Chapter 1

Tajuk : Psycho Ngeri (Koleksi kisah seram ngeri)
Penulis : Adia
Genre : Seram
21 muka surat / 5,826 patah perkataan


Aspuri

“Diya, jom teman aku p toilet?” Ned berkata sambil menarik tangan Diya menuju ke tandas. Diya hanya diam menurut kata-kata teman baiknya itu. Sudah menjadi kebiasaan untuk Diya menemani Ned ke bilik air pada waktu malam. Lagipun, keadaan di Kolej Mawar lengang kerana pelajar lain balik ke kampung masing-masing.

Sedang Ned di dalam tandas, dia terasa Iphone miliknya bergetar di tangan dan dia cepat-cepat membaca mesej, “Ned, aku kat luar dengan Yana, kitorang balik lambat.” Ned terlepas Iphone miliknya dan ianya jatuh ke lantai tandas.

Ahh sudahh...jangan buat gila Diya ni...

Tok! Tok! Tok!

Pintu tandas itu bergegar diketuk oleh seseorang dari luar.

“Ned!! Lamanya kat dalam tu...tak takut ke???” kedengaran suara Diya dari luar tandas. Ned bingung. Dia hanya diam membisu kerana ingin berfikir. Baru sahaja tadi Diya menghantar mesej mengatakan yang dia masih diluar. Habis, siapa yang sedang mengetuk?

“Woii!! Kau hidup ke mati kat dalam tu! Diam je!” Kedengaran lagi suara Diya, kali ini suara nya makin lantang.

“Iye..jap..aku sakit perut ni..” Ned menjawab perlahan. Dengan terketar-ketar dia membalas mesej Diya.

‘Diya..kau nak kenakan aku kan?’ Ned menekan ‘send’.

Jantung Ned berdegup laju sementara menunggu mesej dari Diya. Kosong. Diya masih tidak membalas mesej darinya. Tiba-tiba pintu tandas diketuk lagi.

Tok! Tok! Tok! Makin kuat ketukannya.

Diya bersuara, “Mane ade aku kenakan kau, ape kau mengarut ni ha? Cepat la jom balik bilik. Aku mengantuk ni.” Ned berasa lega mendengar kata-kata Diya. Baru dia berasa sedikit yakin yang itu adalah Diya yang betul, kawan baiknya. Ned membuka pintu tandas dan melihat Diya tersenyum menunggunya dengan setia sambil menongkat dagu.

“Mengantuk la wei..” Diya merengek sambil menarik tangan Ned lalu menuju ke bilik mereka. Sesudah sampai di bilik, Diya terus ke katilnya dan terus baring. “Tutup lampu jap,” Diya meminta tolong sambil menuding jari ke arah suis lampu. Ned menghangguk lalu memetik suis lampu. Keadaan di dalam bilik menjadi gelap gelita ditelan malam. Ned menarik selimut di kaki dna menutupi kesuluruhan tubuh badannya. Guruh kedengaran menandakan yang hujan akan turun tidak lama lagi. Memandangkan mereka di Tingkat 7, bunyi angin yang kuat dpat juga didengari. Ned meletakkan Iphone miliknya disebelah bantal.

Bangg!! Bamm!! Bunyi guruh menggemparkan seluruh blok aspuri pada malam itu.

“Ned....aku takut la..” Diya bersuara dengan nada yang terketar-ketar. Kilat sabung menyabung memancar cahaya. Ned terlalu faham dengan perangai Diya yang penakut guruh. Sudah menjadi kebiasan Diya akan tidur berkongsi katil dengan Ned apabila cuaca menjadi garang seperti malam itu.

“Meh laa..tidur sini dengan aku,” Ned memanggil Diya. Kesian kawan aku sorang ni. Diya perlahan-lahan masuk ke dalam selimut dan baring dengan selesa bersebelahan Ned. Guruh sekali lagi berdentum dengan amat kuat. Hujan lebat mulai mencecah bumi. Angin yang kuat menunjukkan kehebatannya. Dengan tidak disangka, terdengar hilai tawa sayup-sayup dari luar tingkap bilik.

Heeeeeeheheheheeeeee..........

Diya menjerit lalu memeluk Ned dengan kuat. Jantung Ned berdegup laju. Dari mana pulak datang nya suara itu?

Ned cuba menenangkan Diya lalu memegang tangannya. “Mengucap, baca ayat kursi,” Ned membisik dengan perlahan. Diya menangis kerana terlalu takut. Ned juga menjadi resah lalu menarik selimut hingga menutupi kepala mereka berdua. Terketar-ketar satu badan.

Ned mula membaca ayat kursi dengan perlahan. Dia terbau sesuatu yang amat busuk. Terlalu busuk hingga dia berasa ingin muntah.

Ned terasa Diya mengenggam tangannya semakin erat. Diya berkata, “ Jangan baca ayat kursi...mati la aku nanti...heheheheheeeeeeee.” Kini yang didengarinya bukan lagi suara Diya, bukan lagi suara kawan baiknya. Ned dengan perlahan mengambil Iphone miliknya dan menyuluh ke arah Diya.

Satu makhluk yang amat hodoh berambut panjang sedang tersengih memandang Ned sambil tangannya yang berkuku panjang masih erat memeluk Ned. Sedang darah mengalir dari mulut makhluk itu, ia bersuara, “Aku takut.....hehehehheeeeeeee.” Makhuk itu mengilai panjang sambil tersengih.

Ned pengsan.