CHAPTER 16

Ellysa berjalan beriringan dengan Khail.Mereka membuntuti Firas yang teruja kemain itu dari belakang.

"Buang masa aja aku ikut mamat ni!Sudahlah kerja berlambak!Kekwat punya mamat."Ellysa terdengar Khail menggumam perlahan.

Mereka melangkah masuk ke dalam sebuah restoran yang sudah pastinya 'precious girlfriend' si Firas ini sedang menunggu.

Dalam masa yang sama hati Khail dan Ellysa sama-sama tertanya gerangan siapakah teman wanita si Firas Iskandar itu.

"Assalamualaikum,baby!"Firas menegur ramah seorang wanita yang sedang tunduk memandang telefon bimbitnya.

Wanita tersebut mengangkat wajah.Mata Ellysa terbuntang melihat gerangan yang sangat-sangat-sangat dikenalinya!

"Mawar?!!"Gadis itu terjerit memandang temannya itu.Mawar apatah lagi.Terkejut sampai terjegil biji mata!

"Lysa!"Mawar terjerit.Firas hanya memandang aneh dan bingung.Isteri sepupunya kenal dengan precious girlfriend dia?

Khail memerhati sahaja.Senyuman halus terbit disudut bibirnya.Terus sahaja dua sahabat itu berpelukan.

Wah rasa macam dah lama tak out bersama!Huhu,cedih!

"Apa kau buat dekat sini?"Soal Mawar selepas merungkaikan pelukan.Ellysa tidak menjawab hanya mengerling Khail.

Mawar mengikut lirikan temannya itu.Mak aih!Tak nampak pula suami temannya yang kacak bergaya meletop kebaboom tu!

"Errr,excuse me.Awak kenal dia ke,Mawar?"Soal Firas masih memandang aneh.Mawar menoleh ke arah teman lelakinya itu.

"Ye.Awak ingat tak yang saya cerita pasal dia?Yang housemate merangkap bffftj saya.Nah,inilah dia!Aireen Ellysa namanya!"Mawar tersenyum.

"Wait,what?!Kau cerita pasal aku?Apa kau dah cerita hah?"Ellysa menyergah.Bawah bibir diketap.Kalau minah ni cerita benda tak elok pada Firas mahu meraung dia.

"Err,hehe.Alah,chillah!Tak ada pun benda yang memalukan.Eh,kejap!Aku lupa pulak.Serasa tak ada.Tapi tak tahulah kalau aku terlepas cakap ke."Mawar tayang sengih.

"Mawar Erina!!"

"Woooo!!Relax ah,babe.Aku...aku gurau je."Mawar mengangkat kedua belah tangannya.Pergh,Ellysa kalau mood dia tak stabil,orang lain salah semua benda dia sabitkan.

Lebih-lebih time 'bendera merah'.Huhuhu.Ellysa menarik nafas.Sabor je lorh!!

"Sekali lagi kau buat macam tu,kepala kau jadi galang ganti ye wahai teman sehati sejiwa,sehidup,se.Ma.Ti!"Ellysa membalas lembut yang tersirat.

Perkataan 'semati' itu ditekankan.Mawar tersengih lagi sambil mengangguk laju.

"So selama ni,Mawar jadi girlfriend Firaslah ni?"Soal Khail tiba-tiba.Mawar menoleh lalu senyum malu.

"Ha'ah bro.Cantikkan baby aku ni."Firas mengusik.Namun seperti yang diduga,pingganya terasa sedikit pedih dengan cubitan Mawar itu.

Hailah...

"Mar,mentang-mentang kau cakap nak yang kaya,memang dapat betullah kau ni."Ellysa berbisik menyampah.

Mawar tertawa kecil..

"Taklah.Aku tak tahu pun Firas ni anak Dato' bagai.Aku kenal dengan dia pun secara kebetulan."Mawar berkata.

"Mawar sayang...Bisik-bisik apa ni?Mengumpat ehh?"Firas menegur teman wanitanya.Ellysa yang mendengar terasa nak muntah hijau pulak.

Entah si Mawar pergi manderem si Firas agaknya!Khail tayang muka menyampah.Huh,nak menunjuk sweet depan dialah tu!

"Tak payahlah nak tayang drama free kau dekat sini.Aku nak order makanan."Khail berkata lalu duduk dimeja tersebut..

Firas tersengih lalu duduk disebelah Mawar manakala Ellysa duduk disebelah Khail.

***
Khail,Uncle Khalis balik Malaysia next week.Ellysa tu macam mana? #Adellia Faranisa

Khail membaca pesanan ringkas dari Adellia itu.Dahinya berkerut.

