CHAPTER 2

"Eh,tak apa Dato'.Tak adanya saya akan mati kalau tak balik dengan Dato'.Jadi saya pergi dululah ye."Segera Ellysa membalas.

Senyuman tidak ikhlas masih dipertontonkan buat orang tua bertaraf Dato' tak sedar diri itu.Huh,memang aku tabiklah,Datin Rosnah sebab boleh stay dengan laki cam ni!

Ellysa nampak wajah Dato' Rahman sedikit berubah.Tapi ada dia kesah?Huh,sebesar hama pun dia tak heran!

Ellysa melirik ke arah jejaka yang tadinya sedang bercakap bersama Dato' Rahman.Jejaka itu elok tersenyum sinis sambil memandangnya.

Ellysa menjeling wajah jejaka itu.Masih menayang muka sinisnya itu.Hati Ellysa makin panas.

Awak pahal?Soal Ellysa melalui pandangan mata.Jejaka itu menjongket bahu sambil membuat isyarat mata juga.

Apa?Aku tengok pun salah ke?Ellysa kaget.Iyalah tapi agak-agak weyh nak pandang orang sekalipun.

Tak salah tapi agak-agaklah tengok pun!Ellysa membalas.

Alah,takkan kau tak happy,Dato' kot suka kat kau?Balas jejaka itu sambil senyum mengejek.Tersirap darah Ellysa.

Huh,tak adanya nak happy!Orang tua!Ellysa mengetap gigi.

"Ehem!"Deheman Dato' Rahman mematikan adegan mereka itu.Sesekali Dato' Rahman menjeling Ellysa dan jejaka itu silih berganti

"Err,saya pergi dulu ye,Dato'."Ellysa berkata sambil mengangkat kaki.Senyuman sinis jejaka itu sempat ditangkap oleh ekor mata Ellysa

Herh,tarik balik kata-kata dia yang dia cakap mamat tu handsome!Sakit hati!

"You kenal ke Kai,perempuan tu?"Soal Dato' Rahman tiba-tiba.Khail hanya senyum sambil menggeleng perlahan.

"Erm,tak adalah Dato' Rahman.Baru first time jumpa."Balas Khail.Dato' Rahman tersenyum.

"Oh macam tu.Hmm,you tak rasa ke dia tu cantik and menarik?"Soal Dato' Rahman lagi.Dia menayang muka miang.Khail senyum kelat.

"Hmm,entah.Pandangan kita berbeza kan?"Balas Khail sekadar berbasi-basi.Dalam hati,mengutuk kemain.

Huh,dasar orang tua miang tak sedar diri!Dah tua masih lagi gatal!Aku yang hot ni pun tak adalah sampai jadi kasanova,playboy apa semua!

Nak mati esok lusa pun tak sedar diri lagi!Wow,power gak aku kutuk Dato' Rahman ni.Haha,nasib kaulah Datin Rosnah dapat laki cenggini.

"Oklah Dato'.I'll see you tomorrow."Khail menghulurkan salam.

"Okay then."Dato' Rahman membalas.Kemudian Khail mengangkat kaki beredar dari situ.

***
Ellysa menekup muka dengan bantalnya.

"Arghhh!!!"Dia menjerit.

"Hoi-hoi!Kau ni pahal?Balik-balik dah kena sampuk jin ke?"Mawar menjengukkan kepala le muka pintu bilik Ellysa.

"Wehh,aku ni dah nak nangis rasa!!"Jeritnya lagi.Bantal masih tidak terkalih dari muka.Mawar masuk ke dalam lalu duduk dibirai katil.

"Kau kenapa?Cer citer ngan aku."Ujar Mawar sambil menarik bantal yang terletak diatas muka temannya itu.

Ellysa membuka mata lalu duduk tegak di atas katil.Mawar memandang pelik.

