BAB 8

Adriana melangkah lemah masuk ke dalam rumah. Sudah puas dia mencari anak-anak saudaranya tetapi tiada. Jam sudah pun menunjukkan pukul 12.00 malam. Entah di mana agaknya mereka berada. Ya Allah selamatkanlah mereka. Dia sudah tidak tahu apa yang perlu dia lakukan sekarang. Hendak melaporkan pada pihak polis, belum lagi 24 jam kehilangan mereka.

Air matanya mengalir deras.

" Maafkan Ad. Ad tak jaga amanah akak dengan abang sebaiknya.. " .

" Assalamualaikum! " .

Adriana terus melangkah ke muka pintu sebaik mendengar suara orang memberi salam.

" Alif! Alisa! " Adriana terus memeluk erat anak-anak saudaranya itu.

" Ya Allah mana kau orang pergi? Maksu risau sangat-sangat. Tolong jangan buat maksu macam ni.. " teresak-esak Adriana menangis.

Dia sudah tidak peduli dengan dua orang lelaki yang sedang melihatnya.

" Alif? Kenapa bawak adik lari? " soal Adriana. Tangisannya sudah reda sedikit.

" Maafkan Alif maksu. Kami takut maksu marah " .

" Maksu yang patut minta maaf sebab tak jaga kau orang dengan baik. Maafkan maksu ya sebab dah marah kau orang. Maksu tak ada niat " .

" Ehemm " Azlan berdehem kecil. Err sampai bila kitorang nak kena berdiri tegak dekat sini?

Adriana terus melepaskan pelukannya. Alif dan Alisa diarahkan masuk ke dalam rumah dahulu. Sempat kanak-kanak itu mengucapkan terima kasih kepada dua orang lelaki itu.

Dia mengesat air matanya yang mengalir. Aduhh malu lah Adriana. Mana aku nak letak muka ni?

" Er..err..terima kasih ya sebab dah tolong hantar anak-anak saudara saya balik rumah " ucapnya.

Shahrul tidak berkedip melihat Adriana. Subhanallah indahnya ciptaan Mu. Azlan menyiku lengan Shahrul. Berangan pulak mamat ni.

" Sama-sama. Cik ni mak saudara dia orang ya? " soal Azlan.

Adriana mengangguk perlahan.

" Ha'ah. Tadi saya marah dia orang tanpa sengaja. Sebab tu kot dia orang merajuk dengan saya. Saya minta maaf sebab dah menyusahkan awak berdua " .

" Eh takpa-takpa. Tak susahkan pun. Kami cuma bagi dia orang makan jer".

" Cik, lepas ni cik jaga lah dia orang baik-baik ya. Dia orang ni amanah Allah. Dia orang dah tak ada keluarga lain kan, harapkan cik jer. Jadi cik kenalah jaga dia orang baik-baik. Saya harap lepas ni dah tak jadi macam ni lagi. Kesian dia orang " nasihat Shahrul.

Adriana mengangguk perlahan. Dia sedar kesilapannya.

" Insya Allah. Terima kasih sekali lagi".

" Sama-sama. Kami balik dulu lah ya" mereka berdua terus masuk ke dalam kereta kancil berwarna merah.

Adriana juga terus melangkah masuk ke dalam rumah. Lagipun hari sudah lewat malam.