Apahal pulak papa nak balik Malaysia minggu depan?Dia cakap balik 2 bulan lagi? #Khail Redza

Yang tu aku tak tahu lagi.Nanti aku mintak orang aku siasat lagi.Anything aku inform kau.By the way,lagi banyak kau tahu pasal isteri kau makin senang kau nak jawab soalan Uncle Khalis pasal dia nanti! #Adellia Faranisa

Yelah,aku tahu.Thanks Lia! #Khail Redza

No prob dude! #Adellia Faranisa

Khaik tersandar lemah di kerusi kerjanya.Berserabut otak tatkala ini!Tapi tidak mengapa sekurangnya dia sudah mendapat apa yang ayahnya inginkan!

Tapi ini bermaksud.........

Ellysa yang ralit termenung itu dipandang.Entah apa yang difikirkan Khail kurang pasti tentang itu.Dalam-dalam dia menarik nafas.

Kaki diatur ke arah isterinya itu.

"Hey,young lady!"Khail memanggil sambil duduk di sofa bertentangan dengan Ellysa.Gadis itu tersentak sebelum memandang ke hadapan.

Khail elok memandangnya.

"Err,kenapa?"Soalnya aneh.Khail memerhati wajah itu sekilas.

"Kau ingatkan aku pernah cakap.Kalau aku nak tahu pasal keluarga kau,aku akan tanya kau?"Khail bertanya mendatar.

Ellysa menggigit bawah bibir.Kenapa isu ini timbul pula?Perlahan-lahan kepalanya dianggukkan.

"Then,this is the right time where i should know every single things about you,Aireen Ellysa."Khail berkata menggunakan nada yang sama.

Gadis itu menundukkan kepala.Kisah yang ingin dia lupakan kembali diungkit.Namun apakan daya,Khail layak mengetahui segalanya.

Dia menggali nafas.Kepala dipanggung ke arah Khail.

"Jadi....Apa yang awak nak tahu?"Ellysa menyoal dengan nada bergetar.

"Everything.Bermula masa kau kecil sampai kau berusia 25 tahun.Itu aku nak tahu.Jangan sampau tercicir walau satu pun."Tegas Khail.

"Baiklah.Saya......."

***
Khail termenung dengan wajah serius di balkoni biliknya.Angin malam menderu-deru masuk membuatkan rambut hitamnya jatuh ke dahi namun langsung tidak dipedulikan.

Benda paling berharga dalam hidup ialah papa tapi dia meninggal dunia selepas gadis itu graduasi.Sebatang kara sehingga dipelawa oleh teman untuk tinggal bersama.Mama meninggalkan dirinya saat ayahnya tenat.Entah kemana menghilang.Tak pernah bertemu mamanya sehingga kini.Benci dan dendam terhadap sang ibu.

Fakta.Fakta tentang gadis bernama Aireen Ellysa binti Irham.Kisah yang agak.....

"Apa awak buat dekat luar ni?"Suara lembut itu bertanya.Khail menoleh ke sisi.Ellysa elok tercegat sambil melemparkan pemandangan ke arah balkoni.

Rambut hitam panjangnya ditiup oleh angin malam yang sejuk.Keluahan berat dilepaskan sambil merapatkan diri ke arah isterinya.

Ellysa toleh ke sebelah.Jelas terpampang kerutan di dahinya.Doh kenapa pula ini?Khail mengangkat tangannya laluh memusing badan Ellysa agar menghadapnya.

Kedua-dua belah tangan berada di atas bahu isterinya itu.

"Sorry for made you cried."Khail bisik perlahan.Ellysa diam.Membayangkan kejadian siang tadi dimana dia menangis di bahu lelaki itu akibat terlalu rindukan seseorang yang bergelar ayah.

Mata Ellysa mula berkaca.Tangan kanan menyentuh dagu suaminya agar mengangkat wajah memandangnya.

Khail menurut sahaja.Ellysa senyum manis.

"And thank you for lend me your shoulder to cry on."Ellysa membalas.Anak mata Khail bergerak.Jelas terkesan dengan bicaranya.

Mereka saling bersambung tenung.Namun,tanpa diduga Khail mencempung tubub isterinya.Terjerit gadis itu dibutnya.Spontan tangan melingkari leher Khail itu.

Khail meletakkan gadis itu di atas katil.Panahan matanya lunak dan selembut baldu.

"I'll make you to look on the other side."Bisiknya.Belum sempat Ellysa menghadam apa yang dituturkan,Khail meneruskan dengan tindakannya.




#Do comment if u wanna watch next chapter ^_^
#Esok sis updte lgi!Hehehe,minggu ni dah tak bz yes!!So in sya Allah novel ni akan di updte selalu :)

Huhu,banyak lagi rahsia belum dibongkar.Excited kemain pulak sis! >_<...oklah see u guys tomorrow!(In sya Allah)Bye-bye!!