BAB 1-Penunggu Pejabat

Setelah selesai bersukan pada petang itu, ada sebahagian dari mereka yang masih duduk berbual-bual di padang sebelum bersurai. Ketika itu hari sudah pun senja kira-kira jam 7.15 petang.

Secara tidak sengaja, salah seorang dari mereka terpandang ke atas bumbung, lalu ternampaklah hantu yang sedang berdiri di atasnya dengan rupa yang amat menyeramkan. Pandangannya tajam walau bagaimanapun rupanya tidak berapa jelas dan samar-samar, maklumlah hari pun semakin gelap.

Semua mereka bertempiaran lari menuju ke dalam pejabat dan ada sebahagian dari nya yang sudah bersedia dengan beg pakaian semasa turun bersukan tadi terus berlari ke kereta dan motosikal masing-masing untuk segera pulang ke rumah kerana takut diganggu. Sejak dari itu, barulah Rizal dan rakan-rakannya tahu rupa-rupanya di bangunan pejabat mereka ni 'berhantu'.

Rizal ingat cerita itu habis di situ saja! Rupanya tidak kerana masih ramai yang ternampak akan kelibatnya! Kelibat si penunggu…

Mereka pernah mengadakan bacaan Yassin selama tiga minggu berturut-turut, kerana salah seorang staf telah meracau-racau dan jatuh sakit akibat terkena gangguan dan sehingga kini ia dikatakan masih belum pulih sepenuhnya dan telah diberi cuti rehat. Usaha ini mereka teruskan kerana masih lagi diganggu. Aku diberitahu bahawa seorang ustaz yang terkenal telah dipanggil untuk memulihkan pejabat kami dalam masa yang terdekat ini.

Cerita terbaru yang Rizal dengar pula, seorang staf mendengar seperti ada seseorang sedang membasuh pakaian dan mandi di dalam tandas. Kejadian itu berlaku di antara jam 7 hingga 7.30 pagi, sebelum waktu pejabat bermula pukul 8. Setelah diamati dan diperiksa di semua tandas lelaki dan wanita, ternyata tidak ada sesiapa pun yang berada di dalam tandas membasuh pakaian dan mandi pada pagi itu.

Jadi siapakah yang berada di tandas ketika itu? Penunggu?