adik " .

Alif dan Alisa mengangguk.

" Shah, lepas kita tutup kedai nanti kita hantar jer lah budak-budak ni balik rumah " cadang Azlan.

" Hantar balik rumah? " .

" Haa yelah. Ke kau nak bawak budak-budak ni kat rumah sewa kita? Kau jangan buat hal Shah. Nanti kalau makcik dia tu report polis cakap kita culik dia orang, tak pasal-pasal masuk lokap kita ni " .

" Tapi aku kesian lah tengok dia orang. Kejam sangat makcik dia orang tu. Entah-entah dah dapat harta, tu yang jadi macam tu " Shahrul membuat andaian sendiri.

" Entahlah Shah. Aku pun simpati tengok dia orang. Yelah kita ni pun sama-sama anak yatim. Jadi aku faham perasaan dia orang. Takpalah sekejap lagi kita cuba berbincang dengan makcik dia " .

Shahrul mengangguk setuju.

" Kalau makcik dia tuduh kita yang bukan-bukan macam mana Lan? " .

" Berani dia nak tuduh? Budak-budak kan tak pandai nak menipu, aku suruhlah budak-budak ni cakap hal yang sebenar " .

" Iya tak iya jugak kan " .

" Alif, Alisa, sekejap lagi abang hantar kau orang balik rumah ya " beritahu Shahrul.

Mereka berdua hanya mengangguk. Jatuh kasihan Shahrul melihat nasib dua beradik itu.