BAB 5

" Ad, you masih marahkan I lagi ke? Niat I baik datang sini. I cuma simpati dengan apa yang jadi pada you " tutur Danial lembut.

Sebenarnya dia bukan mahu sangat berjumpa dengan Adriana. Setelah dia mendengar berita kematian abang dan kakak gadis itu, dia cuba untuk mengambil kesempatan pada Adriana. Lagi-lagi apabila Adriana sudah mengambil alih syarikat. Jika Adriana menjadi miliknya semula pasti dia boleh menumpang kesenangan gadis itu.

" I don't need your sympathy Danial. Now get out from my office! " halau Adriana.

Danial fikir dia bodoh? Bukannya dia tak tahu Danial ada niat tidak baik padanya. Dia sudah dapat mengagak lelaki itu pasti ada ingin mengambil kesempatan ke atasnya. Jangan harap lah.

" Ad, sampai hati you halau I. I ni orang yang pernah you cinta, you sayang. I pernah bahagiakan you. You tak patut layan I macam ni " .

Adriana tersenyum mengejek.

" Yes memang I pernah cintakan you, pernah sayangkan you. And guess what, benda tu adalah benda paling bodoh I pernah buat seumur hidup I. I menyesal kenal you. Patut ke I layan you baik-baik lepas apa yang you dah buat pada I? You deserve it Danial! Now I tak nak tengok muka you kat sini, get out from my office. Kalau tak, I call polis " ugut Adriana.

Kesabarannya mula menipis. Danial benar-benar mengujinya.

" Okay fine Ad. I akan pergi. But, if you need someone, I selalu ada untuk you " Danial sempat memandang sekilas ke arah Adriana sebelum berlalu.

Adriana merengus geram.

" Macamlah aku ni bodoh sangat Danial. Kau ingat aku tak tahu apa niat kau? " .

Hilang terus mood nya hari ini. Semua gara-gara Danial. Argh menyusahkan betul!

Alif dan Alisa melangkah ke dapur. Perut mereka sudah berbunyi kelaparan. Kali terakhir mereka makan tadi pun, ketika tengahari. Itu pun Adriana membelikan nasi ayam. Nak harapkan Adriana masak? Memang tak lah. Yang dia tahu cuma masak maggie.

" Abang, Lisa lapar lah " .

" Abang pun lapar. Jom kita beritahu maksu " .

Mereka berdua melangkah ke bilik Adriana. Sejak pulang daripada pejabat tadi dia berkurung di dalam bilik.

" Maksu, kami lapar " Alif mengetuk pintu bilik Adriana.

" Maksu cepatlah Lisa dah lapar sangat ni " .

Pintu bilik terbuka.

" Apa bising-bising ni? " soalnya dingin.

Sudahlah dia pening kepala dengan kerja yang bertimbun. Ditambah pula apabila anak-anak saudaranya itu membuat bising.