BAB 1

DIA tengku ke, dia millionare ke, dia lelaki terkacak di dunia sekali pun, ada aku kesah? Huh, janganlah Tok mi ni nak satu-satukan aku dengan anak cucu cicit kenalan dia lagi. Aku rimaslah! Rimas!

Salah ke umur dah nak cecah angka 30 tahun ni kalau tak kahwin? Aku tanya ni, salah ke?

“Salah. Nanti ovari expired!”

Giloss!

Aku menoleh ke belakang, suara siapa lagi kalau bukan suara Tok mi. Macam tahu-tahu aje apa yang ada dalam fikiran aku.

Puan Sri Laila tu Tok mi aku, dialah paling susah aku tak kahwin. Tok yah pun tak cakap apa-apa dia dah pandai nak kondemkan aku dengan manusia-manusia tak ada citarasa tu! Ishh! Rimas!

Tok mi melabuhkan duduk di sebelah aku. Aku menutup buku yang berada di tangan aku dan meletakkan di sisi kiri aku. Wajah aku memang dari pagi tadi dah mencemik. Macam orang tak cukup zat!

Zat apa?

Zat besi kut!

“Please Fia, you need to marry this year! No matter what, apa yang Fia cakap, alasan Fia semua tu, Fia tak suka, dia gemuklah, dia kurus sangat, dia tegap sangat, badan dia macam tak cukup sihat, dia terlalu kacak, dia terlalu romantik, dia terlalu selekeh, dia tak pandai jaga hati Fia.”

Huh! Semua sekali alasan selama 3 tahun berturut-turut Tok mi dah bentangkan depan aku. Tu lah alasan aku bila nak tolak semua calon-calon Tok mi. Esok aku dah kena cipta alasan lain ni. Urmmmm. Kita fikir jap lagi, ya.

“Yang tadi tu pula siapa? Tak habis-habis lagi Tok mi ni nak carikan calon. Fia dah cakap Fia tak nak. Titik!”

Aku terus berdiri bangun. Ke meja cermin dan mencapai cekak rambut dan dicekakkan di kepala aku. Nak cekakkan kat Tok mi, mana boleh. Dalam hidup ni, aku hanya ada dia dan Tok yah aje. Walaupun, niat asal kalau geram memang nak cekak-cekakkan aje.

“Dia Sharifah Badriyah. Dia ni kawan arwah mama Fia. Baru setahun dia kembali ke Malaysia. Aunty Riya ada anak lelaki seorang dan anak perempuan dua orang. Anak lelaki dia tu peguam.”

Tok mi menceritakan detail tentang tetamu yang datang ke rumah pagi tadi. Aku angguk aje tanda faham.

“Dah tu, apa kena mengena dengan Fia?”

“Fia cubalah berkawan dengan dia, mana tahu yang kali ni sangkut.”

“If I say no?”

“You must to say yes! I already give Aunty Riya your name card number. Mungkin esok dia akan call Fia ajak jumpa and listen to Tok mi, date with him. Cuba untuk masa depan Fia.”

Masa depan? Dulu aku belajar suruh jauh-jauh dia cakap untuk masa depan. Ni aku dah belajar cukup punya jauh, cukup punya tinggi, ingat tak ada lagi nak kena buat, tapi ada juga! Rimas! Sampaikan aku nak sambung Phd dah tak bagi pula. Kata belajar tinggi-tinggi untuk masa depan, ni nak buatlah ni. Tapi di halang.

Apakehel?

So, nak tak nak, memang aku terpaksa berdating dengan anak Riak tu. Urmmm Siapa nama anak Riak tu agaknya?

“Siapa nama anak lelaki Aunty Riak tu Tok mi?”

Aku menghadap Tok mi. Tok mi membalas senyum senget. Senyuman gatal. Ingat aku gedik-gedik nak ke jumpa lelaki tu?

Oh, please okay, ni hanya sebab Tok mi, not Aunty Riak, not anak kepada Aunty Riak tu.

“Bukan Aunty Riak. Nama dia Sharifah Badriyah. Panggil aje dia Aunty Riya.”

Ampun! Maaf. Terdengar tadi Riak. Rupanya Riya. Maaf, Aunty, Fia tak tahu. Susah benor namanya. Tapi mana tahu orangnya pun riak, kan? Macam anak dia. Aku doa-doalah anak dia riak. Sebab boleh jadikan alasan nanti kalau nak tolak calon yang ni, calon ke berapa agaknya? Nanti suruh Lisa kira. Aku malas nak kira.

“Nama dia Megat.”

Ohh Megat, macam jebat ke? Jebat Shahnaz Ahmad tu, berlakon dengan Nelydia. Urmmm esok dah boleh minta Lisa cipta alasan ni. Tapi kena scan dulu orangnya macam mana.

Lisa, aku ada kerja untuk kau.