BAB 1

Hurm macam bosan pula hari ini, bagai ada tak kena. Mana budak Hera tu.

“Hera! Hera! Hera!” panggil Aireel dengan kuat. Hera yang sedang menyiapkan laporan tentang kewangan bulanan syarikat mereka begrgegas masuk ke dalam bilik Aireel.

“ya boss! Ada apa hal boss panggil saya ni?” soal Hera berdiri tegas di hadapan Aireel.

“aku lapar!” matanya bulat mememandang Hera.

“Dah tu? Kalau perut boss yang boroi tu berkeroncong apa yang perlu saya lakukan? Apa kena mengena dengan saya boss?” soal Hera bingung.

“Senang je, sekarang ni kau pergi beli makanan untuk aku. Aku belum sarapan sejak pagi tadi. Hari ini aku nak makan roti canai, nasi goreng udang dengan kuih,… kuih, kuih apa – apa je lah. Kau pergi beli sekarang!” memberikan duit kepada Hera.

Hera hanya melihat Aireel. Kalaulah bukan disebabkan dia adalah Boss di syarikat tersebut. Mahu sahaja Hera beri pengajaran kepadanya. “baiklah, saya akan pergi sekrang” dia terpaksa mengalah buat masa ini dan menunggu masa yang sesuai untuk membalas semula perbuatan Aireel kepadanya.

“tak guna betul!” Hera naik angin sebaik sahaja keluar dari bilik Aireel.

“kau kenapa Hera?” soal Daniel.

“boss tu buli kau lagi ke? apa pula yang dia buat kali ni?” sampuk Nurul.

“dia suruh aku pergi beli makanan untuk dia. Dia nak aku cepat supaya dia tak kebulur. Bengang dan bangang betullah boss Aireel. Aku pergi dulu” Hera meninggalkan pejabat dengan perasaan marah yang membuak – buak.