"Aku jumpa Dato' Rahman tadi."Ujarnya mendatar.Mata dah buat rolling eyes dah.Seperti yang dijangka,berdekah-dekahlah si Mawar tu ketawa.

"Se..seriuslah?!Weyh,jodoh kau kot?Baru ajakan sebut pasal dia,tetiba muncul.Hai,jodoh dengan orang tua gatal lah kau.Good luck Lysa!"Mawar mengusik sambil ketawa lagi.

Ellysa mengetap gigi.Ni dia tak suka share benda-benda macam ni dekat si Mawar ni!

"Mulut kau tu,aku tampor tercabut kang!Pleaselah!Orang tua tu,tak sesuai dengan aku yang muda ok?"Ellysa mengetuk kepala Mawar.

"Adeh!Ishh,kau ni!!"Mawar terjerit sambil menggosok kepalanya.Wajah cemberut usah katalah.Ellysa buat derk aja.

"Huh,kau ni sama aja dengan mamat kekwat tu!"Gerutu Ellysa perlahan.

"Mamat mana?"Sergah Mawar.Terkejut dia dibuatnya.Hey,telinga lintah betullah,minah ni sorang!

"Ishh kau ni,terkejut aku.Erm,adalah mamat ni sorang.Dia boleh pergi tanya,takkan aku tak happy,Dato' kot suka aku?Ahh,gila!"Ellysa menjerit lagi.

Serius,kalau mamat tu ada depan mata,alamat memang dah dia bagi smackdown lah!Huh,cakap macam aku ni mata duitan yang hanya mencari orang kaya berpangkat!

"Ha,betul apa mamat tu tanya.Bukan kau kata nak pergi cari Dato' ke Tan Sri ke nak buat sara hidup kau?Dah ada depan mata tolak pula!"Mawar membalas.

"Kau ni,aku gurau ajalah.Kalau yang pangkat Tan Sri,Dato' tu yang umur 20 an tahu?"Ellysa mengambil mug,Mawar sebelum menyinsip teh tersebut.

"20-an?Hey,Lysa,alamat kau tu jadi anak dara tualah!Takkan wujud lagi spesies macam tu dimuka bumi yang luas ini!"Mawar menggeleng sambil merampas kembali mug tersebut.

"Tapikan,kalau tak dapat yang 20-an,anak Tan Sri dengan Dato' pun bolehlah,asal 20-an!Hmm,manalah nak jumpa."Mawaf menyambung sebelum mengeluh ditengah bicara.

"Memang sah,kau mata duitan."Ellysa mengusik sambil tersengih.Mawar buat tak endah.Alah,bukan namanya Mawar Erina binti Mansur lah kalau bukan mata duitan!

"Hmm,ni Lysa.Esok aku kena outstation.Dalam 3 hari macam tulah."Mawar memberitahu.Ellysa mengangguk sahaja.

"Aku terpaksalah kerja outstation sebab nak dapat bonus weyh!Yelah,kau kan tak dapat lagi kerja,so aku rasa tak apalah aku kerja lebih sikit,untuk sara kau sekali."Ikhlas Mawar berkata

Ellysa tersentak.Dia menoleh ke arah Mawar.

"Mar,tak payahlah macam tu.Aku masih ada lagi duit.Mana tahu aku dapat kerja?Lagipun,kau ni hari-hari balik lewat kerja.Takkan nak tambah lagi?"Ellysa membalas.

Bersyukur dikurniakan sahabat seperti Mawar namun,dia juga bukanlah kawan yang tidak berhati perut yang sanggup mengikis harta teman sendiri.

"It's okay lah Lysa.Kau kawan aku,apa salahnya aku tolong kau kan?"Mawar menjawab.Kedengaran Ellysa mengeluh.

"Oklah Mar.Aku naik dulu."Ujarnya perlahan sambil mengangkat kaki.Mawar yang ralit dengan telefonnya tidak mendengar apa yang dituturkan oleh Ellysa tersebut.