BAB 1

Kehadiran burung hantu berwarna coklat cair itu cukup membuatkan para pelajar tidak memberikan sepenuh tumpuan semasa perhimpunan berlansung. Sungguh terserlah kejakunan mereka.

Zura pelajar yang diangkat oleh guru menjadi pengawas menjalankan rutin hariannya. Tegur pelajar. Buat catatan. Tegur pelajar lagi sampai para pelajar disekolah itu jemu dengan tegurannya.

Wajahnya berkerut-kerut kononnya meneliti setiap patah kata yang disampaikan oleh pengatua di hadapan. Humairah, pengawas, classmate dan merangkap rakan baiknya itu tersenyum melihat Zura yang bergitu focus.

“weh.. tengok buku catatan kau. Nak jugak aku tahu apa pengatua berucap tadi.” Terpancul soalan Humairah. Pisha dan izati turut menganggukkan kepala mengiakan soalan Humairah. Zura mengeluh. Hmmm… nak kenakan aku lagi lah ni..

“kauorang ni nama je pangawas. Rupanya mawas dan lansung menjadi pengganas. Cikgu tu bukan cakap bahasa monyet sampai kau tak faham. Dia cakap bahasa melayu la…”

“tapi… aku ni pengawas bertauliah la. Aku sibuk jalankan tugas aku tadi. Kau juga yang bising kat aku kalau aku tak bertugas. Nanti kau kata ‘nak sijil free. Jamuan nak pergi tapi bertugas hampeh” Izati membidas kata-kata Zura.

“hamboi…. kak oii… tak sayang mulut Nampak. Jangan sampai keluar cerita kita yang bertajuk kakiku dimulutmu. Heboh satu johor. Aku memang jahat, tapi mulut aku tak jah….”

“kau ni banyak cakap lah Zura. Bak sini lah aku tengok buku catatan kau. Aku nak tiru” potong pisha.

“babe.. aku sayang kauorang, tapi kauorang macam tak kenal aku. aku tak berapa mahir nak tulis laju macam mana pengetua cakap tu, kalau kau nak sangat catatan tu kau…” belum sempat Zura menghabiskan ayat, rakan-raknnya serentak berkata

“MINTAK PADA SHILA” terhambur ketawanya. Siapa Shila? Shila kawan rapat Zura. Semua orang lah rapat dengan dia. Tapi shila kawannya dari sekolah tadika. Shila tak ramai kawan sebab penampilannya yang out of fashion. Cermin matanya sahaja hampir sama besar dengan muka dan 24 jam mana Shila pergi, pasti ada buku.

Kenangan lalu bermain di minda. Teringat tatkala guru pengawas ingin membuat tinjauan buku catatan. Berlari Zura kearah temannya, siapa lagi kalau bukan Shila.

Tujuannya hanya satu.pinjam buku catatan. Berbakul-bakul pujian yang diberikan sehingga Zura dinaikkan pangkat sebagai penolong ketua pengawas. Tapi siapa yang berani menghalang? Zura memang seorang yang tegas. Bila dia mengamuk, bisu kawan-kawannya.

SEMASA rakan-rakan pengawasnya membuat sport check, Zura berdesup berlari ke kelasnya. Selain tugasnya sebagai penolong ketua pengawas, dia juga digelar KK. Apa itu KK? Bukan kota kinabalu ataupun pil KK. KK tu gelaran untuk ‘keys keeper’.

Ini kerana rakan baikknya iaitu Iera merangkap penolong ketua kelas seorang yang teramatlah sangat penyakit pelupanyanya.akhirnya Zura yang comel lagi cute ni terpaksa menjadi pemegang sejati kunci kelas.

Kunci patah, nama Zura disebut. Kunci tertinggal, Zura lagi. Lagipun, Zura malas nak dok meraba orang. Kawan-kawannya ada. Biarlah mereka sahaja yang lakukan.

Zura membuka helain buku rujukan fizik dihadapannya.lagi enam bulan peperiksaan percubaan SPM akan menjelang. Huh… masalah… mulutnya terkumat kamit memahami isi kandungan buku itu.

“transformer terbahagi kepada dua.. satu step up, and satu lagi step down. Kalau nak tahu tengok pada coil yang dia bagi. Kalau primary lagi banyak dari secondary maknanya nama transformers itu ialah step down. Kalau sebaliknya step up. Senang!! Ok.. masuk calculation. Pula.. Ns over Np equal to…”

PAP!!!!!