BAB 1

Puan Alia melangkah arah seorang kanak-kanak yang sedang duduk termenung sendirian di bawah pokok. Sejak daripada tadi dia perhatikan kanak-kanak itu. Jadi dia ingin cuba mendekati kanak-kanak itu. Kalau tidak silap dia, kanak-kanak berusia lapan tahun itu ialah penghuni baru rumah anak yatim Nur Kasih.

Baru seminggu kanak-kanak itu menjadi penghuni rumah anak yatim Nur Kasih. Dia dihantar ke rumah Nur Kasih kerana ibunya baru saja meninggal dunia. Dia tidak mempunyai ahli keluarga lain, oleh kerana itu dia dihantar di sini.

" Assalamualaikum " sapa Puan Alia.

Nurin terus menoleh.

" Waalaikumsalam " jawabnya.

Mata Puan Alia jatuh kepada sekeping gambar yang berada di tangan kanak-kanak itu. Dia yakin itu adalah gambar arwah ibu kanak-kanak itu.

" Kenapa tak main sekali dengan kawan-kawan? " soal Puan Alia lembut.

Nurin memandang seketika ke arah kanak-kanak yang senasib dengannya sedang bergembira bermain bola. Dia langsung tidak berminat untuk sertai mereka.

Nurin menggeleng kepalanya perlahan. Tanda tidak mahu bermain.

" Siapa nama? Baru ya tinggal dekat sini? " soal Puan Alia lagi.

" Nurin " jawabnya sepatah.

" Oh Nurin. Sedap nama tu. Nurin boleh panggil saya umi. Nurin tak suka ke tinggal dekat sini? " .

Nurin menggeleng lagi.

" Kenapa? " .

" Sebab ibu tak ada. Nurin nak ikut ibu " air matanya mengalir perlahan.

" Sayang, jangan menangis. Allah sayangkan ibu Nurin, sebab tu Allah ambil ibu Nurin. Kalau Nurin sedih macam ni, mesti ibu Nurin pun sedih jugak tau " pujuk Puan Alia.

Tersentuh hati kecilnya melihat Nurin. Sebagai penyumbang terbesar di rumah anak yatim Nur Kasih, Puan Alia sudah biasa melihat kesedihan kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa mereka. Kadang-kadang dia sendiri tidak dapat menahan sebak di dada.

Dia tidak boleh bayangkan nasib anaknya, Ziyad jika Allah mengambil nyawanya. Nasib Ziyad juga pasti seperti penghuni di rumah anak yatim ini. Suaminya sudah meninggal sebelum Ziyad lahir lagi kerana kemalangan. Hanya padanya Ziyad bergantung.

" Nurin dah tak ada sesiapa lagi " .

" Nurin, Nurin kan masih ada kawan-kawan dekat sini. Dia orang ni ibarat keluarga Nurin jugak tau. Nurin ada bonda jugak. Nurin tak boleh lah sedih macam ni ya? " .

" Tapi Nurin nak ibu.. " .

" Umi boleh jadi ibu Nurin " Puan Alia tersenyum memandang ke arah Nurin.

" Betul ke? " .

" Betul sayang " jawab Puan Alia bersungguh-sungguh.