BAB 14

Adriana membuka matanya. Dia memandang sekeliling.

" Ad, awak dah sedar? " soal Shahrul.

Dia tidak sangka pula Adriana pengsan gara-gara terkejut kerana dia tiba-tiba muncul di hadapan gadis itu.

" Kenapa saya ada kat sini? " soal Adriana.

" Tadi awak pengsan " .

Adriana baru teringat. Dia terkejut apabila tiba-tiba Shahrul muncul di hadapannya.

" Awak lah ni, buat saya terkejut jer" bahu Shahrul ditampar perlahan.

Shahrul tergelak kecil.

" Sorry saya tak sengaja. Saya tak ada niat pun nak buat awak terkejut. Kenapa lewat sangat awak balik hari ni? " .

" Saya ada banyak kerja. Esok saya ada meeting dengan client. Jadi saya kena siapkan paperwork untuk meeting esok " jelas Adriana.

Shahrul mengangguk perlahan.

" Alif dengan Alisa dah tidur? " soal Adriana.

" Dah. Baru jer tidur. Dia orang tanyakan awak tadi, saya cakap awak ada kerja " .

" Maaf sebab dah susahkan awak. Terpaksa bawak Alif dan Alisa ke gerai pulak " .

" Takpa Ad. Dia orang pun tanggungjawab saya. Awak tak perlu rasa bersalah " .

" Terima kasih Shah " Adriana tersenyum kecil.

" Sama-sama. Awak dah makan ke belum ni? " .

" Belum lagi. Sekejap lagi saya masak mi segera jer lah " .

" Mi segera jer? Tak eloklah untuk kesihatan. Makanlah makanan lain ".

" Saya tak pandai masak Shah " akui Adriana.

" Okay takpa. Saya masakkan awak nasi goreng. Okay? " .

" Tak susahkan awak ke? Mesti awak penat balik daripada gerai, takpalah. Awak tidur jer. Takpa saya makan mi segera jer " .

" It's okay lah Ad. Tak susah mana pun. Dah sekarang ni awak pergi mandi, saya masakkan nasi goreng untuk awak " .

" Terima kasih Shah. Maaf sebab dah susahkan awak " .

Shahrul mengangguk kecil. Adriana terus melangkah ke biliknya. Shahrul pula menyusun langkah ke dapur.

" Sedap? " soal Shahrul.

" Sedap. Ni lah nasi goreng yang paling sedap saya pernah makan tau. Macam arwah kak Dina masak. Sama sangat rasanya " .

Shahrul tersenyum kecil.

" Kenapa Ad? " soal Shahrul risau apabila Adriana tiba-tiba diam.

" Saya rindu kak Dina.. " luahnya. Tubir mata Adriana sudah bergenang air mata.

" Sedar tak sedar dah dekat dua bulan kak Dina pergi tinggalkan saya.. " .

" Ad, Allah lebih sayangkan kak Dina" pujuk Shahrul.

" Shah, boleh saya pinjam bahu awak?" pinta Adriana.

" Boleh. Mari sini " Shahrul menarik Adriana rapat dengannya.

Adriana terus menghamburkan tangisannya di bahu Shahrul. Shahrul mengusap lembut kepala Adriana.

" Menangis lah puas-puas kalau itu yang buatkan awak tenang " .