BAB 1

Aku tak kira! Kali ni kau kena tolong aku juga Qal!! Kau kene tolong aku jugak bro. It’s either do or die lah. Kalau tak mati aku! Kau nak ke si perempuan gila tu gelakkan aku. Oi Qal, aku tengah berbual ni, ehhhhh” Izkandar memujuk rayu Qalis tetapi tidak dilayan.

Qalis menutup buku yang sedang dibacanya lalu memandang Izkandar.

‘Handsome. Tinggi lampai. Badan segak. Cool. Kaya. Popular. Hotstuff. Playboy. Tapi sayang, otak pon tak boleh gune’ Qalis bermonolog sendiri di dalam hati sambil memerhatikan Izkandar dari hujung rambut ke hujung kaki

“Oi Qal! Kau kalau taknak tolong aku takpe. Tak payah lah nak tengok tengok gitu. Mesti tengah kutuk lah tu, sengal!!” Izkandar memberontak

“Hahah! Iz iz, kau ni kan. Relax lah bro.. Aku tolong kau lah. Kesian kau, kate playboy tersohor dekat KL ni. Date untuk pegi annual dinner tu pon takde. Hahaha” Qalis sudah berair mata mengelakkan Izkandar.

Izkandar merengus

“Bukan takde. Tapi tak boleh lah. Kau tahu tahu lah si Datin Sri Alia tu macam mane kan? Ni tak boleh lah. Tu tak boleh lah. Naik tension aku” Izkandar merungut. Sesungguhnya Ibunya amat cerewet dengan siapa beliau berkawan. Yang perangai tak elok, yang tak cukup kain pakaian, memang ‘OUT’ lah

“Ok ok, kalau aku setkan kau date kau for the annual dinner tu, kau kene setkan aku date dengan adik kau yang cantik manis cute gile tu, Izyani. Boleh?” Naik turun kening Qalis

“What?! Kau gile ke ape? Dengan adik aku? Adoi Qal, cermin diri kau tu dulu lah hahaha, nak keluar dengan adik aku, kene poket tebal” Izkandar menjawab sambil menunjuk poket seluarnya.

Qalis agak tersinggung dengan kata-kata Izkandar yang seakan menghinanya. ‘Kalau lah kau tahu Iz..’ sekadar berkata dalam hati

Izkandar yang perasan dengan wajah Qalis yang berubah akan kata-katanya berasa sedikit bersalah. Tetapi bolehkah Qalis bertahan dengan adiknya itu kalau mereka bersama. Adiknya,Izyani, itu cukup terkenal dengan perangai ‘shopaholic’. Izkandar yang kurang tahu atau tepat, tidak mengambil tahu tentang latar belakang Qalis menganggap Qalis orang biasa biasa sahaja. Malah keluarga Izkandar, berpangkat.

“Okay lah okay lah, boleh. Aku setkan kau dengan adik aku. Tapi, kau setkan aku dengan siape?” Izkandar bertanya

Qalis tersengih penuh makna

xxxxxxxx

“What Abang?!! Seriously? Taknak lah adik… Eeee abang ni ade je tau pakai orang pulak. Bilang Mummy. MUMM….” Mulut Qalisha ditutup oleh abangnya, Qalis.